Jom Tonton Ejen Ali The Movie Sempena Cuti Sekolah

Jom Tonton Ejen Ali The Movie Sempena Cuti Sekolah | Assalamualaikum semua.. Yeay, cuti sekolah dah mula.. Eh, apesal sis pulak yang happy ni. Padahal sis takde anak yang sekolah pun. hahaha.. Tapi apa salahnya nak tumpang happy kan. Teringat balik zaman-zaman sekolah dulu. Cuti huung tahun paling ditunggu-tunggu sebab boleh balik kampung lama dan banyak aktiviti boleh dibuat.

Jom Tonton Ejen Ali The Movie Sempena Cuti Sekolah

Ha, sebut pasal aktiviti, apa je yang korang plan untuk anak-anak?? Kalau masih belum plan, apa kata ajak anak-anak pergi menonton filem Ejen Ali The Movie yang ditayangkan bermula 28 November 2019. Dengar kata ada juga anak-anak yang dah booking mak ayah untuk bawa mereka menonton filem ni. Ye la, sape je yang tak minat dengan Ejen Ali ni kan. Salah satu jenama animasi popular Asia yang telah berjaya meraih lebih dari 2 juta penonton di TV3. Ha, kawww.. ramai kan peminat Ejen Ali ni.

Jom Tonton Ejen Ali The Movie Sempena Cuti Sekolah

Sejak tayangan pertama siri Ejen Ali di Malaysia pada tahun 2016, animasi ini telah menarik minat beberapa stesen media antarabangsa dan berjaya menembusi siaran di lebih 50 buah negara, termasuk di rangkaian Disney Asia, Nickelodeon India, MNCTV Indonesia dan AlMajeed TV di serantau Timur Tengah dan Afrika Utara. So, disebabkan sambutan yang memang menggalakkan ni jadi pihak WAU Animation dan juga Primeworks Studios telah mengangkit siri Ejen Ali ke layar perak.

Sinopsis Ejen Ali The Movie

EJEN ALI THE MOVIE mengisahkan tentang Ali, budak berusia 12 tahun yang telah direkrut menjadi perisik bagi sebuah agensi perisikan, dikenali sebagai Meta Advance Tactical Agency (MATA) yang berperanan untuk melindungi kota futuristik Cyberaya daripada ancaman luar. Konflik mula timbul apabila Ali mendapat tahu bahawa dia bukanlah satu-satunya ejen yang boleh mengawal gajet istimewa (IRIS - Infinity Retinal Intelligence System). Gajet tersebut telah diubahsuai menjadi IRIS Neo, gajet yang boleh dikawal serta digunakan oleh ejen-ejen lain. Inovasi baru ini dipersoalkan oleh Ali apabila dia merasa terpinggir dan kedudukannya sebagai ejen istimewa MATA tergugat. Pada saat itu, dia didatangi oleh individu misteri yang mendakwa mengetahui akan kisah silamnya. Maka bermulalah pengembaraan baharu Ejen Ali demi membongkar kebenaran walaupun kesetiaannya terhadap MATA bakal teruji.

Jom Tonton Ejen Ali The Movie Sempena Cuti Sekolah

Sis rasa bertuah sangat sebab dapat menghadiri Malam Gala Premiere Ejen Ali The Movie yang bertempat di Mid Valley Megamall. Ramai giler yang datang malam tu. Masing-masing teruja dan tak sabar nak menonton filem ini. Tapi sebelum tayangan bermula, semua hadirin yang datang dapat melihat barisan pelakon suara kepada watak-watak di dalam filem Ejen Ali The Movie ni. Ada Ida Rahayu sebagai Ejen Ali & Comot, Nabilah Rais sebagai Niki, Shafiq Isa sebagai Ejen Bakar, Noorhayati Maslini sebagai Ejen Alicia dan juga yang lain-lain.

Jom Tonton Ejen Ali The Movie Sempena Cuti Sekolah

Pada malam Gala tu juga penonton juga dhiburkan dengan single pertama runut bunyi bagi Ejen Ali The Movie bertajuk ‘Bukalah Matamu’ yang dipersembahkan oleh Aisyah Aziz buat julung kalinya. Lagu hit ini telah dilancarkan pada 20 September 2019 dan mendapat tempat di semua platform siaran digital tempatan. Lirik video yang dihasilkan dan dimuatnaik di YouTube juga mendapat sambutan hangat dan berjaya mencecah 940,000 tontonan sehingga ke hari ini. Lagu tema kedua yang bertajuk “Kita Jaga Kita” nyanyian artis hip-hop tersohor, Altimet bergandingan bersama Cuurley dan Malik Abdullah telah dilancarkan di semua platform digital pada 25 Oktober 2019, diikuti dengan lirik video yang sudah melebihi 600,000 tontonan.

Jom Tonton Ejen Ali The Movie Sempena Cuti Sekolah

Bersempena dengan tayangan filem EJEN ALI THE MOVIE ada beberapa promosi best yang boleh disertai serta pelbagai produk jenama Ejen Ali juga turut diperkenalkan. Antaranya ialah :

1) Mandian kanak-kanak Carrie BacBuster, kelengkapan sekolah, alat-alat permainan, makanan ringan dan sebagainya. Produk-produk ini akan dipasarkan di beberapa pusat membeli-belah seperti, Mydin, Parkson, AEON dan lain-lain lagi.

2) Portal xtra.com.my turut menganjurkan peraduan Trivia Ejen Ali: Misi Trivia yang akan diadakan di laman utama xtra iaitu, www.xtra.com.my/ejenali. Peraduan ini akan bermula pada 29 November 2019 dari jam 12.30 tengah hari hingga ke jam 12.45 tengah hari (selama 15 minit), setiap hari. Peserta berpeluang memenangi hadiah harian dan 3 hadiah utama, termasuk sebuah telefon pintar Huawei.

3) Aplikasi permainan telefon pintar, Ejen Ali Emergency yang boleh didapati di Play Store dan Apple App Store telah dinaiktaraf menerusi mod Misi: The Movie, iaitu tahap baru yang akan dilancarkan pada awal bulan Disember.

4) Primeworks Studios dan Wau Animation juga turut mengumumkan kolaborasi bersama penaja utama filem EJEN ALI THE MOVIE iaitu Tenaga Nasional Berhad disertai rakan penaja Mydin dan Pediasure yang berganding bahu bagi menjayakan kempen pemasaran serta siri jelajah bersama. Siri penjelajahan ini akan bergerak ke seluruh negeri antaranya Lembah Klang, Pulau Pinang, Kedah, Perak, Terengganu, Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Sabah dan Sarawak.

Jom Tonton Ejen Ali The Movie Sempena Cuti Sekolah

Nampak tak betapa dahsyat penangan Ejen Ali ni. Jadi rugi tau kalau korang tak bawa anak-anak korang pergi menonton filem animasi yang hebat ni. Apa yang boleh sis katakan filem Ejen Ali The Movie ni memang best. Jalan cerita tak bosan walaupun bagi yang pertama kali melihat siri animasi ni. Lagi satu walaupun ni adalah filem animasi tapi orang dewasa pun boleh layan tau. Ha, tu je sis nak komen, selebihnya korang kena la tengok sendiri.. hehe

Ejen Ali The Movie
Tarikh tayangan : 28 November 2019
Rating : 4.5/5




Post a Comment

2 Comments