Plant Origins Diffuser, Essential Oils Dan Personal Care Dari Signature Market Malaysia

6/26/2021

Plant Origins Aromatherapy Bluetooth Diffuser, Essential Oils Dan Personal Care Travel Kit Dari Signature Market Malaysia | Assalamualaikum semua.. Sejak negara dilanda pandemik ni corak kehidupan kita terus bertukar kepada norma baharu di mana kita kena duduk di rumah untuk putuskan rantaian wabak Covid-19. Yang bekerja pun sekarang dah kena Work From Home. Sama la juga dengan sis. Duduk di rumah je la ikut saranan kerajaan #stayathome.


Bosan?? Stress?? Ya, sis akui kadang-kadang terasa juga stress tu. Ye la, Sekarang sis banyak habiskan masa di rumah sahaja sampai dah naik tepu duk pandang dinding je. Kalau keluar pun bila time nak beli barang keperluan je. Memandangkan macam lama je lagi kena duduk rumah ni sis mula memikirkan macam mana nak kurangkan stress dan wujudkan suasana tenang di rumah terutama bila time buat kerja. Maklum la jadi blogger ni memerlukan suasana yang tenang dan kecergasan minda, baru la idea nak menulis tu datang mencurah-curah. Survey punya survey akhirnya sis memilih produk Plant Origins dari Signature Market. Nak tau apa produk tu dan kenapa sis memilih jenama ni? ha, boleh baca kat bawah ye..



Kenapa Sis Memilih Plant Origins dari Signature Market Malaysia?
 
Honestly sis cakap setahu sis Signature Market ni menjual makanan organik je. Rupanya tidak ye. Di Signature Market turut menawarkan Plant Origins yang lebih fokus kepada produk terapi dan kebersihan diri. Apa yang bestnya Plant Origins ni sebab ia dapat membuatkan kita dekat dengan alam semulajadi dan sis terasa bagai ada spa di rumah sendiri. Suka sangat bau-bauan dari produk Plant Origins ni dan yang paling penting, harganya pun berpatutan. Setakat ni sis dah guna diffuser, essential oils dan juga personal care dari Plant Origins.



Plant Origins Aromatherapy Bluetooth Diffuser
Link : https://www.signaturemarket.co/my/marketplace/snack/all/2/56/Aromatherapy_Difusser.html
 
Kalau uols nak tau, Plant Origins ada beberapa jenis diffuser tapi sis berkenan dengan Plant Origins Aromatherapy Bluetooth Diffuser ni. Bentuknya yang bulat dan berwarna putih nampak elegan bila diletakkan disudut rumah. Dari segi saiz pun besar di mana kapasiti air sehingga 500ml menjadikan diffuser ni dapat bertahan sehingga 13 jam. Ha, lamakan. Boleh la pasang sepanjang malam dan kalau terlupa tutup pun takde masalah sebab ia akan auto off bila level air dah low.


Satu lagi kelebihan Plant Origins Aromatherapy Bluetooth Diffuser ni sebab ia ada bluetooth speaker. Yeah, sambil menghirup udara yang segar dan mendengar lagu-lagu kegemaran memang menjadikan minda lebih tenang. Lepas tu pula diffuser ni siap ada lampu. So, kalau bosan dengan warna putih, boleh je tukar warna-warna lain ikut mood. Tak pun set je auto nanti dia akan bertukar warna sendiri. Nak adjust mode pun senang sebab ada remote. So, tak payah nak bangun. hehe.


Berikut kelebihan penggunaan Plant Origins Aromatherapy Bluetooth Diffuser untuk kesihatan :
1. Meningkatkan kualiti udara di ruang tertutup.
2. Mengurangkan kemungkinan kulit kering, mata jengkel, kekeringan tekak, alergi, kerap batuk, sakit kepala sinus dan bibir merekah.
3. Kelembapan melebihi 40% membantu menyahaktifkan zarah virus di udara, menjadikannya tidak mudah berjangkit. Ini membantu mencegah selesema dan batuk.
4. Dapat membantu mengurangkan berdengkur kerana kelembapan di udara dapat membantu melancarkan saluran pernafasan.
5. Menjaga kelembapan rambut dan kulit.
6. Mengurangkan simptom alergi, resdung dan asma.
7. Dengan penggunaan minyak pati tambahan untuk tujuan aromaterapi, ia juga dapat membantu menghilangkan tekanan, mengurangkan gejala kegelisahan dan menghidupkan suasana.

