Ayam Untuk Semua Hanya RM20 Di The Chicken Rice Shop

Ayam Untuk Semua Hanya RM20 Di The Chicken Rice Shop | Assalamualaikum semua... Alhamdulillah, nampak gayanya negara kita semakin pulih dari situasi pandemik dan sedikit demi sedikit sektor perniagaan mula beroperasi. Walaupun kita kena biasakan diri dengan Norma Baharu tapi takpe, demi kebaikan semua, ikut je la SOP kan. Asalkan kita dah boleh keluar dan tak perlu lagi mengadap dinding rumah 24 jam.. ehhh..hehe.


Jadi, memandangkan dah boleh keluar maka sis pun apa lagi. Roger la member-member yang dah lama tak jumpa. Giler tau dah 3 bulan tak jumpa, rinduuuu. So, sebagai rewards menahan rindu, kami pun decide untuk pergi makan di The Chicken Rice Shop (TCRS). Nak tau sebab apa kami pilih untuk makan kat sini?? Yang pertama harus la sebab rindu nak makan Nasi Ayam Hainan yang sedap tu. Yang kedua, ha tau tak sekarang ada promosi set menu Ayam Untuk Semua dengan harga RM20 sahaja. Gilerr murah weiii.

Ya, untuk pengetahuan korang semua sempena ulang tahun ke-20 mereka, TCRS akan menghidangkan set makanan Ayam Untuk Semua yang eksklusif bermula dari 18 Jun 2020. Tapi hidangan ni hanya terhad 20,000 set dan hanya untuk dine-in sahaja. Tak kisah la kan, janji dapat harga murah. Yela, bayangkan set Ayam Untuk Semua yang berharga RM20 ni boleh makan 3 orang tau. Berbaloi kannn..


Sebenarnya ini adalah sebagai 'terima kasih' kepada rakyat Malaysia atas sokongan mereka buat TCRS selama ini. Jadi pihak TCRS mengambil inisiatif agar semua orang dapat bersama-sama menikmati hidangan Ayam Untuk Semua. Selain dari makanan enak yang disediakan untuk dinikmati dengan harga yang berpatutan, TCRS juga berhasrat untuk menyalurkan sebanyak RM2 dari setiap pembelian hidangan ke Program Makanan Pay It Forward demi membantu orang seterusnya membeli Set Ayam Untuk Semua. Program ini bertujuan untuk membolehkan ramai pelanggan menikmati hidangan istimewa ini. Bagus kan inisiatf TCRS ni..


Serius sis cakap, walaupun dah 20 tahun TCRS bersama kita tapi rasa nasi ayamnya tetap sedap. Dengan slogan mereka ‘Chicken Rice… and More’, TCRS sentiasa mengutamakan penyediaan makanan Halal yang enak dan berpatutan untuk semua rakyat Malaysia agar mereka dapat menikmati dan berkongsi hidangan enak bersama orang yang tersayang. Tu yang buat sis selalu teringat-ingat kesedapannya.

Seronok rasanya bila dapat keluar bersama member-member dan dalam masa yang sama dapat menikmati hidangan nasi ayam yang sedap dengan harga yang murah dan berbaloi di The Chicken Rice Shop. Nampak tak betapa bahagianya muka sis. Maklum la, dapat double happiness kan. hehe


So, apa tunggu lagi. Kalau korang sukakan nasi ayam TCRS, ini lah masanya untuk bawa orang tersayang untuk menikmatinya bersama-sama. Lagipun bila lagi nak dapat harga macam tu kan. Cepat tau, tertakluk kepada 20,000 set sahaja. Rugi tau kalau tak grab promo ni.. hehe.. Adios...

Untuk maklumat lanjut boleh rujuk : https://www.thechickenriceshop.com/


Post a Comment

0 Comments