Realme 5i dan Buds Air Dua Produk Terbaru Dari Realme

Realme 5i dan Buds Air Dua Produk Terbaru Dari Realme | Assalamualaikum semua.. Lately ni sis tengok jenama Realme semakin menjadi buah mulut para pengguna telefon pintar. Mana taknya, perkembangan Realme semakin pesat dengan kehadiran beberapa telefon pintarnya yang sentiasa memenuhi kehendak pengguna pada harga yang berpatutan. Tak cukup dengan tu, sebagai pembukaan tahun 2020 ini Realme turut sama meraikannya dengan memperkenalkan 2 lagi produk terkini iaitu telefon pintar Realme 5i dan juga produk audio Realme Buds Air. Wahhh, teruja sis tauu..


Macam biasa la, kalau ada barang baik baru keluar pasti sis pun akan pergi usha. Jadi apa lagi, sis pun pergi la ke pelancaran Realme 5i dan Realme Buds Air yang diadakan di SS13, Subang Jaya. Tujuan sis pergi tu bukan apa, time ni la nak membelek dengan lebih dekat mengenai fungsi dan kelebihan kedua-dua produk ni di samping nak tahu juga berapa harga jualannya kan. Bila dah tau, of course la sis akan kongsikan dengan semua pembaca. Sila baca sampai habis untuk tahu harga jualan pula.


Realme Buds Air - True Wireless, Smart Assistant


Apa ke bendanya Buds Air ni?? Ha, kalau dulu orang panggil earphone tapi sekarang tak dah. Realme Buds Air ni merupakan perubahan teknologi terhadap audio tanpa wayar dimana sekaligus memberi kebebasan untuk kita mendengar muzik di mana sahaja. Ya, dek kerana ia tanpa wayar maka mudah la nak guna kan. No more wayar yang berselirat dari telinga ke pinggang.. hehe


Apa kelebihan Realme Buds Air?? kalau korang nak tahu antara kelebihannya adalah ciri audionya telah ditambah baik dengan custom R1 Chip dan Bluetooth 5.0 yang membolehkan sambungan segera dan stabil antara Realme Buds Air dengan telefon pintar. Bukan tu je, pengguna Realme Buds Air juga dapat menikmati prestasi bateri yang lebih baik dan akses kawalan pintar yang mudah dan senang digunakan.

Eh, ada lagi.. dengan transmisi dwi-masa sebenar, Realme Buds Air dioptimumkan dengan Mod Permainan yang memastikan pergerakan sempurna antara visual dan bunyi iaitu kelewatan bunyi bagi mod biasa adalah 243.8ms, manakala bagi mod permainan adalah 119.3ms. Haish, ternganga pulak sis bab mod permainan ni sebab tak berapa nak hadam sangat tapi sis pasti kaki gamers mesti suka fungsi ni.

Mesti korang terfikir kan kalau takde wayar ni ada ke fungsi mikrofon. Ha, ada tau dekkkk. Realme Buds Air ni siap ada 2 mikrofon dengan teknologi Environment Noise Cancellation yang mengenal pasti setiap perkataan dan menyaring sebarang bunyi latar belakang.Contohnya kalau kita tengah buat panggilan, suara kita tetap akan jelas walaupun dalam keadaan bising macam kat pasar. 

Produk Realme Buds Air ni turut ada fungsi operasi sentuhan pintar dan menyediakan kawalan pintar untuk menjawab atau menamatkan panggilan, menukar muzik, melancarkan pembantu suara serta keluar masuk mod prestasi dengan sentuhan. Teknologi melalui Google Assistant ini membolehkan seseorang menikmati gaya hidup pintar baharu tanpa perlu keluarkan telefon, boleh mengawal playback muzik, panggilan, pelarasan volume dan perkhidmatan maklumat sseperti cuaca.

Memandangkan Realme Buds Air ni takde wayar dan menggunakan bluetooth maka ianya perlu dicas. Pengecasan penuh adalah melalui kabel type-C dan boleh digunakan untuk tempoh sehingga 17 jam. Yang bestnya, sis dapat tahu Realme Buds Air ni juga support wireless charging tauuu. Woww, bestnyaaaa...


Realme 5i - Quad Camera Battery Hero


Ok now sis kongsikan pasal Realme 5i pulak. Model ni dikuasakan oleh cip pemproses Qualcomm Snapdragon 665 An 11nm yang beroperasi pada kelajuan jam 2.0GHz bersama-sama dengan prestasi permainan yang dipertingkatkan dan generasi Qualcomm AI Engine ke-3. 


Bab kamera pula Realme 5i dilengkapi dengan Quad Kamera Ultra Lebar 119 darjah sudut lebar lensa (8MP), kamera utama (12MP), lensa potrait (2MP) dan lensa ultra makro (2MP). Kamera utamanya juga mempunyai sokongan kesan EIS yang lebih baik bagi membolehkan pengguna mengambil video yang lebih stabil semasa bergerak.

Kalau baca tajuk tu ada tulis Battery Hero kan. Ha, kalau nak tau Realme 5i ni dilengkapi dengan bateri berkapasiti besar tau sebanyak 5000 mAh yang memberikan pengguna prestasi hayat bateri yang lama dan tempoh stand-by selama 30 hari. Ha, tu la sebabnya Realme 5i ni digelar Battery Hero. 

Oh ya, bagi nilai estetik, Realme 5i mempunyai reka bentuk matahari dengan kesan biji-biji di bahagian belakang yang diproses oleh mesin ukiran radium ketepatan lima-paksi Jerman yang terkemuka. Dari segi warna pula Realme 5i ada 2 pilihan iaitu Aqua Blue dan Forest Green.


Harga Realme 5i dan Realme Buds Air


Jeng jeng jeng.. ha, pasti ramai nak tau kan berapa harga Realme 5i dan Realme Buds Air ni. Ya, seperti yang diumumkan semasa pelancaran tempoh hari, ini lah harga jualan bagi kedua-dua produk ini :


Realme 5i - RM599

Realme Buds Air - RM299
* Promosi pada 21 Januari, hanya di Shoppe Realme Buds Air
akan dijual pada harga RM199 sahaja

Info lanjut : @realmemalaysia




















Post a Comment

0 Comments