Arabian Village : Terdapat 3000 Produk Dari Timur Tengah Dijual Di Sini

Arabian Village : Terdapat 3000 Produk Dari Timur Tengah Dijual Di Sini | Assalamualaikum semua.. Ya Habibi Ya Maulana. Apa khabar pembaca sekalian. Harap-harap semuanya sihat sejahtera la ye. Mana-mana yang terjejas dengan dugaan awal tahun ni seperti harap dapat bertabah menghadapi ujian. Tak sangka teruk juga kan banjir kali ni dan kes Covid-19 juga makin meningkat. Nampaknya makin nipis la harapan nak ke luar negara. So, bagi sesiapa yang rindukan makanan sunnah dan pelbagai barangan dari Tanah Arab, ni sis kongsikan lokasi Arabian Village yang menjual hampir 3000 produk dari Timur Tengah. 

Arabian Village : Terdapat 3000 Produk Dari Timur Tengah Dijual Di Sini

Alkisah sebenarnya sis nak cari buah kurma. Eh, bukan untuk bulan puasa tapi sekarang ni sis dah start ganti puasa. Ye, tak sampai 100 hari lagi kita akan bertemu dengan bulan Ramadan tau. So, mana-mana yang masih ada puasa nak diganti tu ayuhlah kita mulakan sekarang. Kebetulan sis ada nampak kawan kongsikan satu lokasi yang ada menjual buah kurma iaitu di Arabian Village yang terletak di KL Traders Square, Jalan Gombak. So, apa lagi terus sis pergi ke sana.

Arabian Village : Terdapat 3000 Produk Dari Timur Tengah Dijual Di Sini

Bila masuk aje kat dalam Arabian Village ni sis dah nampak kelibat buah kurma dah. Mana taknya, susunan buah kurma betul-betul depan pintu. Tapi apa yang menarik perhatian sis rupanya di Arabian Village ni bukan setakat menjual kurma sahaja malah terdapat lebih kurang 3000 produk pelbagai jenama yang dibawa dari Tanah Arab ada dijual di sini. Macam-macam ada tau sampaikan benda yang sis tak pernah tengok pun ada dijual kat sini. Antaranya adalah kurma, kekacang, wangian, homemade bread, manisan dan juga pelbagai bahan untuk masakan. Fuhh... memang syurga makanan sunnah dan semestinya halal, rambang mata sis dibuatnya. 

Arabian Village : Terdapat 3000 Produk Dari Timur Tengah Dijual Di Sini

Berikut sis kongsikan beberapa produk yang menarik perhatian sis masa shopping di Arabian Village :

Kurma

Korang tau tak bahawa terdapat hampir 50 jenis kurma (jenis yang kering dan basah) yang diimport terus dari Madinah, Palestine, Tunisia dan UAE ada dijual kat sini. Banyak kan. kurma kat sini best sebab buahnya gemuk-gemuk dan isinya pun lembut. Sedap plak tu sampai pening sis nak pilih yang mana satu. Tapi semestinya pilihan utama sis adalah kurma Ajwa yang juga dikenali sebagai 'kurma nabi'.  Bab harga pula, kurma yang dijual di Arabian Village pada harga yang sangat berpatutan tau. Kalau beli banyak lagi berbaloi. Tu yang best tu.

Arabian Village : Terdapat 3000 Produk Dari Timur Tengah Dijual Di Sini

Arabian Village : Terdapat 3000 Produk Dari Timur Tengah Dijual Di Sini

Arabian Village : Terdapat 3000 Produk Dari Timur Tengah Dijual Di Sini

Madu

Sebut je pasal madu mesti semua tahu kan khasiatnya. Tapi madu yang dijual di Arabian Village ni bukan madu biashe biashe tau. Ada pelbagai jenis madu di sini yang dibawa dari Yemen dan mempunyai pelbagai khasiat kesihatan selain dari dapat meningkatkan imuniti badan. Antaranya adalah Madu Sidr, Madu Sumar, Madu Habbatus Sauda'.

Arabian Village : Terdapat 3000 Produk Dari Timur Tengah Dijual Di Sini

Arabian Village : Terdapat 3000 Produk Dari Timur Tengah Dijual Di Sini

Arabian Village : Terdapat 3000 Produk Dari Timur Tengah Dijual Di Sini

Ha, madu paling special adalah Madu khas 'Only For Married'. fuhhh, first time sis tau ada madu untuk orang yang dah berkahwin. Kalau madu yang lagi satu tu tau laaaa.. tapi tu madu cari nahas namanya.. haha. Madu 'Only For Married' ni sebenarnya telah diformulasikan dengan mencampurkan beberapa bahan lain untuk meningkatkan kesuburan dan terbukti berkesan buat mereka yang mahu mendapatkan zuriat, madu ini juga sesuai buat wanita yang berusia 40 tahun ke atas yang mahu menyeimbangkan hormon badan.

