TELEFON PINTAR GT MOBILE MODEL GT-888

TELEFON PINTAR GT MOBILE MODEL GT-888 | Assalamualaikum semua... Setelah sekian lama mencari-cari telefon pintar kedua, akhirnya aku berjaya memiliki sebuah lagi telefon. Bukan apa, senang nak guna untuk update aktiviti media sosial. Tambahan pulak sekarang ni aktif membuat Live Video. Tu yang kena ada satu lagi telefon. Nak tahu telefon apa? Ha, perkenalkan telefon pintar dari GT Mobile model GT-888 khas dari Singapura. 

Telefon Pintar GT Mobile Model GT-888
Telefon Pintar GT Mobile Model GT-888

Mungkin ramai yang tak tahu akan kewujudan telefon pintar GT Mobile ni kan. Yeahhh, aku antara orang yang terawal pakai telefon ni (bangga jap) hehe. Sebenarnya telefon ni baru sahaja memasuki pasaran Malaysia. Kebetulan masa Majlis Grand Launching GT Dollar baru-baru ni aku pergi. Time tu la aku berkenalan dengan gadget ni. Iye, mungkin dari segi spesifikasi nampak biasa-biasa je. Tapi setiap gadget kan ada kelebihan dia. Ok, jom tengok review spesifikasi telefon GT Mobile Model GT-888 :

Spesifikasi Telefon GT Mobile Model GT-888

Telefon Pintar GT Mobile Model GT-888
Spesifikasi telefon GT Mobile Model GT-888

1. Rekabentuk dan Sistem Operasi

Telefon pintar GT Mobile GT-888 ni menggunakan Android 5.1 Lollipop dilengkapi dengan skrin sebesar 5.5″ 2.5D Arc Screen iaitu teknologi terkini untuk IPS technology yang membolehkan kita melihat skrin dengan jelas dari pelbagai sudut. Ha, mudah la nak layan video or youtube kan. Memang clear la. Tambahan pula telefon ni dipadankan dengan pemproses 64 Bit MTK MT6735P Processor Quad Core 1.0GHz CPU dan dilengkapi 2GB RAM, 16GB Internal memory. Kalau tak cukup, boleh tambah external memory sehingga 64gb. Ha, baru syok layan video kan, bukak apps pun smooth je. Tapi adat la, bila dah bukak banyak-banyak apps memang akan lag juga. So, kena rajin clear cache laekk.

Telefon Pintar GT Mobile Model GT-888
Rekabentuk dan Sistem Operasi

2. Telefon Pintar 4G Dual Sim

Memandangkan sekarang ni kebanyakkan syarikat telco menawarkan perkhidmatan jalur lebar secara 4G, maka telefon ni memang sesuai sebab dia support 4G. Jadi kalau nak upload atau download sesuatu memang laju la. Lagipun memang kebetulan aku ada simkad Webe dan Digi. So, memandangkan telefon ni dual sim, ha tak payah berebut kaw. Masukkan aja dua-dua simkad tu kat dalam GT Mobile.

Telefon Pintar GT Mobile Model GT-888
Telefon Pintar 4G Dual Sim

3. Kamera Hadapan Dan Belakang

Ha, kalau cerita bab telefon ni bagi orang perempuan mesti kamera yang jadi faktor utama nak memilih telefon kan. Tapi memandangkan ini adalah telefon kedua, so aku tak terlalu menekankan tentang fungsi kamera. Walaupun mempunyai kamera hadapan 5mp dan kamera belakang 8mp, tapi seriusly aku cakap, not bad juga kamera dia. Kamera belakang dia mampu mengambil gambar panorama yang cantik. Kamera depan dia pulak, boleh jadi flawless tau sbb ada "fungsi Face Beauty Mode". Lagi best sebab kamera depan dia ada flash. Jadi boleh la swafoto walaupun di tempat yang kurang pencahayaan.

Telefon Pintar GT Mobile Model GT-888
Kamera Hadapan Dan Belakang
Contoh Gambar dari GT Mobile GT-888

Telefon Pintar GT Mobile Model GT-888
Sampel Gambar : Outdoor

Telefon Pintar GT Mobile Model GT-888
Sampel Gambar : Indoor

Telefon Pintar GT Mobile Model GT-888
Sampel Gambar : Close Up

4. Bateri 'Fast Charging'

Telefon pintar GT Mobile GT-888 ini didatangkan dengan bateri sebesar 2550mAh. Memang kapasiti bateri ni nampak sedikit berbanding telefon pintar masakini yang melebihi 3000mAh tapi ia bukan masalah besar. Setakat ni bila aku off charging waktu pagi, tahan sampai ke petang walaupun dok busy update di sosial media. Tapi andai kata bateri habis, tak perlu risau sebab telefon ni ada fungsi 'fast charging'. Bayangkan 15 minit dah boleh cas sehingga 35%. Pantas kan.. jadi kalau pergi event, tak perlu risau sangat. Tapi stanby jugak la powerbank.

Telefon Pintar GT Mobile Model GT-888
Bateri 'Fast Charging'

5. Fungsi HotKnot "Huggies To Share"

Fungsi HotKnot "Hugges To Share" ?? Mesti ramai yang tak tahu apa tu kan. Ha, dala telefon pintar GT Mobile ni ada fungsi HotKnot "Hugges To Share" yang membolehkanfile seperti gambar, video, lagu ditransfer di antara dua telefon dengan hanya melekatkan pada skrin antara satu sama lain. Hebat kan. Tersangat-sangat la mudah dan pantas mengalahkan ABC. So, pasni mudah la kalau nak transfer gambar event or gambar dengan kawan-kawan.

Telefon Pintar GT Mobile Model GT-888
Fungsi HotKnot "Huggies To Share"

Aplikasi GTDollar

Selain dari fungsi-fungsi di atas, dalam telefon pintar GT Mobile GT-888 ini juga ada tersedia aplikasi GTDollar. Ha, kalau korang nak tau, haaa aplikasi ni membolehkan kita shopping dengan harga diskaun ataupun menggunakan e-wallet. Tak percaya ? Iye, dah ada beberapa orang rakan yang dah mencuba dan mereka berjaya menginap di hotel pilihan dengan hanya menggunakan aplikasi GTDollar. Wow, bestkan....

Telefon Pintar GT Mobile Model GT-888
Aplikasi GTDollar

Aplikasi GT Dollar yang merupakan usaha sama Malaysia dan GT Dollar membantu untuk meringankan kehidupan rakyat sebagai “pusat sehenti mudah alih platform e-dagang”. Melalui aplikasi ini, rakyat Malaysia boleh mendapatkan diskaun dengan menggunakan GT Dollar dan GT cash yang boleh dijana melalui beberapa cara seperti perkongsian di laman sosial media dan lain lain. Selain itu. ia juga bertujuan untuk membina sebuah masyarakat yang padu untuk pengguna dan peniaga dari pelbagai industri untuk berinteraksi dalam pasaran.


Unboxing GT Mobile GT-888

Masa dapat telefon ni hari tu, saja la gatal-gatal buat video Unboxing GT Mobile GT-888  kan. So, boleh la aku share kat sini sebab nak tunjuk apa yang ada dalam kotak GT Mobile GT-888 tu. Janji jangan gelak tau tengok video amatur ni. Hahaha... kelakar tengok muka sendiri.. 🙈🙈🙈🙈🙈



So, kalau korang nak tau lebih lanjut pasal spesifikasi dan harga telefon GT Mobile GT-888 ni boleh la ke laman web http://gtmobile.sg




Post a Comment

1 Comments