AKTIVITI CUTI SEKOLAH DI MOVIE ANIMATION PARK STUDIOS (MAPS) PERAK

22.11.17

AKTIVITI CUTI SEKOLAH DI MOVIE ANIMATION PARK STUDIOS (MAPS) PERAK | Assalamualaikum semua.. Tak lama lagi sessi persekolahan 2017 bakal melabuhkan tirai. Aku pasti ramai anak-anak yang dah tak sabar nak bercuti dan ada juga ibu bapa yang merancang untuk membawa anak-anak untuk melancong. Mujur la aku belum ada anak, kalau tak mau dah aku hajak laki aku pi travel dengan anak-anak... Kah! berangan la pulak.. hihi... Tapi takpe, takde anak sendiri kita tumpang la dengan anak-anak yang istimewa. Masih ramai lagi anak-anak yang telah kehilangan orang disayangi dan memerlukan kasih sayang. Betul tak??

Aktiviti Cuti Sekolah Di Movie Animation Park Studios (MAPS) Perak
Aktiviti Cuti Sekolah Di Movie Animation Park Studios (MAPS) Perak

Baru-baru ni aku berpeluang untuk meraikan 520 orang anak-anak istimewa dan anak-anak yatim di Movie Animation Park Studios (MAPS) Perak. Ni kiranya sempena cuti sekolah la walaupun belum betul-betul masuk musim cuti. Tapi sungguh gak, nak bawak 520 orang anak-anak kalau musim cuti mau berpeluh nak handle. Time tu mesti ramai orang kan. Lagipun kan MAPS Perak ni baru di buka bulan June lepas, so mesti ramai berpusu-pusu nak mai time cuti sekolah nanti. 

Aktiviti Cuti Sekolah Di Movie Animation Park Studios (MAPS) Perak
Program anak-anak Istimewa bersama KIWANIS dan MAPS Perak

Program yang penuh bermakna bagi anak-anak ini adalah hasil kerjasamana pihak MAPS Perak dan juga pihak KIWANIS Malaysia. Program ini bertujuan untuk memberi keriangan kepada anak-anak isitmewa ini setelah setahun belajar. Seronok tengok wajah-wajah tersenyum anak-anak ini yang tak sabar nak main segala permainan dan tarikan yang ada di dalam Movie Animation Park Studios (MAPS) Perak. Cettt... ayat coverline betul. Padahal aku sendiri pun teruja dapat datang ke sini. First time wei jejak kaki kat MAPS Perak ni walaupun tak jauh dari kampung aku. Tazzzaaabarrrr nak explore.. hikhik..

Aktiviti Cuti Sekolah Di Movie Animation Park Studios (MAPS) Perak
Mesti anak-anak ni tak sabar nak meneroka MAPS Perak kan


MOVIE ANIMATION PARK STUDIOS (MAPS) PERAK


*Sebelum tu nak bagitau yang entri ni banyak gambar. So, harap maklum.. hehe*

Seperti yang sedia maklum, Movie Animation Park Studios (MAPS) Perak yang berkeluasan 52 ekar ni baru je dibuka bulan Jun 2017 yang lalu. Setakat ni taman tema keriangan dengan tagline "Live Your Dreams" ni telah menarik lebih kurang 150,000 pengunjung dari pelbagai peringkat umur. Lokasinya yang strategik iaitu di Ipoh, Perak dan tidak jauh dari Lebuhraya Utara Selatan ini memudahkan pengunjung untuk datang ke sini. 

Aktiviti Cuti Sekolah Di Movie Animation Park Studios (MAPS) Perak
Pertama kali jejak kaki di MAPS Perak

Movie Animation Park Studios (MAPS) ni bukanlah seperti taman tema biasa sebaliknya, konsep dan figura yang ada di sini adalah berdasarkan animasi-animasi yang ada di kaca televisyen. Mesti korang ingat lagi kan watak-watak seperti Smurfs, Casper, Megamind dan banyak lagi. Kalau untuk watak animasi tempatan pulak ada BoboiBoy dan rakan-rakan. Terdapat beberapa bahagian di dalam kawasan MAPS ni yang pasti akan membuat kita teruja iaitu :


Animation Square


Melangkah aja masuk ke gerbang MAPS, mata dah terpaku dengan rekabentuk bangunan yang penuh dengan warna warni. Pastu kat ruang tengah pulak ada kawasan lapang dan ada juga pentas kecil. Kat sini biasanya diadakan persembahan, tarian dan juga meet & greet bersama animasi kegemaran. Di lorong sebelah kiri ada Adventure Cartoon Factory manakala sebelah kanan adalah lokasi The Home of BoboiBoy. Kat situ ada 4D Motion Adventure, BoboiBoy Hero Academy dan juga Tok Aba's Kokotiam. Korang kena try Chocolate Iced kat situ. Sedap..

