BALI TOUR PACKAGES : PAKEJ KOMBO FLIGHT DAN HOTEL DENGAN TRAVELOKA

BALI TOUR PACKAGES : PAKEJ KOMBO FLIGHT DAN HOTEL DENGAN TRAVELOKA | Assalamualaikum semua.. Bila dah sampai hujung tahun ni semua dok sibuk bercerita nak pi melancong. Ada yang nak bercuti dalam negara dan ada juga yang nak melancong nun jauh di luar negara. Maklum la semua nak habiskan cuti katanya. Aku?? mana boleh tahan weiii.. Rasa panas je duk rumah walaupun sekarang musim hujan. Hahaha.. nampak tak perasaan menggeletis nak travel tu dah mai. Ye, memang aku tak kerja dan boleh pergi travel anytime tapi member-member travel love buddies aku semuanya bekerja. So, kena la tunggu depa tu semua cuti. Lagipun time hujung-hujung tahun ni mesti banyak promosi kan kan kan..

Bali Tour Packages : Pakej Kombo Flight Dan Hotel Dengan Traveloka
Rindu nak travel

Sebenarnya aku pernah discuss dengan travel love buddies aku satu lokasi yang kami nak pi bila ada kelapangan nanti iaitu ke Bali. Ye, itulah destinasi pilihan aku buat masa ni. Kiranya My Wishlist la sebab aku belum pernah jejak kaki ke Bali lagi. Memang ada di kalangan kawan-kawan aku yang dah pernah pergi tapi diorang semua tak kisah kalau nak pergi lagi sekali bersama aku sebab depa kata best kat Bali. Ada banyak lokasi-lokasi menarik di Bali. Antaranya seperti Pantai Kuta, Pura Tanah Lot, Uluwatu Temple, Pura Ulun Danu Bratan, Seminyak, Tegallalang Rice Terraces dan banyak lagi. Ayooo, cantik-cantiknya tengok gambar diorang ni. Kalau nak tau lebih lanjut pasal Bali boleh terjah di  sini 👉 Bali Tour Packages

Bali Tour Packages : Pakej Kombo Flight Dan Hotel Dengan Traveloka
Teringin nak ke Bali, setakat ni dapat bergambar dengan Signage Bali je

Ok, kalau setakat kata nak pi je tapi tak buat apa-apa planning, memang tak jadi apa la kan. So, macam biasa la kalau nak pi travel kita kena survey harga tiket flight dan juga hotel. Bab-bab cari hotel dan tiket flight ni biasanya aku akan survey di Traveloka sebab mereka selalu menawarkan harga yang murah dan menjimatkan. Tak percaya?? ha, korang pi la terjah. Ada banyak promosi yang mereka kongsikan untuk kemudahan pelanggan-pelanggan yang ingin melancong terutama time hujung-hujung tahun ni. Yang penting tepuk dada, pastu klik klik aje.. setel.. hehe. 

Bali Tour Packages : Pakej Kombo Flight Dan Hotel Dengan Traveloka
Bali Tour Packages

Haish, aku pun tak lepaskan peluang jugak. Dalam pada dok usha kat website Traveloka sekali ternampak promosi Pakej Kombo Flight + Hotel. Eh, ini sudah bagus. Tak payah susah-susah nak survey asing-asing. Kiranya sekali booking je untuk kedua-duanya. Mudah kan, jimat pun jimat. Ok, apa yang bagusnya kalau menempah Pakej Kombo ni adalah : 

Better Together
Perjalanan dengan kos yang lebih rendah apabila menempah penerbangan dan hotel bersama-sama. Harga lebih murah apabila menempah kedua-dua pada satu masa!

Greater Flexibility
Memberi kebebasan untuk kita menggabungkan mana-mana syarikat penerbangan bersama dengan mana-mana hotel yang kita inginkan bersesuaian dengan perjalanan dan juga destinasi kita.

