Khasiat dan Resipi Oregon & Washington Blueberries Layered Cheesecake Tanpa Bakar

Khasiat dan Resipi Oregon & Washington Blueberries Layered Cheesecake Tanpa Bakar | Assalamualaikum semua.. Gaisss, tekak sis buat hal lagi. Kali ni mengidam nak makan kek pulak. Tambah-tambah kalau dapat cheesecake, sedapnya. Kalau dulu teringin je terus pi beli tapi sejak Perintah Kawalan Pergerakan ni susah sikit nak keluar. So, setelah difikir-fikir dan dihitung, ada baiknya sis cuba buat sendiri. Mana tau kan ada bakat terpendam membuat kek. ahakkk..


Jadi untuk permulaan, sis pun mula la mencari-cari resipi di internet dan sis jumpa satu resipi yang menarik hati sis iaitu Oregon & Washington Blueberries Layered Cheesecake Tanpa Bakar. Kebetulan memang sis tak ada oven di rumah. Jadi memang sesuai la untuk sis cuba. Tapi apa yang menarik perhatian sis adalah bahan utama untuk Cheesecake ni adalah Oregon & Washington Blueberries. Wahh, sis memang penggemar blueberry especially untuk dessert. Sedap..

Oregon & Washington Blueberries Layered Cheesecake dibuat oleh Mr Georgen Thye

Kalau korang nak tau Oregon Dan Washington ni adalah 2 negeri di A.S yang paling banyak menghasilkan blueberry. Di sana blueberry ditanam secara besar-besaran dan buah yang dihasilkan mempunyai kualiti yang terbaik dan mendapat sambutan yang tinggi di seluruh dunia. Tak dinafikan buah blueberries dari A.S ni mempunyai rasa manis yang semulajadi, sedap dan berkhasiat. Tu sebab ramai yang menggunakan blueberries sebagai makanan ringan, atau dimasukkan ke dalam pelbagai resipi seperti salad, makanan panggang, pencuci mulut, smoothie.


Selain dari rasa, blueberry juga mempunyai pelbagai khasiat dalam diet seharian kita tau. So, tak hairan la bila blueberries dikenali sebagai makanan super sihat dan menjadi kegemaran ramai. Hasil kajian menunjukkan bahawa blueberry mengandungi antioksidan dan nutrien lain yang membantu tubuh kita untuk kekal sihat dan dapat membantu mencegah penyakit yang berkaitan dengan usia. Menurut pakar pemakanan bertauliah Georgen Thye, beliau berkongsi pelbagai fakta pemakanan blueberry dan faedah kesihatan :

1. Satu cawan (148g) blueberry menyumbang 25% daripada nilai vitamin C harian anda, 14.4 miligram vitamin C.
Vitamin C adalah vitamin larut air yang bertindak sebagai antioksidan yang menstabilkan radikal bebas, sehingga membantu mencegah kerosakan sel.
Vitamin C membantu pengeluaran kolagen; membantu penyerapan zat besi; dan membantu menyembuhkan luka dan menjaga kesihatan gusi anda.
Vitamin C boleh membantu menyokong sistem ketahanan badan.

2. Satu cawan (148g) blueberry mengandungi 3.6g serat, bersamaan dengan 14% daripada keperluan serat harian anda.
Serat makanan telah terbukti memberikan banyak manfaat kesihatan, termasuk meningkatkan kadar lipid darah, mengatur glukosa darah, dan meningkatkan rasa kenyang (membuat anda merasa kenyang lebih lama), yang dapat membantu menurunkan berat badan.

3. Blueberry kaya dengan antioksidan
Blueberry dipercayai mempunyai tahap antioksidan tertinggi dari semua buah dan sayur biasa.
Antioksidan melindungi tubuh anda dari radikal bebas, iaitu molekul yang tidak stabil yang dapat merosakkan sel anda dan menyumbang kepada penuaan dan penyakit.

4. Satu cawan (148g) blueberry menyumbang 36% daripada nilai vitamin K harian anda, 28 mikromiligram vitamin K.
Pengambilan vitamin K yang rendah telah dikaitkan dengan risiko patah tulang yang lebih tinggi. Walau bagaimanapun, pengambilan vitamin K yang mencukupi meningkatkan penyerapan kalsium dan dapat mengurangkan kehilangan kalsium.



Ok, berbalik kepada resipi Oregon & Washington Blueberries Layered Cheesecake Tanpa Bakar, sebenarnya sis rujuk resipi Mr. Georgen Thye la. Nampak dari segi rupa lain kan sebab sis ada buat sedikit perubahan untuk presentation tapi kandungan bahan-bahan yang digunakan masih sama ye. Sis dah cuba resipi ni tau. Memang senang dan confirm menjadi. Nak tau tak detail resipi? Ha, meh sis kongsikan.


