Jom Shopping Sempena Jualan Mega Raya di Lulu Hypermarket

Jom Shopping Sempena Jualan Mega Raya di Lulu Hypermarket | Assalamualaikum semua.. Alamak, pejam celik rupanya tinggal lagi seminggu je nak raya. Punya la cepat masa berlalu, rasa macam baru je semalam start puasa. Masalahnya sekarang, satu hape persiapan pun sis tak buat lagi. Baju raya belum beli, kasut raya pun tak de, huhu takkan la nak pakai kasut lama yang dah lusuh. So, apa lagi terus la sis start enjin menuju  ke Lulu Hypermarket. Dengar kata ada Jualan Mega Raya. Alang-alang tu boleh la shopping barang keperluan juga..


Kalau korang nak tau, Lulu Hypermarket ni dah ada 3 cawangan di Malaysia iaitu di Kuala Lumpur, Cheras dan di Setia Alam. So, disebabkan cawangan Shah Alam yang paling dekat maka sis pun pergi ke Lulu Hypermarket Setia City Mall. Yeah, memang betul Jualan Mega Raya sedang berlangsung di semua cawangn Lulu Hypermarket termasuk juga di laman beli-belah secara talian mereka. Wahh, memang rezeki terpijak la ni sebab kebetulan sis datang time Jualan Mega Raya. Boleh la shopping sakan.. yayy..


Bahagian pertama yang sis tuju harus la bahagian pakaian wanita. Wah, ada tawaran Potongan Rata 40 % ke atas bahagian Fesyen, Kasut, Beg Tangan Wanita, Sari dan Churidar la. Promosi ni bermula dari 6 Mei hingga 9 Mei tau. Ada banyak pilihan design baju raya kat sini sama ada traditional ataupun moden boleh dipilih. Rambang mata weiii. Baju Melayu, sampin dan songkok pun ada. Kalau yang berkeluarga pun ada banyak pilihan untuk sedondon sekeluarga. Lepas dah belek satu persatu, akhirnya sis dah jumpa baju pilihan hati. Sis bagi teaser je kat gambar bawah ye, full OOTD kena la tunggu raya. hehe. 















Next sis pusing pula bahagian kasut dan beg tangan wanita. Waduhh, banyak betul pilihan yang ada. Semua design terkini, cantik, berkualiti dan yang penting harga memang berbaloi. Untuk hari raya ni memang sesuai sangat la beli sebab mesti la nak melaram kan. Boleh la matchingkan dengan baju raya. Aishh, geramnya tengok. 






Eh, diskaun bukan terhad pada bahagian Fesyen, Kasut, Beg Tangan Wanita, Sari dan Churidar sahaja tau. Terdapat banyak lagi tawaran hebat dengan potongan harga besar-besaran sehingga 70% diskaun tau di bahagian Elektronik, Elektrik, Pasar Raya, Runcit, Peralatan Rumah. Serius best tengok harga-harga yang ditawarkan. Apa lagi, laju le sis tolak troli. Nampaknya banyak nak kena beli ni.. hehe








Dah settle pilih barangan keperluan untuk raya, baru la sis menuju ke bahagian barangan keperluan dapur pula. Walaupun raya lagi seminggu tapi sis ingat nak top up la beberapa barangan untuk stok berbuka puasa. Walaupun sis ni duduk bujang je tapi barang dapur tetap kena ada sebab sis masak juga kat rumah. Tapi yang basic-basic je la...Almaklum la, bujang kannn.. So, stok wajib ada mesti la maggi.. hehe. Selain tu, banyak juga potongan harga untuk barangan lain.




Tapi honestly cakap kalau korang nak beli stok barang basah untuk raya nanti better datang ke sini. Dah la segar, harga murah pulak tu. Berbaloi tau. Sayur dan buah-buahan pun segar-segar. Sis ingat nanti nak dekat-dekat raya nak datang lagi sekali la kat sini. Geram pulak tengok ikan, ayam, daging kat sini. 






Tapi memandangkan hari ni sis dah keluar, rasa malas pulak nak masak untuk berbuka nanti. So, sis ingat nak beli terus makanan kat sini sebab ada pelbagai hidangan siap masak turut dijual untuk juadah berbuka. Ye la, kang balik mesti dah penat kan. Jadi sis beli nasi briyani kambing cukup untuk seorang makan. Tapi kalau uols ada family, better beli set beriani bucket. Berbaloi tau, siap dapat air lagi. Selain tu ada juga pelbagai jenis kek dan manisan arab yang memang menggoda selera. Ye la, time puasa ni semua nampak menyelerakan.. hehe





Oh ya, sebelum bayar ternampak pula susunan kuih raya. Eh, tak boleh jadi ni. Sis pun patah balik semata-mata nak tengok pilihan kuih raya yang ada. Wah, sedap-sedap nampak kuih raya ni. Memandangkan sis ni memang tak reti buat kuih raya, so lebih afdal la sis beli je kan. Benda dah ada, buat apa nak susah-susah. Lagipun sis duduk bujang je. Dapat 3-4 jenis kuih pun jadi la. Pastu kan kalau korang nak bagi hadiah buat orang tersayang boleh je bagi hamper. Kat sini ada banyak pilihan hamper yang tersedia atau boleh memilih sendiri mengikut kesesuaian bajet. Mana la tau kot-kot ada yang nak bagi sis.. ahakksss..



Jujur sis cakap, berbaloi sangat shopping kat Lulu Hypermarket ni. Dah la luas, bersih dan selesa plak tu. Memang best. So kalau korang nak cari baju raya ke, kasut raya ke, kuih raya ke ataupun apa-apa keperluan untuk raya, jom shopping di Lulu Hypermarket sempena Jualan Mega Raya ni. Tambahan pula ada promosi potongan rata 40% untuk bahagian Fesyen, Kasut, Beg Tangan Wanita, Sari dan Churidar bermula 6 Mei hingga 9 Mei 2021 di seluruh cawangan Lulu tau. Memang berbaloi-baloi. 


Apalagi, meh la lekaih. Kalau tak dapat datang, jangan risau. Boleh je shopping secara online di https://www.luluhypermarket.com/


Post a Comment

2 Comments

  1. bila ckp psl raya ni, bukan je nak siapkan baju raya. malah langsir raya, groceries raya, kuih raya, karpet raya, oven raya eh serba serbi nak raya juga hehehe. Sebab tu, kena bijak berbelanja, beli masa ada diskaun hebat !

    ReplyDelete
  2. geramnyaaaa tgk barang-barang kat lulu ni ,kalau dekat memang ulang selalu dah huhuu

    ReplyDelete