AEON MALL CASH UP CHALLENGE MERIAH

AEON MALL CASH UP CHALLENGE MERIAH | Assalamualaikum semua... Baru-baru ni aku pergi ke AEON Mall Shah Alam. Asalnya niat hati nak shopping tapi bila lalu di kawasan ruang legar ternampak pulak ramai orang berkumpul. Nampak macam menarik, jadi aku pun apa lagi. Sama-sama join la sebab nak tengok apa yang happening tu kan. Rupanya ada AEON ada buat event iaitu AEON Mall Cash Up Challenge. Terdapat pelbagai aktiviti menarik dan banyak hadiah yang akan diberikan termasuk wang tunai. Ha, best ni...

AEON Mall Cash Up Challenge Meriah

Untuk join aktiviti dalam Aeon Mall Cash Up ni syarat dia kena mempunyai kad AEON Member Plus Visa Card & AEON Wallet. Memandangkan aku takde kad ni lagi so kena la mendaftar kan. Tak susah pun. Tak sampai 5 minit dah siap kad dia. Yang bestnya aku dapat patung yang comel ni lagi. Naaa, kiut tak??


AEON MEMBER PLUS VISA CARD 

AEON Mall Cash Up Challenge Meriah

Sebenarnya memang aku dah lama nak buat kad ni tapi tak berkesempatan lagi. Alang-alang dah ada promosi ni so, boleh la kan. Lagipun banyak kelebihannya kalau ada kad AEON Member Plus Visa Card & AEON Wallet ni. Antara kelebihannya adalah seperti berikut :

AEON Mall Cash Up Challenge Meriah

Dapat sehingga 2X mata ganjaran AEON - Setiap kali berbelanja kita akan dapat sehingga 2x mata ganjaran tau untuk setiap RM1 yang dibelanjakan. Ha, seronok la boleh kumpul banyak-banyak mata ganjaran kan.

Penebusan Ganjaran - Semakin banyak mata ganjaran boleh la buat penebusan hadiah yang menarik. Setiap 200 mata ganjaran = RM1. Kita boleh pilih sama ada nak penebusan secara auto bulanan atau penebusan secara manual di laman web AEON credit service dan AEON Wallet. Tempoh sah mata ganjaran 3 tahun ye.

Boleh digunakan di Pusat Beli Belah AEON dan Pasaraya Besar AEON BIG - Kad ni tak terhad di Aeon Mall sahaja ye. Boleh juga digunakan di Pusat Beli Belah AEON, Pasaraya Besar AEON BiG, AEON MaxValu, AEON MaxValu Prime dan AEON Wellness.

Pembelian secara Online - Ha, yang ni best. Tak sempat keluar shopping?? Takde masalah. Shopping online pun boleh.

Ada fungsi sentuh dan bayar dengan kad Visa - Kalau nak cepat boleh guna fungsi sentuh dan bayar. Maksudnya tak payah masukkan no pin bagai. Tapi hanya untuk pembelian kurang dari RM250 dalam satu transaksi. Bukan apa, untuk tujuan keselamatan gitu.

Fungsi Kawalan Bajet - Senang sebenarnya ada kad macam ni, so kita tak perlu bawa cash dan yang penting kita boleh menghadkan peruntukan wang untuk berbelanja. Oh ya, tiada kadar faedah bulanan atau caj bayaran lewat ye

Selamat dan Terkawal - Jangan risau kalau kad hilang atau dicuri. Hanya perlu hubungi pihak AEON sahaja.

Keistimewaan Diskaun Ekslusif - Ha, yang ni paling best. Kita akan dapat menikmati diskaun eksklusif sehingga 70% dan keistimewaan daripada 200 rakan niaga yang terpilih. Wahhh, banyak tuuuu. Antara seperti Sunway Lagoon, Sasa, 1ne Living, Poh Kong, Carlo Rino dan banyak lagi.


AEON WALLET

Kalau dah ada kad, senang la lepas ni nak berbelanja di AEON Mall. Nak lagi senang boleh install  aplikasi AEON Wallet Malaysia. Aplikasi ni boleh didapati di Google Playstore atau Apple App store. Melalui aplikasi AEON Wallet ni kita boleh membuat pembayaran menggunakan telefon bimbit sahaja iaitu melalui fungsi kod QR. Lepas ni tak risau lagi la kalau tertinggal kad di rumah, masih boleh menikmati ganjaran hebat di AEON dengan mengunakan AEON Wallet. Selain itu, korang boleh tambah nilai dengan segera dan mudah dengan aplikasi ni. Tebus ganjaran AEON Points pun lagi mudah sekarang ni, hanya tebus melalui AEON Wallet, dan mata ganjaran akan di tukarkan kepada wang tunai! . Seronok kan, semuanya sekarang mudah dan di hujung jari je. 