Your Way to Pay
You name it, we’ve got it. Sama ada wang tunai atau tanpa tunai, kita menerima pelbagai kaedah pembayaran untuk memenuhi keperluan pembelian kita. Perbelanjaan dengan kredit? Pun boleh wakk. Bayangkan pergi bercuti impian kita dengan 0% ansuran bulanan. perghh... best tuu..

Bali Tour Packages : Pakej Kombo Flight Dan Hotel Dengan Traveloka
Pakej Kombo Flight + Hotel Traveloka

Ha, nampak tak kelebihan kalau ambil Pakej Kombo Flight + Hotel dengan Traveloka ni. Tu baru sikit. Ada lagi best. Tawaran hebat yang buat aku rasa sesak nafas dan terus nak klik button Book Now iaitu diskaun sebanyak 15% atau sehingga RM70 dengan satu ID tempahan dari 15 Oktober hingga 15 November 2018. Heyyy.. pitam sekejap tengok promosi dia.. murah weiii... Hanya perlu masukkan kod promosi TWOGETHER (promosi kod sah untuk website dan Aplikasi Traveloka di Android sahaja)

Bali Tour Packages : Pakej Kombo Flight Dan Hotel Dengan Traveloka
Kod promosi Twogether

Cara Tempah Flight + Hotel di Traveloka :

Step 1 👉 Cari Flight + Hotel  - Mulakan carian dengan memasukkan destinasi, tarikh perjalanan dan tempoh penginapan.

Step 2 👉 Pilih Kombinasi - Di halaman hasil carian, pilih kombinasi Penerbangan + Hotel yang kita suka.

Step 3 👉 Ubahsuai Kombinasi Kalau nak sesuaikan dengan perjalanan kita, klik CHANGE pada Penerbangan apabila menggunakan App Traveloka, atau klik CHANGE ROOM atau CHANGE FLIGHT kalau melalui website Traveloka.

Step 4 👉 Tempah Flight + Hotel  - Semak balik ringkasan pilihan kita dan klik SELECT TO CONTINUE. Isi butiran yang diperlukan, dan pastikan semua butiran adalah betul.

Step 5 👉 Pembayaran  -  Pilih kaedah pembayaran. Sebaik sahaja transaksi berjaya, e-tiket dan baucar akan dihantar ke e-mel dalam masa 60 minit.

Terma dan Syarat :
✔ Promosi diskaun 15% untuk flifgt + hotel dengan diskaun maksimum RM70 dalam satu booking ID.
✔ Untuk tempahan flight+hotel Kod Kupon hanya sah dengan transaksi minimum RM400.00
✔ Sah untuk semua tempoh perjalanan dan penerbangan kecuali Air Asia
✔ Sah untuk semua hotel, jenis bilik dan tempoh penginapan
✔ Sah untuk satu kali penggunaan dalam tempoh promosi
✔ Diskaun sah untuk tempahan yang dilakukan menerusi website Traveloka, mobile site dan Traveloka App versi minimum 2.15.0 (Android/IOS)
✔ Promosi ini tidak boleh digabungkan dengan promosi lain.
✔ Promosi ini hanya sah untuk transaksi yang dilakukan dalam MYR
✔ Tempahan dari: 15 Oktober hingga 15 November 2018.
✔ Tempoh Penginapan: Bila-bila masa
✔ Terma dan syarat lain adalah mengikut terma dan syarat bagi kod kupon yang ada di halaman ini.

Bali Tour Packages : Pakej Kombo Flight Dan Hotel Dengan Traveloka
Booking sekarang di Traveloka

Mudah kan. Ha, kat dah kata kat Traveloka ni klik-klik aje, selesai. Tak perlu nak beratur ke hape, semuanya di hujung jari aje. Yeayy, ni yang buat sis happy ni. Ok, sis nak pi booking sekarang. Lambat kang melepas. Korang pun apa lagi.. jejommmsss booking now.. By the way, happy holiday uolsss..




Post a Comment

0 Comments