Kempen Makanan Sebenar Prestasi Sebenar 2019 Bersama Potatoes USA

Kempen Makanan Sebenar Prestasi Sebenar 2019 Bersama Potatoes USA | Assalamualaikum semua.. Selama ni sis makan kentang sebab sedap tapi tak tahu pula yang kentang boleh membantu para atlet untuk diet seharian mereka. Tapi lepas event bersama Potatoes USA baru la sis tau tentang kelebihan kentang A.S (Potatoes USA) ni. Kebetulan pula memang sis selalu beli kentang A.S. Asalnya sebab sis suka rasanya yang lebih enak dan gebu tapi korang tahu tak yang kentang ni walaupun bersaiz kecil tapi membekalkan khasiat pemakanan yang besar. Ya, benar wakk..

Kempen Makanan Sebenar Prestasi Sebenar 2019 Bersama Potatoes USA

Bertempat di Menara KL (KL Tower) baru-baru ini, Potatoes USA telah mengadakan majlis pelancaran "Real Food, Real Performance 2019" dan juga telah mendidik orang ramai tentang pemakanan bagi prestasi tinggi untuk gaya hidup yang bertenaga. Ha, masa ni la kami semua diberitahu yang kentang membekalkan karbohidrat kompleks, kalium, serat dan vitamin C. Lagi satu kentang membekalkan tenaga lebih tinggi berbanding sayur-sayuran lain dan juga kandungan kalium berbanding pisang.

Kempen Makanan Sebenar Prestasi Sebenar 2019 Bersama Potatoes USA

Fakta penting kebaikan kentang :

620 miligram kalium - dengan kandungan lebih banyak kalium daripada pisang saiz sederhana, kentang amat sesuai untuk membantu otot, jantung dan sistem saraf berfungsi dalam acara jarak jauh jangka panjang

26 gram karbohidrat - kentang ialah karbohidrat berkualiti yang padat dengan nutrien penting untuk prestasi fizikal dan mental optimumdan menjadi sumber khasiat utama bagi otak dan sumber tenaga utama bagi otot. Oleh kerana simpanan karbohidrat badan terhad dan mungkin menyusut walaupun dengan hanya satu sesi senaman yang berat dan berpanjangan, kita harus menggantikannya semula.

110 kalori untuk tenaga - Mudah dihadam dan lebih padat dari segi tenaga berbanding sayur-sayuran popular lain, kentang pilihan yang baik untuk memenuhi keperluan pelari maraton.

Kempen Makanan Sebenar Prestasi Sebenar 2019 Bersama Potatoes USA

Potatoes USA kini bekerjasama dengan beberapa orang atlet terkenal di Amerika Syarikat dan juga negara-negara Asia seperti Jepun, Korea Selatan, China dan juga Malaysia. Semasa di KL Tower tempoh hari 3 orang atlet telah dijemput untuk berkongsi mengenai kepentingan pemakanan semulajadi penting untuk prestasi tinggi terutama untuk golongan yang aktif bersukan. Atlet tersebut adalah :

🏃 Pelari Menara No 2 Dunia & No 1 Asia - Soh Wai Ching
🏃 Pelari Veteran No 1 Malaysia - Jeffrey Ross
🏃 Juara Ultra-Marathon - Tahira Najmunisaa

Kempen Makanan Sebenar Prestasi Sebenar 2019 Bersama Potatoes USA

Ketiga-tiga atlet ini perlu beradu tenaga untuk berlari dan memanjat ke puncak Menara Kuala Lumpur yang mempunyai 2,058 anak tangga. Mereka juga perlu berusaha untuk memperbaiki masa terbaik masing-masing. So, sebelum acara bermula ketiga-tiga pelari tersebut mengambil U.S Potato Flex Energy Bar (Snek Penambah Tenaga Kentang A.S) sebagai pembekal tenaga. Kami pula diminta untuk meneka berapa lama masa yang diambil untuk peserta sampai ke atas. So, korang agak berapa?? Jujur sis cakap sis tak tahu langsung rekod mereka sebelum ni berapa jadi sis main teka je 40 minit. Sekali nahhhh, rupanya jawapan sis memang kelaut. Mereka hanya ambil masa 8-10 minit sahaja untuk sampai ke atas. Perghhh, dahsyat tuuu.. hebat...

Kempen Makanan Sebenar Prestasi Sebenar 2019 Bersama Potatoes USA

Selepas larian, mereka diberi minuman Smoothies Kentang A.S. bagi menggantikan simpanan glikogen yang telah hilang masa berlari. Setelah itu baru lah mereka berkongsi mengenai amalan latihan dan juga pemakanan masing-masing bagi mengekalkan prestasi mereka. Rata-rata mereka memilih kentang A.S sebagai salah satu bahan dalam pemakanan kerana kentang memenuhi semua kriteria yang diperlukan untuk membekalkan tenaga yang tinggi bagi seorang atlet.

