SYNERGY MARINE PERINTIS PEMBINAAN KAPAL BERKUASA LNG PERTAMA DI MALAYSIA

SYNERGY MARINE PERINTIS PEMBINAAN KAPAL BERKUASA LNG PERTAMA DI MALAYSIA | Assalamualaikum semua.. Pada tanggal 15 November yang lalu Malaysia telah mencatat satu sejarah dalam dunia maritim apabila 3 buah syarikat telah berpadu tenaga dan mengambil langkah proaktif bagi menerajui dan merintis teknologi hijau di dalam sektor kapal sokongan luar pesisir. Tiga syrikat yang dimaksudkan adalah Synergy Marine, MTCMS Design Sdn Bhd dan Shin Yang Shipping Corporation. Ketiga-tiga syarikat ini bergabung dan mengumumkan kerjasama bagi mereka bentuk, membina dan menjayakan pembinaan kapal berkuasa LNG yang pertama di Malaysia sekaligus merevolusikan sektor maritim di negara ini.

Synergy Marine Perintis Pembinaan Kapal Berkuasa LNG Pertama Di Malaysia

Berikutan itu, kerjasama ini terbukti menjadi detik terpenting antara Synergy Marine, MTCMS Design Sdn Bhd dan Shin Yang Shipping Corporation Berhad, dengan pembangunan di dalam kedua-dua bidang Teknologi Tinggi dan Teknologi Hijau. Ketiga-tiga syarikat bereputasi tinggi itu juga menandatangani satu Memorandum Persefahaman bagi menggabungkan kepakaran dalam membangunkan Kapal Teknologi Hijau, disaksikan oleh Timbalan Ketua Pengarah 2 (Operasi) Jabatan Marin Malaysia, Tuan Hj. Ir. Ahmad Khairuddin Bin Ismail.

Synergy Marine Perintis Pembinaan Kapal Berkuasa LNG Pertama Di Malaysia

Maklumat Majlis Tandatangan MoU

✔ Majlis menandatangani MoU ini adalah antara 3 syarikat iaitu Synergy Marine (M) Sdn Bhd, MTCMS dan Shin Yang Shipyard Sdn Bhd.
✔ MTCMS Design Sdn Bhd telah menandatangani perjanjian dengan Synergy Marine (M) Sdn Bhd untuk mereka bentuk Kapal Pembuatan Platform LNG pertama Malaysia (PSV).
✔ Kapal tersebut akan dibina oleh Shin Yang Shipyard Sdn Bhd di Malaysia.
✔ Menjadi salah sebuah Kapal Sokongan Luar Pesisir yang paling maju (OSV) pernah direka, dibina dan dikendalikan oleh syarikat-syarikat tempatan Malaysia. Reka bentuk ini termasuk PSV digital twin, lengkap dengan Virtual Reality Technology untuk penyelenggaraan dan latihan.

Synergy Marine Perintis Pembinaan Kapal Berkuasa LNG Pertama Di Malaysia

Mungkin ramai yang tidak berapa mengetahui selok belok dunia maritim ni kan. Ha, takpe-takpe, aku akan kongsikan apa yang aku tahu masa menghadiri Majlis tandatangan MOU tempoh hari. Untuk pengetahuan korang kapal berkenaan bukan sahaja kapal pertama di Malaysia dan di seluruh Asia malah ia juga merupakan kapal pertama yang dibina di pesisir Malaysia. Synergy Marine telah menyahut cabaran untuk membuat pelaburan dalam penyelidikan dan pembangunan bagi melaksanakan evolusi dalam mereka bentuk kapal dengan menggunakan teknologi 3D yang tercanggih dan termaju, termasuklah teknologi digital twin untuk kapal baru, lengkap dengan teknologi realiti maya untuk tujuan penyelenggaraan, ujian keselamatan dan latihan.