Cara penggunaan Plant Origins Aromatherapy Bluetooth Diffuser :
1. Angkat perlahan-lahan penutup Diffuser Bluetooth Origins Aromatherapy (500ml).
2. Tambahkan air ke tangki air menggunakan cawan penyukat untuk memastikan tidak ada limpahan.
3. Tutup penutup untuk melindunginya.
4. Masukkan palam kabel kuasa ke soket bekalan kuasa dan sambungkan hujung kabel kuasa yang lain ke sumber elektrik.
5. Tekan butang ‘on’ untuk menghasilkan kabus.
6. Tekan butang lampu untuk menghidupkan fungsi cahaya.



Cara mengaktifkan fungsi Bluetooth Speaker :
1. Untuk menggunakan fungsi pembesar suara (speaker), hidupkan fungsi Bluetooth telefon bimbit / komputer riba dan cari pembesar suara penyebar (BT-Speaker) dengan mengimbas senarai peranti Bluetooth yang tersedia.
2. Klik nama 'BT-Speaker'.
3. Mainkan audio kegemaran seperti biasa di telefon. Untuk volume, boleh adjust di telefon/komputer riba.
4. Selain lagu, speaker juga boleh digunakan untuk menonton filem kegemaran. Bunyinya jelas dan sedap didengar.



Dulu sis selalu tengok kawan-kawan share guna diffuser kat rumah. Tapi sekarang bila sis dah ada Plant Origins Aromatherapy Bluetooth Diffuser baru la sis tahu kenapa penting ada diffuser ni. Tambahan pula bila menggunakan Essential Oils. Lagi bagus.
 

Plant Origins Functional Kit - Calm (Essential Oils)
Link : https://www.signaturemarket.co/my/marketplace/snack/all/2/58/Bundles-Gift-Sets.html
 
Ha, Plant Origins pun ada jual Essential Oils yang 100% pure and natural tau. Ada banyak jenis Essential Oils yang ditawarkan tapi sebagai permulaan ni sis pilih Plant Origins Functional Kit - Calm. Macam sis cerita pada awal tadi, sis nak wujudkan suasana yang tenang dan menyegarkan di dalam rumah. Jadi tu sebab set ni jadi pilihan hati. Dalam set ni ada 4 jenis essential oils yang setiap satunya mempunyai kelebihan tersendiri serta dapat membantu menaikkan mood, kurangkan stress dan rasa lebih relax tau. Siap dapat PU Leather Pouch yang kalis air untuk memudahkan essential oils dibawa ke mana-mana.


 PU Leather Pouch - mudah untuk menyimpan dan membawa essential oils ke mana-mana
 
 Plant Origins Lemongrass Essential Oil (10ml) - Aroma minyak pati serai dan herba herba bertindak sebagai penghalau serangga semula jadi. Bukan hanya itu, ia sering digunakan sebagai minyak urut untuk mengurangkan rasa kegelisahan dan tekanan akibat ketegangan otot
 
 Plant Origins Palmarosa Essential Oil (10ml) - Minyak pati palmarosa sering digunakan untuk menyegarkan dan membersihkan udara dengan aroma bunganya yang manis, wangian yang sering digambarkan sebagai kombinasi lembut, hijau dan kemerahan yang menyenangkan dengan sedikit lemon
 
 Plant Origins Rose Geranium Essential Oil (10ml) - dibuat dari kelopak geranium pelargonium menghasilkan minyak yang beraroma manis memberikan suasana yang menenangkan apabila digunakan secara topikal sementara aroma menenangkan fikiran dan merupakan antidepresan semula jadi
 
 Plant Origins Peace Of Mind Essential Oil Blend (10ml) - Aroma cendana manis dan bersahaja yang digabungkan dengan bunga lembut dari lavender mengundang rasa dan keseimbangan dalam rutin seharian. diffuse essential oil ini setelah seharian yang sibuk, semasa sesi meditasi atau yoga untuk memberikan gelombang ketenangan


Setiap essential oils Plant Origins diekstrak 100% dari bahan semulajadi dan tiada campuran bahan pencair, tiada paraben, tiada alkohol, tiada kandungan dari binatang dan tidak menggunakan wangian sintetik. Jika confuse nak pilih essential oils yang bersesuaian, boleh pilih Plant Origins Functional Kit. Ada 4 jenis iaitu Calm, Sleep, Purify dan Energise.