Resipi Oregon & Washington Blueberries Layered Cheesecake Tanpa Bakar

Bahan-bahan

Lapisan Bawah :
100g Biskut yang dihancurkan
60g Mentega cair

Lapisan Cheesecake :
250g Krim Keju
150g Oregon & Washington Blueberry
150ml whipping cream
1 buah Lemon
13g Serbuk Gelatin
40g Gula

Lapisan Blueberries Puree :
100ml Air
½ sudu kecil Serbuk Gelatin
100g Blueberry (atau guna semula baki blueberry untuk lapisan cheesecake)
40g Gula

Kaedah:

Buat Crumb Base :
1. Letakkan biskut dalam pemproses makanan dan kisar sehingga menjadi tekstur pasir kasar.
2. Tuangkan mentega cair dan terus sebati hingga serbuk halus.
3. Pindahkan serbuk ke loyang dan tekan dengan gelas untuk membentuk lapisan serpihan yang padat dan sekata.
4. Letakkan kuali ke dalam peti sejuk dan biarkan sejuk selama 30 minit.

Buat Cheesecake :
1. Masukkan blueberry Oregon-Washington, jus lemon dan gula ke dalam periuk. Masak dengan api sederhana selama 10 minit, kacau kerap dan biarkan sejuk hingga suhu bilik selepas itu.
2. Sementara itu, pukul bersama cream cheese dan gula hingga rata dan gebu.
3. Pukul juga whipping cream di dalam bekas yang lain sehingga gebu.
4. Larutkan serbuk gelatin dengan air
5. Campurkan adunan cream cheese, whipping cream dan larutan gelatin. Gaul rata dan bahagi kepada 2 bahagian.
6. Tapis blueberries yang telah masak tadi untuk mendapat pati blueberry.
7. Campurkan pati blueberry dengan salah satu adunan cream cheese
8. Keluarkan loyang dari peti sejuk dan tuangkan adunan cream cheese bersama blueberry dan sejukkan selama 30 minit.
9. Keluarkan loyang dari peti sejuk dan tuangkan adunan cream cheese yang satu lagi tanpa blueberry dan sejukkan lagi selama 30 minit.

Buat Lapisan Blueberry Puree :
1. Tuangkan 100 ml air ke dalam kuali, diikuti dengan blueberry dan gula. Blueberries tu boleh gunakan buah baru ataupun guna semula baki yang ditapis untuk cream cheese.
2. Larutkan serbuk gelatin dengan air dan masukkan ke dalam kuali yang masak blueberries
3. Kacau dengan air perlahan sehingga buah blueberries menjadi hancur.
4. Setelah masak, tapis blueberries untuk mendapat blueberry puree.
5. Selepas 30 minit, keluarkan loyang dari peti sejuk dan tuangkan blueberry puree ke dalam loyang
6. Sejukkan semula di dalam peti sejuk selama beberapa jam lagi sehingga lapisan atas mengeras. (sis Simpan semalaman untuk pastikan setiap lapisan betul-betul keras )
7. Siap untuk dihidangkan

Maklumat Pemakanan (1 hidangan)
👉 Tenaga (Kcal) 281
👉 Karbohidrat (g) 22.1
👉 Protein (g) 4.8
👉 Lemak (g) 19.7
👉 Serat (g) 1.2



Tadaaa.. ni la rupa Oregon & Washington Blueberries Layered Cheesecake Tanpa Bakar. Amacam, terliur tak tengok? Ha jangan kata korang, sis sendiri pun teruja tengok kek ni. Rasa tak percaya je sis berjaya hasilkan kek yang yang cantik macam ni. Dah macam beli kat kedai kan. Tak sia-sia sis cuba untuk buat sendiri. Hanya berpandukan resipi dari Mr Georgen Thye je. Kat bawah ni sis kongsikan video cara buat Oregon & Washington Blueberries Layered Cheesecake Tanpa Bakar ni.

Actually beliau juga ada menghasilkan pelbagai lagi resipi menggunakan Oregon & Washington Blueberries. Nah, sis kongsikan link channel youtube beliau jika korang berminat untuk mencuba.

a) Oregon & Washington Blueberries Layered Cheesecake

b) Oregon & Washington Blueberries Oatmeal Muffin

c) Summer Oregon & Washington Blueberries Popsicle




Kalau dah cuba, jangan segan silu nak kongsikan dengan sis tau. Ye la nak juga tengok hasil air tangan uols. Jika nak tahu lebih lanjut mengenai khasiat buah bluberry pula boleh layari :




Post a Comment

0 Comments