Arabian Village : Terdapat 3000 Produk Dari Timur Tengah Dijual Di Sini

Roasted nuts atau kekacang

Ni favourite snek sis. Memang sis suka sangat makan kekacang terutama kekacang yang dibawa dari Mekah. Biasanya kalau ada sanak saudara balik dari sana mesti bawa balik kacang kan. Paling suka kacang Pistachio. Tapi sejak pandemik melanda mana ada orang ke sana kan. So, boleh la beli kat Arabian Village ni. Macam-macam jenis kekacang ada. 

Arabian Village : Terdapat 3000 Produk Dari Timur Tengah Dijual Di Sini

Arabian Village : Terdapat 3000 Produk Dari Timur Tengah Dijual Di Sini

Homebaked bread

Jangan ingat kedai arab takde jual roti yeee.. Di Arabian Village ni ada menjual lebih kurang 20 jenis roti yang dibuat dan dibakar setiap 2 jam. Ye, roti kat sini dibuat oleh seorang chef muda iaitu Chef Moaz yang cute. Eh, sempat sis usha tau dan yang paling penting Garlic Bread dia sedap weiiii. hahahaha..

Arabian Village : Terdapat 3000 Produk Dari Timur Tengah Dijual Di Sini

Arabian Village : Terdapat 3000 Produk Dari Timur Tengah Dijual Di Sini

Syrian Baklava

Korang pernah makan baklava? Sis pernah makan dan honestly tak boleh ngam dengan citarasa sis la sedap manis sangat. Tapi Syrian Baklava yang dijual di Arabian Village ni sedap la. Rupanya manisan mewah dari negara Timur Tengah kat sini telah dikurangkan kemanisannya bagi menyesuaikan dengan tekak orang tempatan. Patut la sedap weii ditambah pula ramuannya yang diisi dengan kekacang mewah seperti pistachio, walnut, almond dan pelbagai lagi. Korang kena try tau. 

Arabian Village : Terdapat 3000 Produk Dari Timur Tengah Dijual Di Sini

Arabian Village : Terdapat 3000 Produk Dari Timur Tengah Dijual Di Sini

Arabian Village : Terdapat 3000 Produk Dari Timur Tengah Dijual Di Sini

Minyak wangi dari negara Timur Tengah

Kalau pergi kedai arab memang tak lari la dari pilihan ppelbagai jenis wangian kan. Kat Arabian Village ni pun ada menjual pelbagai wangian yang dibuat dari bahan-bahan alam semulajadi seperti kayu gaharu, bunga-bungaan dan pelbagai lagi. Ianya tiada campuran alkohol, mesra solat dan tahan lama. Banyak sangat bauan yang memikat hati sis tapi akhirnya sis memilih 'Seribu Bunga'. Best giler bau dia..

Arabian Village : Terdapat 3000 Produk Dari Timur Tengah Dijual Di Sini

Arabian Village : Terdapat 3000 Produk Dari Timur Tengah Dijual Di Sini

Bakhoor, terapi aroma tradisi Islam

Sis pasti ramai yang ada menggunakan pewangi untuk rumah. Kat Arabian Village ni ada menjual Bakhoor iaitu terapi aroma tradisi Islam. Honestly ni first time sis tengok Bakhoor ni. Kaedahnya kita kena bakar arang dan taburkan pewanginya yang diperbuat dari kayu gaharu, cendana, buah pala, kayu agar dan pelbagai bahan lagi. Apabila dibakar ia menghasilkan asap yang harum untuk menambah haruman dalam kawasan rumah, pakaian dan badan. Amalan mewangikan ruang kediaman merupakan salah satu cara untuk menyambut kedatangan tetamu. Ia juga adalah sunnah kerana Rasulullah suka berbakhoor. Bekasnya juga ada pelbagai bentuk dan nampak exclusive jika dijadikan perhiasan di rumah.

