Giant Lancar Logo Dan Berwajah Baru Dengan Pelbagai Tawaran Menarik

Giant Lancar Logo Dan Berwajah Baru Dengan Pelbagai Tawaran Menarik | Assalamualaikum semua.. Terkejut sis bila nampak logo baru Giant dari rumah sis. Wah rupanya selain dari logo, Giant kini tampil dengan wajah baru, dengan pelbagai tawaran yang menarik. Ni yang buat sis excited ni nak pergi shopping kat Giant yang kelihatan lebih segar dan menawarkan pelbagai barangan baru yang berkualiti. Dah la sis memang pelanggan setia Giant. Dah tentu sis happy dengan perubahan ni.


Kalau korang nak tau, Giant ni dah wujud sejak tahun 1944 lagi. Maknanya dah 77 tahun dah, lama kan. So, memang dah tiba masanya Giant menaiktaraf dan membuat penambahbaikan bagi memastikan kepuasan pelanggan terutama dari segi kualiti dan kesegaran produk serta memberi nilai yang hebat untuk memberi pengalaman membeli-belah yang menyeronokkan di Giant. Setakat ni penambahbaikan melibatkan sebanyak 57 pasaraya Giant di seluruh Malaysia dan pelancaran Logo baru telah diadakan di Giant Hypermarket Kota Damansara.




Tawaran Baru di Giant


Bila dah berwajah baru, mesti ada barang baik juga kan. Ya, berikut adalah tawaran baru Giant bagi memenuhi kehendak pelanggan :

👉 Melancarkan lebih dari 2000 produk baru termasuk pelbagai makanan segar, bahan makanan dan barang keperluan rumah untuk menggembirakan pelanggan
👉 World Of Food di mana pelanggan Giant kini dapat menikmati pelbagai pilihan makanan import yang lebih luas dari seluruh dunia
👉 Ringgit Zone bahagian baru yang diperkenalkan di outlet terpilih dimana pelbagai jenis produk dijual dengan harga RM3 sahaja setiap item. Antaranya ada makanan ringan, peralatan dapur, keperluan rumah, dan barangan rawatan diri.
👉 General Merchandise Section penyusunan semula rangkaian barangan umum Giant untuk memberikan produk yang lebih berkualiti dengan harga yang berpatutan bagi memenuhi keperluan seharian. Terdapat lebih dari 700 produk seperti keperluan memasak, perkakasan elektrik, penyimpanan dan organisasi rumah, peralatan permainan dan bersantai.
👉 Ready To Eat Products menawarkan pelbagai jenis roti dan kek yang dibuat segar setiap hari. Giant turut menghantar ke rangkaian yang lain.
👉 Guardian, Health & Beauty Care sekarang dah ada dalam Giant. Mudah bagi para pelanggan untuk membeli barangan keperluan diri. Dijangka hingga hujung April, terdapat 35 pasaraya Giant mempunya outlet Guardian di dalamnya.






Wah, banyak juga pembaharuan dalam Giant kan. Paling best Zone RM3 tu la. Lama sis melekat kat situ. Bukan apa, seronok duk membelek barang-barang kat sini sebab semuanya murah-murah belaka. Nak tengok apa la barangan yang dijual dengan harga RM3 je ni.



Jenama Meadows - Produk no 1 Dengan Kualiti dan Harga Berpatutan


Pernah dengar tak jenama Meadows? Jenama eksklusif Dairy Farm ini menawarkan rangkaian produk segar, berkualiti serta sedap pada harga berpatutan. Honestly ni first time sis dengar produk ni tapi tak sangka jenama Meadows ni mengatasi beberapa jenama lain di Giant seperti Hup Seng, Ramly dan Munchy. Hingga kini terdapat lebih 240 produk Meadows telah berada di pasaran manakala akan datang ada lagi 210 produk Meadows dalam tahun ini.



Nilai Menakjubkan Dan Tawaran Hebat


Memandangkan Giant dah berwajah baru, pelbagai tawaran hebat akan dilancarkan seperti tawaran berganda, tawaran perayaan, potongan harga hingga 50% sebagai sebahagian daripada pelancaran.  Sis tengok tawaran untuk ramadan pun dah keluar. So, memang banyak la barang-barang keperluan ada diskaun.




Jaminan Kesegaran, Kualiti dan Nilai


Salah satu sebab kenapa sis suka shopping kat Giant adalah kerana kebanyakan harga di Giant lebih murah berbanding tempat lain. Sejak dari 2000-an lagi memang Giant telah telah mengukuhkan kedudukannya sebagai peneraju harga terendah hasil  undian orang ramai. Malah Giant pernah menerima Fair Price Award pada tahun 2016 dari Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna bagi memastikan kualiti, nilai dan perkhidmatan kepada pengguna dengan harga yang berpatutan


Kalau bab kesegaran pula memang tak dapat disangkal barangan di Giant dijamin segar terutama bahagian sayur, buah dan bahan-bahan mentah seperti makanan laut dan daging. Giant memang menitikberatkan penyediaan produk segar dengan harga yang sangat baik untuk semua pelanggan. Jadi Giant telah bekerjasama rapat dengan pembekal utama, petani dan nelayan agar pelanggan sentiasa dapat membeli barangan yang segar dengan harga yang berbaloi setiap hari.




Penambahbaikan Perkhidmatan Pelanggan


Kalau tawaran dah hebat, barangan berkualiti harga berpatutan tapi bab perkhidmatan pelanggan tak mesra pun tak bagus juga kan. Ye la, zaman sekarang ni kalau boleh tak mau la tunggu lama-lama kan terutama time nak bayar. Jadi di Giant ni penambahbaikan dari segi perkhidmatan pelanggan juga turut dinaiktaraf. Semangat betul sis tengok staff Giant sekarang ni dengan uniform baru. Service juga lebih cepat dan cekap. Contohnya kalau barisan nak bayar panjang, semua kaunter akan dibuka bagi melancarkan proses pembayaran. Giant juga memperkenalkan kaedah pembayaran secara e-wallet melalui Touch 'n Go dan aplikasi Boost. Musim pandemik ni juga Giant turut memastikan agar SOP dipatuhi supaya pelanggan tidak risau dan dapat shopping dengan selesa.




Jenama Baru, Barangan Baru 


Sis perasan ada banyak produk yang dilabelkan dengan perkataan BARU. Rupanya kini Giant banyakk membawa masuk baru untuk memberi lebih pilihan kepada pelanggan. Wah, seronok tau sebab ada banyak barangan yang sis tak pernah jumpa sebelum ni ada dijual di Giant.




Meluaskan Pengalaman Membeli-Belah


Bila sis cerita pasal Giant ni mesti ada yang sedih sebab tak ada Giant di kawasan korang kan. Tapi ada beberapa kawasan telah dipilih untuk Giant meluaskan empayarnya dengan melancarkan Giant Mini. So, penduduk di sekitar Lembah Klang akan melihat pertukaran G Ekspress dan Shopmart Stores kepada Giant Mini dalam masa sebulan ni. Giant juga akan membuka 10 lagi Giant Mini Stores dalam masa tahun ni.


Fuhh.. memang banyak betul perubahan yang berlaku di Giant. Apa pun tahniah Giant. Semoga dengan 
kemunculan logo dan wajah baru ni dapat memberi semangat baru kepada semua ahli keluarga Giant. Bagi sis pula sebagai pelanggan semestinya akan terus setia bersama Giant. Ok la, sis nak pergi sambung shopping sat.


Untuk maklumat lanjut :



Post a Comment

0 Comments