DEWAN PERKAHWINAN LUGAR DE LA BODA PUCHONG

DEWAN PERKAHWINAN LUGAR DE LA BODA PUCHONG | Assalamualaikum semua.. Kompang dipaluuuu, pengantin baruuuu... ewahh. Meriah betul Majlis Grand Opening & Food Tasting Lugar De La Boda Puchong yang terletak di Lake Vista Puchong pada 5 Januari yang lepas. Lugar De La Boda ni merupakan dewan perkahwinan terbaru yang diperkenalkan oleh Hanana Group Sdn Bhd. Korang ingat lagi tak mengenai Hanana Group ni?? Ye, aku pernah post mengenai Ambassador, dewan perkahwinan yang terletak di Putrajaya. Kali ni aku nak bercerita mengenai satu lagi lokasi yang cantik untuk kahwin iaitu Lugar De La Boda Puchong.

Dewan Perkahwinan Lugar De La Boda Puchong
Dewan Perkahwinan Lugar De La Boda Puchong

Bila melangkah masuk je ke dewan Lugar De La Boda Puchong, mata aku bagai terpukau dengan hiasan dalaman dewan ni. Ruang dewan yang luas dan dihiasi dengan pelbagai jenis bunga membuatkan mata sejuk je memandang. Kerusi meja yang digunakan pula adalah jenis chivari menambahkan ciri-ciri modern english dan eksklusif. Di hujung dewan pula tersergam pelamin indah yang seolah-olah memanggil aku untuk bersanding. Haishhh, mujur takde pasangan. Kalau tak, dah ajak dah naik pelamin terus.. hehe..

Dewan Perkahwinan Lugar De La Boda Puchong
Grand Opening & Food Tasting Lugar De La Boda Puchong

Dewan Perkahwinan Lugar De La Boda Puchong
Meja makan utama

Dewan Perkahwinan Lugar De La Boda Puchong
Pelamin

Mungkin ramai yang tertanya-tanya apa maksud Lugar De La Boda tu kan sebab bunyi macam pelik je kan. Tapi sebenarnya nama Lugar De La Boda diberi sempena perkataan Wedding Place di dalam bahasa Sepanyol. Memang sesuai sangat nama tu kan. Ya Allah, alangkah bestnya kalau wedding aku nanti dapat buat kat garden wedding puchong ni. Buat pulak konsep wedding ala garden macam Elfira Loy dan Yuna, mesti gempak. eh, berangan pulak tapi tak salah kan.. hehe

Dewan Perkahwinan Lugar De La Boda Puchong
Bahagian luar Lugar De La Boda

Opps, sebelum aku berangan lebih jauh lebih baik aku cerita pasal dewan perkahwinan Puchong iaitu Lugar De La Boda ni. Kalau korang nak tau ini lah Wedding Hall Puchong yang pertama menawarkan lokasi perkahwinan yang mempunyai ciri-ciri Modern English yang bertatahkan warna emas dan juga putih. Kawasan sekeliling pula ditanam dengan pokok-pokok palma dan pokok-pokok yang renek untuk membangkitkan suasana dalam taman. Kapasiti dewan ini luas dan dapat memuatkan sehingga 50 biji meja dan 500 biji kerusi chivari gold. Ini bermakna dewan ini boleh menampung lebih kurang 500 pax tetamu dalam satu-satu masa. Kemudahan kat sini pun lengkap. Ada tandas, surau, dan ruang parking.

Dewan Perkahwinan Lugar De La Boda Puchong
Dewan yang luas dan lengkap dengan hiasan dalaman

Kalau pergi kenduri kahwin mesti la nak makan kan. Ok, kalau sentuh bab makanan, lauk pauk yang dihidangkan memang sedap-sedap belaka. Katering yang disediakan oleh Hanana Group memang terbaik la. Ada kurma daging, daging kawah, ayam goren berempah, masak lemak ikan masin dan nenas dan macam-macam lagi. Bukan tu aja, beberapa booth makanan jugak disediakan untuk para vendor menyediakan makanan sampingan yang istimewa. Paling best siap ada apam balik, kambing bakar, ayam gunting dan pelbagai kuih-muih. Aiskrim pun ada.. kanak-kanak mesti suka.