Kempen Makanan Sebenar Prestasi Sebenar 2019 Bersama Potatoes USA

Bila dengar perkongsian mereka terus sis rasa nak makan kentang hari-hari tapi terfikir gak menu apa yang best. Lagipun takkan nak masak kari atau sup hari-hari kan. Jadi bagi mempelbagaikan menu berasaskan kentang, Pakar Diet Sukan / Pakar Pemakanan yang juga peminat lumba lari Ms Adele Wong dan juga Chef Janice Lee telah berkongsi beberapa resepi yang sesuai untuk para atlet. Nah, sis kongsikan resepinya :

Kempen Makanan Sebenar Prestasi Sebenar 2019 Bersama Potatoes USA


Resepi Frittata Kentang A.S Penuh Bertenaga Dengan Bayam

Bahan-bahan :
6 biji telur
50 gm keju parmesan
1 biji bawang besar (potong dadu)
65 gm bayam halus
1/2 biji lada benggala merah (potong dadu)
350 gm kentang russet segar A.S
45 gm susu
30 gm mentega
1 sudu besar minyak zaitun
5 gm garam
3 gm lada hitam

Cara masak :

1. Kupas dan potong kentang russet segar A.S jadi dadu kecil. Rebus dalam air mendidih selama 10-15 minit bergantung kepada saiznya
2. Panaskan mentega dalam kuali tidak lekat dan tumis bawang besar, bayam, lada benggala merah, kentang rebus dan tambah secubit garam dan lada hitam sebagai perasa. masak di atas api sederhana dan ketepikan.
3. Campur telur, keju parmesan, susu dan perasa dalam mangkuk besar. Kacau hingga rata.
4. Masukkan sayuran tumis goreng ke dalam mangkuk besar. kacau hingga rata.
5. Tuang campuran ke dalam kuali berukuran 10 inchi yang disapu minyak dan masak di atas api sederhana. Kacau perlahan-lahan dengan garfu hingga hampir membeku. Tutp selama 3-4 minit di atas api sederhana untuk membolehkan telur betul-betul masak.
6. Angkat dan hidangkan

Kempen Makanan Sebenar Prestasi Sebenar 2019 Bersama Potatoes USA


Resepi Krepe Kentang A.S Matahari Terbit

Bahan-bahan :

200 gm kentang russet segar A.S
30 gm krim putar
15 gm mentega
56 gm tepung serba guna
2 batang taim

Inti :

Krim masam
Kucai

Perasa :

4 gm garam
3 gm lada hitam
1 cubit gula

Cara masak :

1. Kupas dan potong kentang russets segar A.S jadi dadu kecil. Rebus dalam air mendidih selama 10-15 minit bergantung kepada saiz
2. Panaskan krim, mentega, kucai dan bahan perasa dalam kuali leper hingga mentega cair.
3. Lenyek kentang dalam pemproses makanan ataupun garfu.
4. Campur kentang lenyek dengan mentega cair secara perlahan-lahan untuk membentuk doh
5. Letak doh dalam peti sejuk untuk selama kira-kira 30 minit
6. Sebaik sahaja sejuk, gaul tepung dengan doh dan uli perlahan-lahan. Biarkan rehat selama kira-kira 10 minit
7. Bahagi doh ke dalam 3 bahagian. Tabur sedikit tepung di atas kepingan kertas minyak dan gelek doh menjadi bulatan nipis dengan menggunakan penggelek/pencanai
8. Panaskan kuali leper dan letakkan doh yang digelek terus diatanya. Masak kedua-dua permukaan hingga perang sedikit
9. hidangkan dengan krim masam dan kucai cincang

Kempen Makanan Sebenar Prestasi Sebenar 2019 Bersama Potatoes USA

Ha, senang kan resepi ni. Boleh la buat nanti. Tapi pastikan ye kentang yang digunakan adalah kentang A.S kerana mutunya yang tinggi. Ini kerana suhu penanaman nya yang ideal, tanah yang subur, pemprosesan yang terkini dan kepakaran yang diwarisi sejak turun temurun. Semua faktor ini menjadikan kentang A.S antara kentang yang terbaik di dunia.

Kempen Makanan Sebenar Prestasi Sebenar 2019 Bersama Potatoes USA

Dari segi kos pula kentang A.S boleh membekalkan nutrien penting pada harga yang berbaloi. Satu hidangan kentang (5.3 auns) berharga RM1.50 sahaja. Bayangkan kentang yang mempunyai kandungan kalium, serat,protien, vitamin C dan E, kalsium, besi dan magnesium tertinggi bagi setiap wang yang digunakan mengatasi sayuran lain. So, jom la beli kentang A.S..

Info lanjut boleh rujuk :





Post a Comment

0 Comments