Jimat Berbuka Dengan Promosi MB Berbaloi Puasa Dari Marrybrown

Jimat Berbuka Dengan Promosi MB Berbaloi Puasa Dari Marrybrown | Assalamualaikum semua.. Memandangkan kerajaan dah mengumumkan perlaksanaan PKPB, maka banyak la syarikat-syarikat dan perniagaan yang dah mula beroperasi. Hurm, sis taknak ulas lanjut bab ni tapi nak bagitau yang kakak sis salah seorang dah kena bekerja mulai 4 Mei 2020 yang lalu. Kesian pulak tengok dia kena bekerja walaupun musuh kat luar sana masih berleluasa.

Jimat Berbuka Dengan Promosi MB Berbaloi Puasa Dari Marrybrown

Jadi memandangkan kakak sis balik lambat dan dah penat, so sis offer untuk belanja menu berbuka puasa Ye la, kesian dia balik penat-penat, nak kena masak pulak. Oh, jangan ditanya kenapa sis tak tolong masakkan ye 😄 tapi sebagai ganti sis kena la amik hati kakak kan. Dah la sepanjang PKP ni sis terkandas kat rumah dia. Jadi, ini la masa nak balas jasa kan. hehe.. baik tak hati sis.

Setelah sebulat suara dengan anak sedara, sis memilih untuk order Marrybrown. Ni pun atas permintaan anak sedara sebab katanya nak makan ayam goreng. Jadi sis pun belek la website Marrybrown untuk pilih menu. Wah, buntang mata sis bila tengok ada Promosi Marrybrown Berbaloi Puasa. Rezeki ni sebab dapat beli banyak dengan harga yang jimat. Nah sis kongsikan apa yang ada dalam Promosi Marrybrown Berbaloi Puasa ni.


SET MB BERBALOI PUASA FAMILY MEALS


Bagi mereka yang mempunyai ahli keluarg yang ramai, bagus pilih set ni sebab boleh makan sehingga 10 orang. Set ni boleh order melalui delivery ataupun pergi ke outlet untuk take away. Ada 3 set yang boleh dipilih iaitu :
• Berbaloi A (2 – 3 pax) – Harga dari RM24.90
• Berbaloi B (5 – 6 pax) – Harga dari RM49.90
• Berbaloi C (8 – 10 pax) – Harga dari RM79.90
Tarikh promosi : 27 April - 23 May 2020

Jimat Berbuka Dengan Promosi MB Berbaloi Puasa Dari Marrybrown

Kalau nak tau lebih lanjut boleh rujuk link ni : https://www.facebook.com/watch/?v=67794246
2982215


SET MB BERBALOI PUASA BUY 1 FREE 1


Ha, promosi yang ni pula adalah untuk hidangan bestseller Marrybrown yang terpilih di mana boleh beli satu dan dapat satu lagi hidangan secara percuma. Tapi untuk dapatkan promosi ni hanya terhad untuk 3 tebusan untuk satu kali transaksi dan hanya untuk take away sahaja. Untuk delivery tak boleh yee. Hidangan yang terpilih tu adalah :
• Bubur Ayam MB
• Cheesy Wedges
• 6 pcs Chicken Nuggets
• Chicken Sausage Burger
• Mushroom Soup
Tarikh promosi : 27 April - 23 May 2020

Jimat Berbuka Dengan Promosi MB Berbaloi Puasa Dari Marrybrown

Kalau nak tau lebih lanjut boleh rujuk link ni : https://www.facebook.com/watch/?v=169698037627185


SET MB BERBALOI PUASA ISTIMEWA RAMADAN


Bagi promosi ni pula kita boleh dapat set combo di mana 2 hidangan yang sama dengan harga RM20 sahaja. Berbaloi kan tapi yang ni untuk delivery sahaja tau. Ni menunya :

• Nasi Lemak MB Combo x2 @RM20
• MB Hotouch Burger Combo x2 @RM20
• MB Lucky Plate Combo x2 @RM22
Tarikh promosi : 29 April - 23 May 2020

Jimat Berbuka Dengan Promosi MB Berbaloi Puasa Dari Marrybrown

Kalau nak tau lebih lanjut boleh rujuk link ni : https://www.facebook.com/watch/?v=1402141869988158


Jimat Berbuka Dengan Promosi MB Berbaloi Puasa Dari Marrybrown

Tadaaa, dah sampai pun menu berbuka sis.. ha, ni la menu-menu Marrybrown yang sis order. Memandangkan ahli keluarga sis dalam rumah ni ada 5 orang, so sis decide untuk order MB Berbaloi Puasa Family Meals (Set A) dan juga MB Berbaloi Puasa Istimewa Ramadan Nasi Lemak Combo. Puas hati order 2 set ni sebab nasi ada, ayam goreng pun ada. So, tak payah la susah-susah nak masak nasi kan. Harga pun murah, so jimat la.

Dari segi penghantaran pun mudah dan sangat convenient. Macam area rumah sis ni sis gunakan khidmat GrabFood je. Order dalam pukul 3 ptg macam tu then set masa penghantaran pukul 6 ptg. Kalau GrabFood tak ada, korang boleh juga guna khidmat FoodPanda ataupun MB delivery service sendiri tapi tertakluk kepada kawasan yang terpilih je la. Ok, nah list untuk penghantaran

List of FoodPanda & GrabFood Outlets : https://bit.ly/39g6d2i
NON-participating outlets for takeaway : http://bit.ly/2UcCQIR
Can select from 5 different delivery options (depending on location) : https://marrybrown.com/mb-delivery/

Jimat Berbuka Dengan Promosi MB Berbaloi Puasa Dari Marrybrown

Tapi bagi sesiapa yang duduk dekat dengat outlet tu untung la. Boleh pergi take away dan dapat beli MB Berbaloi Puasa Buy 1 Free 1... hehe.. Ok la.. sis nak berbuka puasa dah ni. So, kalau korang nak cari menu berbuka yang cepat dan mudah, boleh la order Marrybrown untuk promosi MB Berbaloi Puasa. Dah la sedap, jimat pula tu. Berbaloi-baloi tauuuu..

Facebook : https://www.facebook.com/MarrybrownMalaysia/
Instagram : https://www.instagram.com/marrybrownmy/
Website : https://marrybrown.com/
Delivery : https://marrybrown.com/mb-delivery/




Post a Comment

0 Comments