Buffet Ramadan 2021 : Buka Puasa Di Lugar De La Boda @ Puchong

Buffet Ramadan 2021 : Buka Puasa Di Lugar De La Boda @ Puchong | Assalamualaikum semua.. Nampaknya banyak tempat dah mula mempromosikan buffet ramadan sempena bulan puasa yang akan tiba tak lama lagi. Sis pasti ramai yang dah mula mencari lokasi untuk berbuka puasa bersama keluarga dan rakan-rakan kan. Ok, kali ni sis nak kongsikan satu tempat makan best  untuk berbuka puasa iaitu di Lugar De La Boda @ Puchong.


Untuk pengetahuan semua, Lugar De La Boda ni adalah dewan perkahwinan yang diuruskan oleh Hanana Group Sdn. Bhd. Tapi untuk bulan puasa nanti mereka akan menyediakan buffet ramadan dengan menyajikan lebih dari 60 jenis hidangan dan 10 stalls dimana ia disediakan di dalam dan juga luar dewan. Kesemua hidangan yang disediakan lengkap dari pembuka selera sehingga pencuci mulut. Nak tau tak apa menu yang ada? ha, meh sis kongsikan. 



Untuk menu utama, Lugar De La Boda @ Puchong menhidangkan nasi yang boleh dimakan bersama lauk pauk seperti 'Ayam Masak Merah', 'Ayam Goreng Berempah', 'Daging Gulai Kawah', 'Daging Masak Hitam', Ikan Goreng Cili Padi', 'Ikan Masin Masak Lemak Cili Padi Bersama Nenas', 'Kupang Goreng Pedas', 'Lala Halia', 'Sambal Sotong', 'Sambal Kerang', 'Sayur Goreng Campur' dan 'Sayur Masak Lemak Pucuk + Suhun + Ubi Kentang'. Selain itu, anda bakal menikmati 'Nasi Beriani' yang dihidangkan bersama 'Ayam Mediterranean (Braised Chicken with Tomato Herbs)',  'Daging Masak Beriani', 'Daging Masak Hitam', 'Dalca Sayur', 'Pajeri Nenas' dan 'Acar Buah'. Fuh, semua menu menggiurkan tau. 









Selain dari menu utama ni, terdapat 10 stall yang wajib korang cuba sebab semuanya menarik tau. Dalam 10 stall tersebut ada namanya yang tersendiri iaitu 'Kambing Grill Hanana dan Blackpepper Sauce', 'Roti John Adik Manis', 'Char Kuew Tiaw Abang Tanjung','Dim Sum Cheng Ho', 'Noodle Station', 'Air Balang Pasar Malam', 'ABC Mountain' dan 'Ais Krim Corner'. Hidangan di stall termasuk 'Kambing Grill Sos Lemon', 'Char Kuey Tiaw', 'Tepanyaki', 'Roti John', 'ABC', 'Dim Sum' dan banyak lagi. 






Tidak lengkap kalau makan tanpa pencuci mulut. Disini terdapat banyak pencuci mulut seperti 'Kuih Kuih Melayu', 'Pelbagai Perisa Jelly', 'Seri Muka', 'Pelbagai Perisa Dadih', 'Pelbagai Perisa Dadih dan Jelly', kek, koktail dan buah buahan tempatan. Untuk pilihan bubur, akan dihidangkan 2 jenis setiap hari termasuk 'Bubur Jagung + Sagu', 'Pengat Pisang' dan 'Bubur Kacang Hijau + Bubur Pulut Hitam'. Wow kann. Sis pasti korang akan berpuas hati dengan menu yang disediakan di sini. 






Ok, sis dah kongsikan menu kan. Mesti korang tertanya-tanya berapa harga buffet ramadan di Di Lugar De La Boda, Puchong untuk tahun 2021 ni kan. Nah, ni harganya :

Harga Bufet Ramadhan Lugar De La Boda @ Puchong adalah seperti berikut :
Dewasa (Seorang) - RM79
Kanak-Kanak (6-12 Tahun) - RM59
Warga Emas (60 Tahun Ke Atas) - RM59

Stoppp!! ni ada Special Offer!!
Untuk korang yang ingin menempah secara beramai-ramai, Lugar De La Boda @ Puchong turut menawarkan harga untuk satu meja (8 pax) dengan harga istimewa seperti berikut : 
1 Meja (8 Pax) - RM632

Early Bird Offer!
Nak harga murah? Mestilah ada. Korang boleh dapatkan voucher buffet ramadhan di Lugar De La Boda dengan harga istimewa ini sebelum 12 April 2021 dengan harga berikut : 
Dewasa (Seorang) - RM59
Kanak-Kanak (6-12 Tahun) - RM30
Warga Emas (60 Tahun Ke Atas) - RM30
1 Meja (8 Pax) - RM450


Untuk maklumat lanjut dan tempahan mengenai Bufet Ramadhan Selangor Di Lugar De La Boda @ Puchong, sila klik pada link ini. Layari laman web Hanana Group

Alamat Lugar De La Boda [WAZE]
Lugar De La Boda 
Persiaran Tasik Prima 4,
Lake Vista,
47100 Puchong,
Selangor.

Note : gambar-gambar ni diambil sebelum wabak Covid-19 melanda. Untuk tahun ni sila patuh SOP ye. 


Post a Comment

0 Comments