SAMBUT MERDEKA DAN TARIKAN TERBARU DI MAPS IPOH PERAK | Assalamualaikum semua.. Amboi sakan kan masing-masing pi holiday. Maklum la cuti panjang kan. So, ke mana aje korang pergi? Nampaknya macam ramai yang ke luar negara je. Seronok la.. lagipun time cuti panjang macam ni la nak jalan jauh kan. Tapi tak kisah walau kat mana pun destinasi yang dituju pasti akan meninggalkan kenangan kan. Macam aku plak konvoi beramai-ramai ke Utara untuk sambut Merdeka di Movie Animation Park Studio (Maps) Ipoh, Perak. Wowieeee... best weiii.

Sambut Merdeka Dan Tarikan Terbaru Di MAPS Ipoh Perak
Sambut Merdeka Dan Tarikan Terbaru Di MAPS Ipoh Perak

Memandangkan kami sampai waktu pagi dan konsert pula waktu malam, jadi ada banyak masa untuk kami explore dalam MAPS Perak ni. Saje la datang awal, bukan apa takut sangkut jem. Almaklum la, highway negara kita ni memang unexpected jem dia bila time cuti. Jadi seawal 5 pagi kitorang dah gerak dari Kuala Lumpur. Alhamdulillah, kami selamat tiba pukul 9 pagi gitu..

Sambut Merdeka Dan Tarikan Terbaru Di MAPS Ipoh Perak
Bersama rakan-rakan blogger yang lain

Rasanya tak perlu aku ceritakan secara keseluruhan apa yang menarik di MAPS Perak ni sebab aku dah pernah kongsikan sebelum ni dalam Artikel AKTIVITI CUTI SEKOLAH DI MOVIE ANIMATION PARK STUDIOS (MAPS) PERAK. Ha, jemput baca tau. Lepas tu baru sambung baca kat sini sebab kat sini aku hanya akan fokus tarikan terbaru di MAPS Perak dan Konsert Malaysiaku Merdeka With Boboiboy.

Sambut Merdeka Dan Tarikan Terbaru Di MAPS Ipoh Perak
Tak dapat bergambar dengan Boboiboy, dengan Smurf pun jadi la.. hehe
Ingat tak dalam artikel lepas aku ada bagitau yang Dream Zone tak bukak. Masa tu sedihnya lahai sebab nampak dari luar macam best je. Tapi syukur alhamdulillah kali ni kami mai zone ni dah buka. Cuma sekarang ni dah tukar nama kepada Trick O Thrill zone. Tahniah kepada pemenang iaitu Nin Sari Ismail yang berjaya memenangi contest untuk memberi nama baru kepada zone ni. Walaupun zone ni masih dalam pengubahsuaian tapi Tower Drop dah dibuka kepada pengunjung. Sape yang berani dan nak cuba boleh la naik. Aku?? memang tak la weiii.. gayat.. haha

Sambut Merdeka Dan Tarikan Terbaru Di MAPS Ipoh Perak
Tak sabar nak tunggu apa lagi yang menarik di Trick O Thrill Zone ni

Sambut Merdeka Dan Tarikan Terbaru Di MAPS Ipoh Perak
Tower Drop

Lagi satu tarikan terbaru di MAPS Perak ni adalah Haunted House ataupun Rumah Hantu. Kebetulan masa kami pi haritu adalah hari pertama rumah hantu ni beroperasi. Patut la ramai semacam, masing-masing teruja nak masuk rumah hantu ni sampai sanggup beratur selama lebih sejam tau. Tapi walaupun beratur panjang, namun penantian tu berbaloi sebab ini la rumah hantu paling best dan seram yang aku pernah masuk. Dia punya seram tu lain macam weii.. Tapi aku tak mau la cerita apa yang ada kat dalam tu. Kalau nak tau, kena la masuk dan rasai sendiri kan.. Ha, ibu mengandung dengan anak kecik tak digalakkan ekk.. Kang jadi pape susah plak.
Walaupun ini kali kedua aku datang ke MAPS Perak ni tapi perasaan teruja tu masih sama. Mana taknya, time ni la nak bersuka ria sambil release tension. Kat sini kita akan rasa bagai kanak-kanak riang sebab semua lokasi dan permainan kat sini best. Tempat pun cantik sampaikan kalau boleh setiap sudut nak bergambar. Sapa yang suka OOTD tu boleh la buat stok gambar. Mesti nampak comel. Satu tips yang aku sarankan bila masuk MAPS Perak ni, sila la explore semua zone dan cuba semua attraction yang ada kat sini. Gerenti berbaloi tau.

