OGAWA Master Drive AI 2.0 : Kerjasama Antara Ogawa Dan Universiti Malaya Untuk Meningkatkan Peredaran Darah Dan Tidur Berkualiti

OGAWA Master Drive AI 2.0 : Kerjasama Antara Ogawa Dan Universiti Malaya Untuk Meningkatkan Peredaran Darah Dan Tidur Berkualiti | Assalamualaikum semua.. Bila dah makin berusia ni memang selalu sakit-sakit badan. So, solusi yang paling berkesan mestilah kena pergi mengurut kan. Kaedah mengurut ni memang dah diamalkan dari zaman nenek moyang dulu untuk membetulkan segara urat dan memberi kelegaan pada badan. Tapi zaman sekarang ni susah dah nak cari tukang urut yang sedap melainkan kena pergi ke spa la. Kan best kalau ada kerusi urut sebiji kat rumah.


Sebut pasal kerusi urut, baru-baru ni OGAWA Malaysia telah bekerjasama dengan Universiti Malaya dan mengumumkan penemuan bagi penyelidikan bahawa urutan yang cekap juga dapat dilakukan melalui kerusi urut. Melalui penyelidikan ini maka terhasil la produk OGAWA yang unggul iaitu OGAWA Master Drive AI 2.0 yang dapat meningkatkan peredaran darah dan kualiti tidur. Wah, makin lama makin advance tau fungsi kerusi urut ni. Kalau dulu hanya boleh urut biashe biashe je kan.



Penyelidikan yang bertajuk ‘Investigating the Effects of OGAWA Master Drive AI Automated Massage on Blood Circulation and Sleep Quality’ telah dijalankan oleh pihak OGAWA Malaysia bersama dengan Universiti Malaya bagi meningkatkan lagi kesedaran terhadap pentingnya urut untuk membetulkan balik badan kita dan memberikan tidur yang selesa. Ha, nampak tak betapa tinggi komitmen yang diberi OGAWA terhadap kesejahteraan hidup dengan meningkatkan inovasi produk mereka bagi gaya hidup masyarakat di seluruh dunia.


Sis rasa sungguh bertuah kerana menjadi saksi semasa pelancaran OGAWA Master Drive AI 2.0. Apa yangmenarik dalam majlis ni Datuk Lim Mee Ling selaku Pengarah Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif OGAWA Malaysia berkongsi bahawa kesan kumulatif dari kehilangan tidur dan gangguan tidur menyebabkan peningkatan risiko hipertensi, diabetes, obesiti, kemurungan, serangan jantung dan strok. Selain itu, menurut Kajian Kesihatan dan Morbiditi Nasional, jumlah rakyat Malaysia yang mengalami masalah kemurungan dan kegelisahan meningkat dari 12% pada tahun 2011 kepada 29% pada tahun 2017.

"Melalui Pusat Penyelidikan Bersama ini, kami berharap kajian yang dilakukan dapat 
memberikan maklumat yang lebih mendalam yang akan meningkatkan lagi proses 
pengembangan produk kami dan dalam masa yang sama kami dapat mendidik masyarakat 
mengenai manfaat kesihatan yang mampu diberikan oleh kerusi urut OGAWA,”
kata Datuk Lim.


Ermm, sis ada juga terfikir macam mana penyelidikan dilakukan. Rupanya pihak OGAWA Malaysia dan Universiti Malaya membina penyelidikan ini berdasarkan kajian yang dilakukan oleh sekumpulan individu ketika menggunakan produk OGAWA Master Drive AI 2.0 ni. Segala perkakasan, idea dan sokongan teknikal yang diperlukan juga disediakan untuk memastikan kajian yang berjaya. Hasilnya kajian ini mendedahkan bahawa 100% peserta menunjukkan peningkatan yang signifikan dalam peredaran darah: 81.32% dengan menggunakan program OGAWA Master Drive AI 2.0 M6 Deep Tissue dan 43.48% melalui Program Peredaran Darah, sementara 100% peserta mencatat peningkatan kualiti tidur, dan hingga 88.73% mengalami peningkatan dalam efisiensi tidur melalui program Sweet Dream. Wahh, tinggi juga peratusannya kan.



Dah dengar penerangan dari pihak Ogawa, seterusnya sis kongsikan dari pihak Universiti Malaya pula. Dr. Saad Mekhilef, CEng (UK), SMIEEE (USA), FIET (UK), Dekan, Fakulti Kejuruteraan, Universiti Malaya menyatakan bahawa universiti berminat untuk menjadi sebahagian daripada penyelidikan bukan hanya menyumbang pengetahuan mereka kepada kajian penting ini yang mungkin berguna untuk kajian masa depan malah untuk membantu meningkatkan kesejahteraan negara secara keseluruhan dan berpotensi meningkatkan jangka hayat rakyat Malaysia.

"Kesejahteraan hidup tidak hanya merangkumi diet yang sihat dan senaman yang konsisten, tetapi urut secara berkala juga dapat menyumbang lebih banyak untuk jiwa manusia dari membetulkan tekanan postur hingga meningkatkan imuniti. Melalui kajian ini, kami ingin menyampaikan faedah kesihatan utama kerana melakukan urutan biasa dan bagaimana ia harus dianggap penting untuk kesihatan kita secara keseluruhan sama ada untuk melegakan sakit otot, mengurangkan tekanan atau bahkan meningkatkan sistem imun anda, urut akan memberi kesan positif kepada kehidupan seharian anda,”
kata Prof Dr Saad

Bila dah dengar penerangan dari OGAWA Malaysia dan Universiti Malaya, sis terus berkenan dengan OGAWA Master Drive AI 2.0 ni. Apa lagi, mesti la sis pun nak rasa kan macam mana urutan kerusi ni. Apa yang menariknya, OGAWA Master Drive AI 2.0 ni menampilkan Artificial Intelligence (AI) yang canggih termasuk pengecaman wajah, Penjejak Kesihatan dan Scanner ™, serta Penganalisis Automatik Bertenaga AI yang menggunakan algoritma untuk mengumpulkan dan mengurus data untuk menyesuaikan kerusi urut ni dengan senarai penyelesaian disyorkan yang diprogramkan tepat pada sasaran yang bermasalah. Pendek kata memang canggih la. 



Jenama OGAWA ni memang terbaik la. Sejak dimulakan pada tahun 1996, OGAWA berdiri dengan visi jangka panjangnya "Memimpin Teknologi Kesejahteraan" dengan banyak melabur dalam penyelidikan dan pembangunan untuk selalu menghasilkan produk inovatif yang memberikan manfaat kesihatan kepada orang di seluruh dunia. 


Berita menarik, memandangkan tak lama lagi tiba sambutan Hari Ibu dan juga Hari Bapa, OGAWA ada buat promosi khas tau dengan Pembayaran Mudah 0% sehingga tempoh 68 bulan untuk produk terpilih. Wah, ini lah masanya nak beli dan hadiahkan kepada ibu bapa ataupun nak reward diri sendiri pun best jugak kan. So, meh la check maklumat lanjut mengenai tawaran ni di :



Post a Comment

1 Comments