PENCARIAN WAJAH JAMEELA DI JAMEELA STREET SACC MALL SHAH ALAM

PENCARIAN WAJAH JAMEELA DI JAMEELA STREET SACC MALL SHAH ALAM | Bertempat di Garden Lounge Tingkat 3, SACC Mall, maka bermula lah saringan peringkat pertama Pencarian Wajah Jameela sempena pembukaan Jameela Street di SACC Mall. Seramai 29 orang peserta telah mengambil bahagian dalam pertandingan ini untuk merebut hadiah yang lumayan.

Pencarian Wajah Jameela Di Jameela Street SACC MALL Shah Alam
Pencarian Wajah Jameela Saringan Pertama

Untuk pengetahuan korang, Jameela Street merupakan himpunan vendor-vendor exlusive dan memberi peluang kepada mereka untuk membuka perniagaan di SACC MALL ni. Terdapat 26 butik di Jameela Street yang menawarkan koleksi terkini 2016 di mana kita boleh beli baju, aksesories, dan juga barang-barang kecantikan untuk wanita dan juga lelaki. Semuanya cantik-cantik belaka. So, bagi sesiapa yang belum berkesempatan untuk shopping baju raya, boleh mai kat sini. Gerenti korang akan temui busana raya  pilihan hati... hehe

Pencarian Wajah Jameela Di Jameela Street SACC MALL Shah Alam
Vendor-vendor Exclusive di Jameela Street

Pencarian Wajah Jameela Di Jameela Street SACC MALL Shah Alam
26 butik menawarkan koleksi terkini 2016

Ha, sempena pembukaan Jameela Street di Level 2 dan 3 SACC Mall ni, satu pertandingan untuk Pencarian Wajah Jameela telah diadakan pada 4 Jun 2016 yang lepas. Dengar kata hadiah yang ditawarkan sangat lumayan iaitu keseluruhan wang tunai berjumlah RM10,000 dan percutian ke Krabi, Thailand. Bestnyer hadiah dia.. Rugi tak masuk.. *Eh.. layak ke?? werkkk...haha*

Pencarian Wajah Jameela Di Jameela Street SACC MALL Shah Alam
Pengacara majlis yang happening

Pencarian Wajah Jameela Di Jameela Street SACC MALL Shah Alam
Juri-juri yang terlibat

Pencarian Wajah Jameela Di Jameela Street SACC MALL Shah Alam
Antara peserta yang mengambil bahagian

Pencarian Wajah Jameela Di Jameela Street SACC MALL Shah Alam
Projek Travel di Pencarian Wajah Jameela

Uik, apa Mawardi Yunus buat kat sini? nak cari calon isteri ke tu?? hahahha... Abis la kena pelangkung dengan dia karang.. Actually, geng Projek Travel juga telah dijemput untuk memeriahkan lagi majlis. Sambil-sambil tu, mereka diberi tugas untuk mengajukan soalan kepada para peserta. Aku?? hehe, cam biasa la, ketip-ketip gambar aje.

Pencarian Wajah Jameela Di Jameela Street SACC MALL Shah Alam
12 orang peserta yang terpilih ke peringkat seterusnya

Untuk peringkat saringan pertama hari ini, para peserta dikehendaki untuk melalui 2 task iaitu pertama memperkenalkan diri dan yang kedua peserta dikehendaki menjawab soalan dari pihak juri. Di samping itu, dalam kedua-dua task ini, para peserta perlu memperagakan pakaian dari vendor-vendor yang terlibat di Jameela Street. Setelah dihitung dan dikira pemarkahan, sebanyak 12 orang telah dipilih untuk ke peringkat yang seterusnya.

Pencarian Wajah Jameela Di Jameela Street SACC MALL Shah Alam
Pencarian Wajah Jameela Di Jameela Street SACC MALL Shah Alam


Jom tengok video gelagat para peserta semasa pertandingan berlangsung kat atas ni. Tahniah korang and good luck untuk peringkat seterusnya hokeyyy... So, kalau korang nak tau perkembangan seterusnya untuk Pencarian Wajah Jameela di SACC Mall Shah Alam ni, jangan lupa untuk rujuk di : 

Facebook : Jameela Street 
Instagram : @jameelastreet




Post a Comment

0 Comments