Aktiviti Cuti Sekolah Di Movie Animation Park Studios (MAPS) Perak
Animation Square

Aktiviti Cuti Sekolah Di Movie Animation Park Studios (MAPS) Perak
Rekabentuk dinding yang menarik

Aktiviti Cuti Sekolah Di Movie Animation Park Studios (MAPS) Perak
Tok Aba Kokotiam

Aktiviti Cuti Sekolah Di Movie Animation Park Studios (MAPS) Perak
Boboiboy Hero Academy

Aktiviti Cuti Sekolah Di Movie Animation Park Studios (MAPS) Perak
BoboiBoy 4D Adventure Theatre

Aktiviti Cuti Sekolah Di Movie Animation Park Studios (MAPS) Perak
Night Parade


Live Action Zone


Sape yang suka tengok aksi lasak boleh datang ke bahagian Live Action Zone di mana kat sini ada pertunjukan aksi Stunt yang pertama di Asia Tenggara iaitu di Stunt Legends Arena. Persembahan superb dari anak-anak muda yang memandu kereta dan motosikal pasti membuatkan jantung korang rasa nak gugur. Mana taknya, giler betul diorang main kejar-kejar dan drift kat dalam kawasan yang sempit. Fuhhhh... betul-betul mendebarkan.

Aktiviti Cuti Sekolah Di Movie Animation Park Studios (MAPS) Perak
Live Action Zone

Aktiviti Cuti Sekolah Di Movie Animation Park Studios (MAPS) Perak
Stunt Legends Arena

Aktiviti Cuti Sekolah Di Movie Animation Park Studios (MAPS) Perak
Ni la para pelakon aksi stunt kat sini.. hensem tak?? hehe


Fantasy Forest Zone


Kalau ada anak-anak kecil bawah 12 tahun, Fantasy Forest Zone sangat sesuai untuk budak-budak. Kat sini ada pelbagai permainan yang tidak terlalu ekstrem dan juga pelbagai attraction untuk mereka seperti Zugo's Crystal Quest, Upside Down Pyramid, Fantasy Carousel, Coliseum Water Play, Red Baron dan banyak lagi. Ada juga tempat permainan yang ada air-cond di Coral Kingdom, so takde la kepanasan. Mak ayah pun boleh berehat sambil minum-minum sementara anak-anak bermain.

Aktiviti Cuti Sekolah Di Movie Animation Park Studios (MAPS) Perak
Fantasy Forest Zone

Aktiviti Cuti Sekolah Di Movie Animation Park Studios (MAPS) Perak
Upside Down Pyramid

Aktiviti Cuti Sekolah Di Movie Animation Park Studios (MAPS) Perak
Cave Of Wonders

Aktiviti Cuti Sekolah Di Movie Animation Park Studios (MAPS) Perak
The Adventures HQ Tree House

Aktiviti Cuti Sekolah Di Movie Animation Park Studios (MAPS) Perak
Coliseum Water Play

Aktiviti Cuti Sekolah Di Movie Animation Park Studios (MAPS) Perak
Whirling Wizard

Aktiviti Cuti Sekolah Di Movie Animation Park Studios (MAPS) Perak
Fantasy Carousel

Aktiviti Cuti Sekolah Di Movie Animation Park Studios (MAPS) Perak
Coral Kingdom


Dream Zone


Bahagian ni masa aku pi tak bukak untuk orang awam. Huhu, sedihnya lahai tapi nak buat macam mana. Demi keselamatan mereka tutup dulu sementara. Dari luar kami dapat tengok pelbagai attraction yang ada kat section Dream Zone ni. Ada Casper, Megamind, The Croods Crazy Chase dan macam-macam lagi. Ha, dekat bahagian ni la ada Megamind Megadrop Tower yang dikatakan paling tinggi di Malaysia. Uishhh, serammmm...