Siapa sini selalu pergi spa? Tapi time PKP ni mesti rindu nak pergi spa kan. Sama la dengan sis. Dah lama rasanya tak manjakan diri kat spa. Mujur Plant Origins ada set Personal Care yang terdiri dari produk penjagaan diri dari rambut sampai ke hujung kaki. Sebagai permulaan ni sis cuba dulu set Personal Care Travel Kit. Uhuk, sebut je travel terus rindu nak jenjalan tempat orang tapi takpela, tunggu Covid dah hilang nanti baru fikir pasal travel. Sebenarnya set ni untuk travel tapi buat masa sekarang sis amik travel kit ni untuk cuba je dulu. Ternyata bila dah guna, best giler personal care dari Plant Origins ni. Dia punya aroma memang menyegarkan. Serius boleh fefeling macam kat spa. So lepas ni boleh la beli set yang besar pulak.


Dalam Personal Care Travel Kit ni ada :
 Plant Origins Hair Shampoo (30ml)
 Plant Origins Conditioning Hair Mask (30ml)
 Plant Origins Body Wash (30ml)
 Plant Origins Hand Soap (30ml)
 
Set Personal Care Travel Kit ni dihasilkan dari 100% bahan semulajadi, tiada paraben, tiada alkohol, tiada kandungan dari binatang dan tidak menggunakan wangian sintetik dan sesuai untuk semua jenis kulit. Siap ada waterproof pouch tau.


Sejak terjebak dengan produk Plant Origins ni buat sis rasa macam jatuh cinta buat kali pertama. Ternyata selepas penggunaan produk-produk mereka buat sis rasa lebih tenang walaupun duduk terperap di rumah. Paling special Plant Origins Aromatherapy Bluetooth Diffuser la. Dah jadi BFF sis dah. Selalu ON untuk diffuse essential oils. Nak buat kerja pun lebih bersemangat. 


Jadi sis sarankan bagi sesiapa yang tengah mencari sesuatu yang untuk memberi ketenangan, mengurangkan stress dan menjadikan ruang yang lebih segar, pilih la Plant Origins. Sekarang ada promosi tau. Dengan harga bermula dari RM139.90, korang boleh dapat a satu set produk aromatherapy Plant Orgins termasuk diffuser, essential oils dan personal care.

 
 Wahh, berbaloi kan set ni. Ha, apa lagi lekas la grab promosi ni. Boleh rujuk website mereka : https://bit.ly/3uChqVy

You Might Also Like

10 Comments

  1. Kenapa harganya begitu murah? Nie kena beli nie sebab nakkan diffuser yang besar tu - siap boleh control plak tu. Adakah bilik DikBee akan menjadi seperti disko kelak? Hehehe

    ReplyDelete
  2. haritu ada ushar2 gak brand ni, harga pun mampu milik la. baru tau ada function auto off. menarik ni

    ReplyDelete
  3. Banyak ya kelebihan guna diffuser ni ya . Rabia takk mencuba beli lagi.

    ReplyDelete
  4. Terasa-rasa nyamannya kalau turn ON tu kann.. rasa tenang ajee.. kena kalau titis aromathrephy yang sesuai dengan mood, memang asyikk laaaa.. tak sabar tunggu giveaway sampai...

    ReplyDelete
  5. Pernah guna produk ni.. mmg best.. mcm terapi juga.. sebab baunya mmg buat kita rasa selesa

    ReplyDelete
  6. Tak tau pun Signature Market ada diffuser. Tapi barang-barang dari signature market ni memang berkualiti.

    ReplyDelete
  7. Musim2 pandemik ni mmg kena selalu diffuse eo. Menarik diffuser dia sebab leh link bluetooth heheh..wangi tak eo2 dia?

    ReplyDelete
  8. Dikbee! Geng lah, kite pun sejak WFH ni dah menjebakkan diri ke alam aromatherapy. Wangi sentiasa je rumah haha.

    ReplyDelete
  9. bgus utk menjga persekitaran dlm rumah...

    ReplyDelete
  10. I m using Plant Origins aromatherapy calm set also, love the peace of mind eo.

    ReplyDelete

Hubungi Saya

Name

Email *

Message *

Like My Facebook Page

Follow My Social Media

Subscribe