Dewan Perkahwinan Lugar De La Boda Puchong
Ruang buffet makanan

Dewan Perkahwinan Lugar De La Boda Puchong
Antara menu lauk pauk yang dihidangkan

Dewan Perkahwinan Lugar De La Boda Puchong
Deretan booth untuk makanan sampingan

Dewan Perkahwinan Lugar De La Boda Puchong
Kuih Muih Melayu

Dewan Perkahwinan Lugar De La Boda Puchong
Kambing bakar

Dewan Perkahwinan Lugar De La Boda Puchong
Aiskrim

Dewan Perkahwinan Lugar De La Boda Puchong
Makanan dari Hanana Group memang sedap

Perasmian Majlis Grand Opening & Food Tasting Lugar De La Boda Puchong disempurnakan oleh pemilik Hanana Group Sdn Bhd sendiri iaitu Puan Norazlin Abd Ghafar. Turut hadir pada malam gemilang tersebut adalah kaum keluarga, saudara mara, sahabat handai dan juga para pelanggan Hanana Group. Solat Maghrib dan bacaan yassin diadakan secara berjemaah dan kemudian diikuti dengan solat Isyak berjemaah. Acara kemuncak pula adalah upacara memotong pulut kuning seterusnya tetamu turut dihiburkan dengan nyanyian dan lawak jenaka dari The Potai's Band dan Azlee Senario.

Dewan Perkahwinan Lugar De La Boda Puchong
Puan Norazlin Abd Ghafar

Dewan Perkahwinan Lugar De La Boda Puchong
Acara potong pulut kuning

Dewan Perkahwinan Lugar De La Boda Puchong
Persembahan dari kumpulan The Potai's Band dan Azlee

Bagi yang mencari lokasi Event Space Puchong untuk dijadikan lokasi perkahwinan impian boleh la booking pakej lengkap perkahwinan di Lugar De La Boda. Harga pakej yang ditawarkan sangat berbaloi tau. Siap ada promosi lagi sempena pembukaan dewan puchong yang baru ni. Harga asal adalah RM28,000 untuk maksima 1,000 pax tetapi promosi Lugar De La Boda menawarkan diskaun potongan harga sehingga RM5,000. Maknanya harga Pakej Perkahwinan terbaik termasuk dewan & katering hanya RM23,000 je. Wow, Murah kan

Dewan Perkahwinan Lugar De La Boda Puchong
Pakej Lengkap Perkahwinan Lugar De La Boda 2019

Apapun tahniah dan terima kasih diucapkan kepada Hanana Group kerana menjemput ke aku bersama dengan team blogger ke Majlis Grand Opening & Food Tasting Lugar De La Boda Puchong. Semoga pembukaan Lugar De La Boda dan Hanana Group terus maju dan dapat merealisasikan impian bakal pengantin yang akan datang. Untuk urusan pertanyaan atau nak booking pakej lengkap perkahwinan Puchong 2019, boleh rujuk link di bawah :


Dewan Perkahwinan Lugar De La Boda Puchong
Tahniah buat Puan Norazlin dan team Hanana Group atas pembukaan Lugar De La Boda

Alamat :
Lugar De La Boda
Persiaran Tasik Prima 4,
Lake Vista,
47100 Puchong,
Selangor.

Hanana Group Sdn Bhd
No.92, Jalan Perak Persiaran Diplomatik,
Presint 15, 62050 Putrajaya
Office - 0166700471
Office - 0166700473

Untuk tempahan dan maklumat lanjut boleh hubungi:

Fazlin - 0172345297
Farah - 0166700457
Liana - 0164318434
Hanis - 0166700752

Website :

Facebook :

Instagram :



Post a Comment

0 Comments