Aktiviti Cuti Sekolah Di Movie Animation Park Studios (MAPS) Perak
Time datang Dream Zone tak bukak.. huhu


Blast Off Zone


Kaat sini korang akan nampak kapal angkasa berbentuk belon tapi tu sebenarnya restoran tau. Memandangkan tak boleh bawak makanan, aku pun try la makan kat situ. Actually tak de la mahal sangat sebab portion besar dan yang penting western food kat situ sedap.. Kira berbaloi la. Kat bahagian belakang pulak ada The Smurfs Theatre & Partyland. So, dapat la jumpa watak Smurfs yang comel tu. Tapi, awat depa lagi tinggi dari aku?? Haha..

Aktiviti Cuti Sekolah Di Movie Animation Park Studios (MAPS) Perak
Starship Restaurant

Aktiviti Cuti Sekolah Di Movie Animation Park Studios (MAPS) Perak
Dah macam kat angkasa lepas

Aktiviti Cuti Sekolah Di Movie Animation Park Studios (MAPS) Perak
Nak tengok Papa Smurf jap.. hehe

Aktiviti Cuti Sekolah Di Movie Animation Park Studios (MAPS) Perak
Budak-budak mesti suka main dalam ni.. comel

Aktiviti Cuti Sekolah Di Movie Animation Park Studios (MAPS) Perak
Alahai, kenapa majuk tu???

Mesti korang tertanya-tanya, tu je ke tarikan kat MAPS Perak ni? Eh, tak la.. ada banyak lagi permainan yang ada especially untuk orang dewasa seperti HyperSpin, Asteroid Attack, Space X-Plorers, The Adventurers Bumper Blast. Sape yang takde masalah jantung atau gayat, sila la naik especially Asteroid Attack tu... Aku awal-awal dah surrender. Wuuuuu... haha

Aktiviti Cuti Sekolah Di Movie Animation Park Studios (MAPS) Perak
Space X-Plorers - yang ni tak scary tapi pening

Aktiviti Cuti Sekolah Di Movie Animation Park Studios (MAPS) Perak
HyperSpin - yang ni scary dan pening.. hehe

Aktiviti Cuti Sekolah Di Movie Animation Park Studios (MAPS) Perak
Asteroid Attack - Ok, yang ni memang tobat tak naik.. haha

Aktiviti Cuti Sekolah Di Movie Animation Park Studios (MAPS) Perak
The Adventurers Bumper Blast - yang ni of course la naik. haha

Dalam banyak-banyak permainan, aku cuma naik bumper car ni je. Sadis tak?? haha.. Eh, korang jangan salah sangka tau. Bukan sebab MAPS ni tak best tapi sebab aku risau kang jadi pape, muntah kayap ke sape pulak nak drive balik ke Kuala Lumpur. Tapi kalau korang jenis yang tahan lasak, boleh la try naik Asteroid Attack tu. Nanti kalau Dream Zone bukak, lagi best. Bab rekabentuk pulak memang setiap sudut bangunan menarik dan penuh warna warni. Kalau boleh setiap sudut nak bergambar sebab setiap dinding coraknya berbeza-beza. Cantik weiii. Sesuai untuk orang-orang yang suka OOTD cam aku. eh, heeheee.... Ala, korang tengok la sendiri gambar-gambar ni..

Aktiviti Cuti Sekolah Di Movie Animation Park Studios (MAPS) Perak
Signboard pun cantik.. hadoiii

Aktiviti Cuti Sekolah Di Movie Animation Park Studios (MAPS) Perak
Comel kan hiasan dinding kat sini

Aktiviti Cuti Sekolah Di Movie Animation Park Studios (MAPS) Perak
Corak dinding terbalik pun ada

Aktiviti Cuti Sekolah Di Movie Animation Park Studios (MAPS) Perak
Jangan tak tau, belakang dinding ni toilet tau..tapi tetap cantik

So, kalau korang tak tau apa plan nak buat time cuti sekolah ni aku suggest boleh bawak anak-anak ke sini. Aku pasti budak-budak teruja dapat tengok dan bermain dengan watak-watak animasi kegemaran mereka. Jadinya isikan aktiviti cuti sekolah mereka di Movie Animation Park Studios (MAPS) Perak.. Adiosss...

Aktiviti Cuti Sekolah Di Movie Animation Park Studios (MAPS) Perak
Movie Animation Park Studios (MAPS) Perak

Harga Tiket Masuk MAPS Perak :

Maklumat Lanjut Rujuk Disini :




You Might Also Like

0 ♥ Surat Cinta ♥

Contact Form

Name

Email *

Message *

PRchecker.info
free web site traffic and promotion