Sambut Merdeka Dan Tarikan Terbaru Di MAPS Ipoh Perak
Upside Down Pyramid - Dah macam kat Mesir

Sambut Merdeka Dan Tarikan Terbaru Di MAPS Ipoh Perak
Coliseum Water Play - Nak mandi boleh?? hehe

Sambut Merdeka Dan Tarikan Terbaru Di MAPS Ipoh Perak
Asteroid Attack - Serammm naik benda ni

Sambut Merdeka Dan Tarikan Terbaru Di MAPS Ipoh Perak
Space X-plorers - Tak gayat tapi pening-pening lalat je.. haha

Sambut Merdeka Dan Tarikan Terbaru Di MAPS Ipoh Perak
Hyperspin - Ok yang ni pening

Pada malam hari kami dah bersedia untuk menghadiri Konsert MalaysiaKu Merdeka with Boboiboy. Tak sangka konsert ni meriah weii.. Ramai juga pengunjung malam tu. Masing-masing teruja melihat persembahan artis yang ada seperti Joe Flizzow, Sonaone, Syamel, Ezad Lazim, Kugiran MASDO, Balok People, Mamu Raja Lawak dan Faizal Ismail selaku pengacara. Turut hadir malam tu adalah Menteri Besar Perak iaitu Ahmad Faizal Dato' Azumu. Acara malam tu turut dimeriahkan dengan acara cabutan bertuah iaitu Proton Iriz dan juga letupan bunga api. Kami tunggu sampai habis acara. Walaupun penat, tapi seronok. Selalu sambut merdeka di Kuala Lumpur tapi kali ni di MAPS Perak pulak. Best best...

Sambut Merdeka Dan Tarikan Terbaru Di MAPS Ipoh Perak
Konsert MalaysiaKu Merdeka with Boboiboy

Sambut Merdeka Dan Tarikan Terbaru Di MAPS Ipoh Perak
Persembahan Ezad Lazim

Sambut Merdeka Dan Tarikan Terbaru Di MAPS Ipoh Perak
Persembahan Syamel

Sambut Merdeka Dan Tarikan Terbaru Di MAPS Ipoh Perak
Menteri Besar Perak iaitu Ahmad Faizal Dato' Azumu bersama Faizal Ismail

Sambut Merdeka Dan Tarikan Terbaru Di MAPS Ipoh Perak
Pemenang cabutan bertuah. Dapat Proton Iriz tuuu

Sambut Merdeka Dan Tarikan Terbaru Di MAPS Ipoh Perak
Percikan bunga api
Malam tu kami tak sempat balik Kuala Lumpur sebab dah lewat malam dan masing-masing dah kepenatan. Kami stay kat Casuarina @ Meru Hotel. Sape-sape nak stay sini, ada juga pakej combo sekali dengan tiket MAPS Perak. So, takde la rushing nak balik kan. Boleh main puas-puas. Bilik kat hotel ni sangat selesa dan besar tau.

Sambut Merdeka Dan Tarikan Terbaru Di MAPS Ipoh Perak
Besarnya bilik kat Casuarina Hotel Ni

Eh, mesti ramai yang nak tahu pasal tiket masuk ke MAPS Perak ni. Mahal ke tidak ? Bagi aku tak mahal wei.. tambahan pulak sekarang ada promosi sempena Malaysia Day. Berbaloi sangat kalau nak pergi dan bawa family. Korang boleh rujuk link kat bawah ni untuk info terkini mengenai aktiviti dan juga harga tiket promosi :

Sambut Merdeka Dan Tarikan Terbaru Di MAPS Ipoh Perak
Puas hati dapat sambut merdeka kat Maps Perak

Alamat :
MOVIE ANIMATION PARK STUDIOS (MAPS)
Persiaran Meru Raya 3,
Bandar Meru Raya,
30020 Ipoh, Perak

Harga Tiket :

Instagram :

Facebook :

Website :