Synergy Marine Perintis Pembinaan Kapal Berkuasa LNG Pertama Di Malaysia

Synergy Marine Perintis Pembinaan Kapal Berkuasa LNG Pertama Di Malaysia

Dengan adanya kapal baru berukuran 76.8 meter panjang, 19 meter lebar, kapasiti dek 600 meter persegi, dilengkapi dengan sistem enjin dwi bahan api iaitu LNG dan diesel. Dari segi fungsi kapal, Synergy Marine akan menggunakan kapal berkenaan bagi memberikan perkhidmatan kepada pelbagai syarikat Minyak dan Gas global yang bakal mendapat manfaat daripada kapal yang terkenal ini, Apa yang menarik kapal ini bukan sahaja mematuhi peraturan IMO, tetapi dengan penggunaan kapal Berteknologi Tinggi dan Hijau di dalam operasi Minyak dan Gas mereka, kapal tersebut dapat menjimatkan penggunaan bahan api di dalam mana-mana operasi Minyak dan Gas.

Synergy Marine Perintis Pembinaan Kapal Berkuasa LNG Pertama Di Malaysia

Wahh, bagus kan. Selain dari tu, menurut Pengarah Urusan Synergy Marine, Dato’ Roslan Ahmad berkata penggunaan sistem enjin gas asli cecairatau LNG dapat mengurangkan pelepasan sulfur dioksida, nitrogen dioksida, karbon dioksida dan zarah terampai dengan ketara, menjadikan alam sekitar lebih hijau dan pada masa sama mematuhi peraturan pertubuhan maritim antarabangsa.

Berbekalkan pengalaman luas kami di dalam perniagaan serta operasi marin dan luar pesisir, ditambah pula dengan pengetahuan mendalam, rangkaian kerja yang luas dan keupayaan yang kukuh, penjagaan alam sekitar adalah salah satu daripada nilai teras kami, dan kami mengambil langkah proaktif untuk menerajui dan merintis teknologi hijau di dalam sektor kapal sokongan luar pesisir"

“Kami amat berbangga kerana dapat bekerjasama dengan MTCMS Design dan Shin Yang Shipping untuk kapal berkuasa LNG pertama kami. Sistem pendorong kapal kami yang baru direka menggunakan enjin penjimat tenaga dan mesin serta peralatan cekap tenaga. Oleh itu, berdasarkan kepada kepakaran mereka dalam mereka bentuk kapal dan penggunaan Teknologi Digital Twin, kami telah memutuskan untuk melantik MTMCS Design untuk menjadi pereka bentuk kapal kami dan bekerjasama dengan Shin Yang Shipping untuk membina kapal berkenaan berdasarkan kepada kepakaran mereka dalam pembinaan banyak Kapal Sokongan Luar Pesisir (OSV) dan keupayaan serta kapasiti mereka yang tinggi di dalam bidang ini.”
Dato’ Roslan Ahmad, Pengarah Urusan Synergy Marine

Selepas kemelesetan ekonomi yang panjang dan kemerosotan harga minyak sejak 2016, kebanyakan syarikat Minyak dan Gas telah memulakan semula kerja-kerja eksplorasi dan pengeluaran di seluruh dunia. Ini adalah petanda bagus kerana ia menunjukkan bahawa industri maritim dan perkapalan telah berkembang semula. Sehubungan itu, pihak Synergy Marine telah mengambil langkah seterusnya untuk menjadi penyedia Kapal Sokongan Luar Pesisir pilihan bagi menyokong kerja-kerja eksplorasi dan pengeluaran Minyak dan Gas dengan etika perniagaan yang tinggi bagi memenuhi jangkaan pelanggan.

Synergy Marine Perintis Pembinaan Kapal Berkuasa LNG Pertama Di Malaysia

Pembinaan kapal berkenaan akan dimulakan pada Januari 2019 dan dijangka siap sepenuhnya menjelang suku keempat tahun 2020. Selepas disiapkan, kapal ini akan sedia untuk disewa mengikut kontrak oleh mana-mana kontraktor Minyak dan Gas, dan ia akan digunakan untuk operasi tertentu di
dalam pasaran global. Semoga dengan adanya gabungan seperti ini akan terus memperkasakan sektor maritim di Malaysia..



Post a Comment

0 Comments