AEON Mall Cash Up Challenge Meriah

Cara nak guna AEON Member Plus Visa Card & AEON Wallet ni mudah je. Hanya perlu ikuti langkah-langkah berikut :

Step 1 : Mohon AEON Member Plus Visa Card
Step 2 : Download AEON Wallet melalui Google Play Store atau Apple Store secara percuma
Step 3 : Benarkan AEON Member Plus Visa Card terlebih dahulu melalui aplikasi AEON Wallet  untuk membuat bayaran.
Step 4 : Imbas kod QR dan bayar..

Mudahnyaaaaa....

AEON Mall Cash Up Challenge Meriah

Ha, dek kerana semua kelebihan yang aku nyatakan kat atas ni la sebab kenapa aku register untuk AEON Member Plus Visa Card. Bukan apa, senang nak berbelanja lepas ni. Lagipun sebenarnya aku nak join AEON Mall Cash Up Challenge. Mana tau ada rezeki kan. Yang penting kita cuba dulu sebab hadiah dia menarik tauuu..


AEON MALL CASH UP CHALLENGE

Untuk pengetahuan semua, AEON Mall Cash Up Challenge ni diadakan di AEON Mall Shah Alam bermula dari 5 Disember 2018 hingga 1 Januari 2019. Ada pelbagai aktiviti menarik disediakan dan yang paling best kita boleh join challenge dan berpeluang untuk memenangi hadiah wang tunai sebanyak RM10,000. Wow, sekarang nampak tak kenapa aku sanggup mendaftar untuk kad ni. Ya, sebab syarat nak menyertai challenge ni kena ada kad AEON Member Plus Visa Card dan AEON Wallet. Ada 3 challenge yang boleh dicuba iaitu :

AEON Mall Cash Up Challenge Meriah

1) Beat The Buzzer Game

Untuk challenge ni syarat dia kena ada kad AEON Member Plus Visa Card dan AEON Wallet. Lepas tu kena berbelanja sekurang-kurangnya RM50 di AEON Mall Shah Alam untuk layak bermain. Ha, kalau dah cukup 2 syarat tu boleh la sertai game ni. Tapi tak semudah tu nak menang RM10,000 ya. Beat The Buzzer Game ni ada 3 level tau. Aku dah cuba. Level 1 dan 2 masih boleh dibawa bincang tapi Level 3 nauzubillah, susah weiii... part paling susah nak lalu bahagian kipas tu. Sape yang berjaya memang respek la. Boleh menang RM10,000 tauuuu..

AEON Mall Cash Up Challenge Meriah

2) Ready, Aim & Hit the Bullseye

Untuk sertai challenge ni syarat dia sama juga kena ada kad AEON Member Plus Visa Card dan AEON Wallet. Lepas tu kena berbelanja melebihi RM30 di paticipating tenants (1 game) atau melebihi RM50 di AEON Stores & Non-participating tenants (1 game). 1 game akan diberikan iaitu cubaan untuk memanah. Markah di antara 16-25 akan mendapat 1,000 AEON points manakala jumlah markah melebihi 26 akan mendapat 2,000 AEON points.

AEON Mall Cash Up Challenge Meriah

3) Catch & Hug Me

Untuk challenge ni mesti kanak-kanak pun suka. Caranya mudah je. Hanya perlu bergambar dengan maskot Yokina dan Sumato dan muat naik di facebook beserta dengan hashtag #MyAEONWallet #AEONMallShahAlam #AEONWalletCashUp. Lepas tu sila redeem hadiah misteri di kaunter penebusan level Ground Floor North Court (depan outlet Uniqlo).

AEON Mall Cash Up Challenge Meriah

Seronok kan. Walaupun tak berjaya untuk menang RM10,000 tapi masih banyak hadiah lain untuk dimenangi. Dapat hadiah point pun ok jugak. Nanti boleh tebus hadiah juga. Oh ya, alang-alang dah join challenge ni apa salahnya terus Like & Share Posting "Cash Up Challenge" di facebook page AEON Mall Shah Alam. Mana tau ada tuah di situ sebab 5 pemenang akan dipilih untuk memenangi 20,000 points tau.. wahhhh, banyak tuuuu..

AEON Mall Cash Up Challenge Meriah

So, apa lagi. Bagi korang yang selalu datang ke AEON Mall Shah Alam, kena join tau. Rugi kalau tak join. Mudah je, hanya daftar kad AEON Member Plus Visa Card, join Cash Up Challenge, dan mungkin RM10,000 menjadi milik korang... all the best tau...




Post a Comment

0 Comments