Konsert Hausboom Music 2019 Tampilkan Artis Pelbagai Genre

Konsert Hausboom Music 2019 Tampilkan Artis Pelbagai Genre | Assalamualaikum semuaa.. Dah lama rasanya sis tak berhibur menonton persembahan artis mahupun konsert. So kali ni sis nak kongsikan mengenai satu konsert yang bakal berlangsung tak lama lagi. Konsert yang sis maksudkan adalah Konsert Hausboom Music 2019 yang akan menampilkan barisan para artis dari pelbagai jenis genre. Menarik kan.

Konsert Hausboom Music 2019 Tampilkan Artis Pelbagai Genre

Bila sebut Hausboom mesti korang tahu pasal minuman sparkling juice yang pernah viral, sedap dan menyegarkan tu. Ya, memang mereka juga yang menganjurkan konsert ni. Hausboom telah beroperasi sejak tahun 2016 dan dikomersialkan pada Januari 2017. Hausboom ni ada 6 rasa jus buah yang berbeza iaitu mangga, jambu, laici, lemon, blackcurrant dan strawberi. Terbaru mereka memperkenalkan satu perisa yang agak berbeza dan rare iaitu perisa roti bakar (butter toast). Sis dah rasa, sedap tauuu..

Konsert Hausboom Music 2019 Tampilkan Artis Pelbagai Genre

Konsert Hausboom Music 2019 Tampilkan Artis Pelbagai Genre

Berbalik kepada Konsert Hausboom Music 2019, mesti korang nak tau kan siapa artis yang terlibat. Baru-baru ni sis telah pergi ke Majlis Sidang Media dan mereka telah memperkenalka artis yang bakal menghiburkan peminat di Konsert Hausboom Music 2019 iaitu Hujan, Ella, Pop Shuvit, Bunkface, Gerhana Ska Cinta, K-Clique dan Budak Nakal Hujung Simpang. Perghhh.. hebat-hebat kan artis yang terlibat.

Konsert Hausboom Music 2019 Tampilkan Artis Pelbagai Genre

Sis yakin Konsert Hausboom Music 2019 ni akan mendapat sambutan. Mana taknya, dalam satu konsert kita dapat mendengar pelbagai jenis genre muzik. Memang satu strategi yang terbaik pabila gabungan unik pelbagai genre antara rock, hip hop, reggae dan ska ni dihimpunkan di satu pentas yang gah dan pasti akan menarik ribuan penonton dari pelbagai lapisan umur.

"Pihak kami amat teruja apabila gabungan ini dapat disatukan. Kami percaya konsert ini akan mencetuskan fenomena tersendiri sekali gus mencatat sejarah indah dalam diri setiap penonton yang hadir nanti. Justerupihak kami ingin mengajak rakyat Malaysia untuk sam-sama hadir dan menyokong industri seni muzik tempatan. Siapa lagi akan menyokong bakat seni tempatan jika bukan rakyat Malaysia sendiri." kata Azri Zahier Azmi, Ketua Pegawai Eksekutif Hausboom.
Konsert Hausboom Music 2019 Tampilkan Artis Pelbagai Genre

Menurut beliau lagi sebenarnya setiap tahun Hausboom Music menganjurkan konsert tapi kali ni ia akan berlangsung dengan kapasiti yang lebih besar dan meriah. Ye la, sape tak kenal kan dengan Hujan, Ella, Pop Shuvit, Bunkface, Gerhana Ska Cinta, K-Clique dan Budak Nakal Hujung Simpang. Pastinya mereka ni mempunyai peminat tersendiri dan semuanya akan dikumpulkan di dalam satu konsert.

Konsert Hausboom Music 2019 Tampilkan Artis Pelbagai Genre

Bila tengok barisan artis, rasa-rasa korang la berapa harga tiket dia?? ahaaa, percaya tak kalau sis cakap harga tiket Konsert Hausboom Music 2019 tak masuk akal. Ya wakk.. memang murah giler harga tiket tau. Ni senarai harga yang diberitahu oleh pihak Hausboom masa sidang media tempoh hari :

✔ RM30 (Early Bird)
✔ RM60 (Pintu Masuk)
✔ RM100 (Rock Zone)

Konsert Hausboom Music 2019 Tampilkan Artis Pelbagai Genre

Dianggarkan 7000 orang penonton, Konsert Hausboom Music 2019 akan diadakan pada 10 November 2019 bertempat di Mines International Exhibition and Convention Centre (MIECC) dari pukul 4 petang hingga 10 malam. Oh ya, tiket boleh dibeli melalui aplikasi mobil "TicketApps" bermula dari Jumaat 18 Oktober 2019. So, guysss, jom sama-sama kita memeriahkan Konsert Hausboom Music 2019. Ada rezeki jumpa korang di sana ya..



Post a Comment

0 Comments