Arabian Village : Terdapat 3000 Produk Dari Timur Tengah Dijual Di Sini

Arabian Village : Terdapat 3000 Produk Dari Timur Tengah Dijual Di Sini

Arabian Village : Terdapat 3000 Produk Dari Timur Tengah Dijual Di Sini

Instant Arabic Gum

Ada satu produk menarik yang sis terpikat iaitu Instant Arabic Gum yang mengandungi kandungan serat yang tinggi, vitamin c dan juga kalsium. Antara manfaat Arabic Gum ni adalah membantu Penjagaan Usus Dan Organ Dalaman dan bagus untuk penghadaman. Wah, bagus ni untuk sesiapa yang nak diet. Terus sis minta untuk rasa, kalau ok harus la kita beli kan. Rasa dia manis-manis buah gitu dan tak ada campuran gula tau. Ada 4 pilihan perisa iaitu asli, delima, mangga dan mix berries. Instant Arabic Gum ni mudah nak consume sebab dia dah didatangkan dalam bentuk serbuk so just bancuh je dengan air. Amat sesuai diamalkan oleh semua peringkat umur dari satu tahun ke atas dan juga ibu-ibu mengandung, mereka yg ada kencing manis dan masalah sembelit. 

Arabian Village : Terdapat 3000 Produk Dari Timur Tengah Dijual Di Sini

Arabian Village : Terdapat 3000 Produk Dari Timur Tengah Dijual Di Sini

Selain barangan yang sis sebut kat atas, Arabian Village turut mengeluarkan produk makanan jenama sendiri iaitu minyak zaitun, cuka epal, pati kurma, pati buah delima, dan pelbagai barangan lagi. Ada lebih kurang 25 jenis produk semuanya. Ha, sis gerenti korang akan rambang mata bila datang ke sini. Sis pun sempat la 3-4 kali tawaf dalam kedai tu. 

Arabian Village : Terdapat 3000 Produk Dari Timur Tengah Dijual Di Sini

Arabian Village : Terdapat 3000 Produk Dari Timur Tengah Dijual Di Sini


Sedikit Pengenalan Mengenai Arabian Village


Kebetulan masa tengah sibuk memilih barang, owner Arabian Village ni datang. Orangnya peramah dan boleh cakap melayu sikit-sikit. So apa lagi, sis interview la pasal Arabian Village ni kan. Arabian Village dibuka oleh pengasasnya, Dr. Homdi Abo Zeed Ibrahim, 34 tahun pada tahun 2019. Wah, muda lagi rupanya Dr Homdi ni. Tujuan beliau membuka Arabian Village ni adalah untuk mempromosi dan menggalakkan pemakanan sunnah di kalangan rakyat Malaysia. Beliau mempunyai pengalaman selama 10 tahun dalam bidang perniagaan dan berpengetahuan luas dalam pemakanan sunnah dan produk-produknya. Arabian Village adalah pengimport utama produk-produk dari Timur Tengah terutamanya Arab Saudi, Syria, Palestine, Tunisia, Turkey dan Dubai.

Arabian Village : Terdapat 3000 Produk Dari Timur Tengah Dijual Di Sini

Seronok tau shopping barangan di Arabian Village ni. Selesa sangat nak memilih barangan sebab suasana kedai yang bersih dan susunan barangan yang teratur. Staff kat sini juga peramah dan membantu memberikan khidmat nasihat berkaitan produk secara PERCUMA. Memandangkan sis happy dan owner kedai juga happy maka hari ni sis nak payung voucher code untuk semua pembaca. Guna sahaja code ni semasa membuat pembayaran di Arabian Village, Boleh dapat diskaun 10% tau. 

Arabian Village : Terdapat 3000 Produk Dari Timur Tengah Dijual Di Sini

Voucher Code : DIKBEE10
diskaun 10%

Oh ya, barangan boleh dibeli secara off-line dan on-line Perkhidmatan 'one day delivery service' turut disediakan. So, kalau korang nak mencari pelbagai makanan sunnah boleh pergi ke Arabian Village. Info lanjut boleh rujuk di bawah :

ARABIAN VILLAGE
95-G Block E
289 Kuala Lumpur Traders Square
Jalan Gombak, Kuala Lumpur.

NO. TEL: 011-1111 9585

Post a Comment

3 Comments

  1. Ni nak kena pi layan ni. Nak try Bakhoor tu. Lepas tu nak jenguk kedai ustaz Ebit Liew sekali. Kat situ juga rasanya kan?

    ReplyDelete
  2. menarik sekali tempat ni. byk hasil2 belah arab yang ada..Sisyat suka yang kekacang tu..hehe

    ReplyDelete
  3. Bestnya dapat pilih kurma macam-macam jenis.

    ReplyDelete