FILEM PITCH PERFECTS 3 BERSAMA KFC CHIZZA FANS PARTY

FILEM PITCH PERFECTS 3 BERSAMA KFC CHIZZA FANS PARTY | Assalamualaikum semua.. Alhamdulillah kita telah pun melangkah ke tahun 2018. Rasanya belum terlambat nak wish Selamat Tahun Baru 2018. Aku pasti ramai yang bersemangat dan berkobar-kobar memasang azam baru. Tapi tidak bagi aku. Mana taknya, masuk je tahun baru terus demam. Bukan takat tu je, sekali pakej batuk dan selsema. Seminggu melepet je kat rumah. Ni pun sekarang masih batuk lagi.. Uhuk Uhuk... Walaupun kesihatan kurang memuaskan, tapi kerja harus dilaksanakan. Dah banyak yang tertunggak ni. Ampunnnn... ni pun nak cerita pasal kejadian tahun lepas. Perghh, bunyi macam dah lama je kan. adesss.. 

Filem Pitch Perfect 3 Bersama KFC Chizza Fans Party
Filem Pitch Perfect 3 Bersama KFC Chizza Fans Party

Ok, cerita dia pada 28 Disember 2017 yang lalu aku dapat jemputan ke KFC Chizza Fans Party yang diadakan di NU Sentral. Bukan setakat Fans Party je tau tapi kami juga dapat menonton wayang Filem Pitch Perfect 3. Weiiii.. melompat keriangan la sebab dapat tengok wayang. Cerita best plak tu. Lagi best bila kitorang boleh bawak 2 orang rakan. Seronotttnyaaaa... Boleh la celebrate penutup 2017 sekali kan.. hehe..

Filem Pitch Perfect 3 Bersama KFC Chizza Fans Party
First time tengok movie sambil makan KFC Chizza

Petang tu kami sampai kat NU Sentral awal sikit sebab sebelum tayangan bermula kami ada aktiviti dulu. Dah nama pun Fans Party kan.. hehe. Antara aktiviti yang ada ialah teka lagu. Nama aku terpilih untuk sertai game ni. Ayooo, ni kengkawan la ni yang duk seru nama aku. Tapi of course la iols sporting kan. haha. Mujur la dapat lagu yang senang. So, dapat la hadiah dari KFC. yippieeee.... Selain tu, kami juga dihiburkan dengan persembahan Koir "Mashups Medley" dari SMK Raja Jumaat. Teringat zaman sekolah dulu sebab iols pun ahli koir jugak tau.. wakil daerah lagi.. hehe..

Filem Pitch Perfect 3 Bersama KFC Chizza Fans Party
Yeayy.. dapat hadiah

Tepat pukul 8 malam, tayangan wayang bertajuk "Pitch Perfect 3" pun bermula. Oh ya, sapa yag nak tengok cerita ni better tengok dulu sekuel yang sebelumnya untuk memahami watak. Tapi kalau tak tengok pun takpe sebab still boleh enjoy jalan cerita dia. Tu pendapat aku la sebab aku pun tak tengok cerita yang sebelum ni. Meh aku share sikit sipnosis filem Pitch Perfect 3 ni. Kisahnya mengenai sekumpulan gadis yang menggelar diri mereka sebagai The Bellas yang merebut peluang untuk menjadi artis jemputan DJ Khaled. The Bellas ni merupakan penyanyi acapella berkumpulan dan mereka perlu bersaing dengan kumpulan lain yang menggunakan alat instrumen dan juga kelebihan vokal. Dapat kah The Bellas memenangi hati DJ Khaled? So, korang kena tonton sendiri Filem Pitch Perfect 3 di wayang tau. 

Filem Pitch Perfect 3 Bersama KFC Chizza Fans Party
Filem Pitch Perfect 3

Memang best dan lucu kerana masing-masing mempunyai karektor yang berbeza. Paling best sebab dapat tengok cerita Pitch Perfect 3 sambil kunyah KFC Chizza Chicken X Pizza. Haha, jangan jelous tau. Menu ni dibenarkan makan di dalam panggung hanya masa event KFC Chizza Fans Party sahaja. Ha, jangan plak ada yang pi order KFC Chizza kat kaunter makanan GSC NU Sentral. Memang takde la cite dia.. hehe

Filem Pitch Perfect 3 Bersama KFC Chizza Fans Party
Amboi memasing mengunyah KFC Chizza

Ok, sebut pasal KFC Chizza Chicken x Pizza ni, nak tanya sape dah pernah makan? Ni nak buat pengakuan jujur ni, honestly aku first time makan tau. Memula tu macam pelik je bunyi dia tapi bila makan sedap la pulak. Suka kombinasi filet ayam goreng hot & spicy yang diletakkan topping pizza seperti nanas, bawang, keju dan sos. So, tak de dah kerak pizza yang tertinggal sebab semuanya ayam. Sekali makan memang menjilat jari la.. hehe.

Filem Pitch Perfect 3 Bersama KFC Chizza Fans Party
KFC Chizza Chicken X Pizza
Harga bermula dari RM7.90

Filem Pitch Perfect 3 Bersama KFC Chizza Fans Party
Awesome moment for ending of 2017

Makan dah, tengok wayang pun dah. Hadiah pun dah dapat.. Memang penutup 2017 yang awesome. Terima kasih banyak-banyak KFC Malaysia kerana sudi jemput iols dan rakan-rakan menonton Filem Pitch Perfect 3 bersama KFC Chizza Fans Party ni. kalau korang nak tau lebih lanjut pasal menu KFC Chizza ni boleh layari www.kfc.com.my



Post a Comment

0 Comments