RANCANGAN VERSUS 1001 RASA BABA'S DI TV3

RANCANGAN VERSUS 1001 RASA BABA'S DI TV3 | Assalamualaikum semua.. Sape tak kenal kan dengan jenama Baba's ni. Jenama untuk rempah ratus yang famous dan menjadi pilihan kepada tukang masak yang terkenal mahupun tukang masak di rumah sahaja. Aku sendiri pun memang membesar dengan jenama ni sebab masa kecik-kecik dulu mak dah guna. Paling selalu guna rempah kari la.

Rancangan Versus 1001 Rasa Baba's di TV3
Rancangan Versus 1001 Rasa Baba's di TV3

Kini sempena ulangtahun ke-40 Baba's telah menyediakan pelbagai jenis kempen dan juga acara seperti logo Baba's diletakkan di badan kapal terbang AirAsia, 50 tiket ke Gold Coast, Australia juga diberi kepada followers setia facebook Baba's & U untuk sambutan tahun baru, Baba's juga salah seorang penaja global untuk siri rancangan realiti TV Bigg Boss musim pertama di VijayTV dan juga penaja untuk program mencari bakat, Million Dollar Feet yang diharapkan akan memberi peluang kepada dua remaja Malaysia untuk meneruskan karier bolasepak di bumi Eropah.

Rancangan Versus 1001 Rasa Baba's di TV3
Perasmian Rancangan Versus 1001 Rasa Baba's di TV3

Selain dari tu, Baba's juga mengadakan pertandingan memasak yang diberi nama Versus 1001 Rasa Baba's yang akan ditayangkan di TV3. Pertandingan ni ada kelainan sedikit di mana peserta akan menerima arahan dari Mentor untuk bertanding dengan pihak lawan. Ha, bayangkan masa yang diberi cuma 30 minit dan kena memasak menggunakan bahan yang disediakan. Paling mencabar bila ada pula Mentor di depan peserta yang akan memberi arahan, Haaaa...mau tak tonggang langgang jadinya dapur tu... Memang lucu, stress, dan dalam masa yang sama menguji ketahanan para peserta dalam mengendalikan dapur untuk menyiapkan masakan dalam tempoh 30 minit. Menarik kannnnn... Tak sabau rasanya nak tengok aksi diorang nanti.

Rancangan Versus 1001 Rasa Baba's di TV3
Demo pertandingan masak 

Rancangan Versus 1001 Rasa Baba's ni akan dikendalikan oleh dua Chef terkenal iaitu Chef Dr. Kamarul dan Chef Adu sebagai pengacara. Manakala juri pula adalah dari kalangan editor kulinari dan juga food blogger. Laaa... patut la macam kenal je sorang tu. Sape?? dah tentu la food blogger famous amous iaitu Mahamahu.. Hehe. curlasss tau dah jadi juri sekarang.. Agak-agak berapa la Mahamahu bagi markah kat depa tu?? hihi, rahsia katanya tapi yang penting Top 4 resepi terbaik akan ke peringkat terakhir dan berpeluang untuk memenangi hadiah utama bernilai RM10,000. Wow, bestnyaaaa. Untuk penonton pun ada juga peluang untuk memenangi hadiah wang tunai dan hadiah lain yang menarik. Cuma perlu follow Facebook Baba's dan ikut arahan serta syarat yang dinyatakan kat situ. Untung pandai masak, boleh dapat duit. 

Rancangan Versus 1001 Rasa Baba's di TV3
Versus 1001 Rasa Baba's

Sebagai memperkenalkan rancangan ini kepada umum, Majlis Pelancaran Versus 1001 Rasa Baba's telah diadakan baru-baru ini di Empire Hotel Subang. Dalam majlis tersebut, pengacara dan juri bagi rancangann tersebut telah diperkenalkan dan turut diadakan demo pertandingan memasak. Kami juga dijamu dengan beberapa hidangan pilihan dari menu yang dipertandingkan di dalam rancangan tersebut iaitu :

Rancangan Versus 1001 Rasa Baba's di TV3
Stu Kari Makanan Laut Berempah

Rancangan Versus 1001 Rasa Baba's di TV3
Kepak Ayam Goreng Maruku Bersalut Sos Tom Yam

Rancangan Versus 1001 Rasa Baba's di TV3
Kek Keju Labu Kesari

Rancangan Versus 1001 Rasa Baba's di TV3
Celoteh Juri Jemputan

Tudiaaa... menarik kan hidangan kat atas ni. Tak terfikir pun nak create menu sebegini apatah lagi di medan pertandingan yang hanya memakan masa 30 minit. Salute la dekat para peserta semua. Tak sabar nak tengok aksi mereka berentap merebut gelaran juara. 

Rancangan Versus 1001 Rasa Baba's di TV3
Produk Baba's Terbaik

Kepada semua pembaca jangan lupa saksikan Rancangan Versus 1001 Rasa Baba's di TV3 setiap hari Khamis, jam 5:35 petang bermula 26 Oktober 2017 dan siaran ulangan setiap hari Isnin, 5:35 petang bermula 30 Oktober 2017. Jangan lupa tauuuu....



Post a Comment

1 Comments

  1. I recently came across your article and have been reading along. I want to express my admiration of your writing skill and ability to make readers read from the beginning to the end. I would like to read newer posts and to share my thoughts with you.
    seo certification course

    ReplyDelete