ARISSTO Zero Family Bread : Roti Tanpa Bahan Kimia Tambahan Untuk Seisi Keluarga

ARISSTO Zero Family Bread : Roti Tanpa Bahan Kimia Tambahan Untuk Seisi Keluarga | Assalamualaikum semua.. Sejak menjalani kehidupan norma baharu ni boleh dikatakan sis banyak habiskan masa di rumah je. Kerja pun secara Work From Home. Jadi bila tak keluar ni, stok makanan memang kena sentiasa ada la kat rumah. Mana taknya, kejap-kejap lapar. Kejap-kejap masuk dapur. So, stok wajib yang kena ada kat rumah semestinya roti la sebab roti ni merupakan makanan rutin yang cepat dimakan dan buat kita kenyang lebih lama.

ARISSTO Zero Family Bread : Roti Tanpa Bahan Kimia Tambahan Untuk Seisi Keluarga
ARISSTO Zero Family Bread : Roti Tanpa Bahan Kimia Tambahan Untuk Seisi Keluarga

Di pasaran sekarang terdapat pelbagai jenis roti. Masing-masing ada rasa dan bentuk tersendiri yang dapat memikat hati pembeli kan. Tapi ada satu jenis roti yang menarik hingga membuatkan sis tertarik untuk mencuba iaitu ARISSTO Zero Family Bread. Macam pernah dengar je nama ARISSTO tu kan. Yes, mesti korang pernah dengar ARISSTO Coffee. Kini ARISSTO Malaysia menawarkan satu lagi produk mereka di pasaran iaitu ARISSTO Zero Family Bread. Kenapa ARISSTO Zero Family Bread menjadi pilihan sis? Jom baca sampai habis.


Roti Tanpa Bahan Kimia Tambahan


ARISSTO Zero Family Bread merupakan roti tanpa bahan kimia tambahan yang sesuai untuk seisi keluarga. Ye, semestinya sis memilih roti yang terbaik dan dihasilkan dari bahan semulajadi untuk santapan harian keluarga tersayang. Tidak seperti roti yang lain, ARISSTO melarang penggunaan sehingga 100 bahan kimia tambahan dalam roti mereka tau. Fuhhh, banyak tu. Antaranya adalah :

Chemical oxidizer-potassium bromate, Chemical oxidizer-butyl
hydroxyanisole, Chemical softener-azodicarbonamide, Chemical
emulsifier-monoglyceride, diglyceride, Hydrogenated oil - margarine,
Artificial colouring - Caramel Colour, Curcumin pigment,
High fructose corn syrup, Artificial sweetener-Aspartame, Leavening
agent, Brightener, Coagulant, Stabilizer, Bread Improver-Phosphate,
Preservative and Synthetic vitamins

Roti Tanpa Bahan Kimia Tambahan
Roti Tanpa Bahan Kimia Tambahan

Ni baru sikit yang dapat sis senaraikan. Ada banyak lagi tau. Say no no no dekat semua bahan kimia tambahan ni. Patut la macam-macam penyakit timbul zaman sekarang ni. Salah satu puncanya sebab bahan-bahan kimia ni la. Jadi demi yang tersayang, tak salah kalau kita bertukar kepada makanan yang lebih terjamin dan bebas bahan kimia seperti ARISSTO Zero Family Bread ni. Lagipun ARISSTO Zero Family Bread ni sesuai dimakan oleh semua lapisan umur dan sis gerenti semua pasti suka dengan keenakannya.


Bahan Kandungan Yang Terbaik


Pernah tak korang rasa Butter Bread tapi macam tak berapa sedap sangat rasa dia? Ha, tu kemungkinan besar roti tu diadun dengan 10% butter dan 90% marjerin bagi mengurangkan kos pembuatan. Memang hasil rupanya sama tapi bila rasa kurang umpphhh gitu. Orang kata kalau nak hasilkan makanan yang sedap, kena buat dengan jujur dan penuh kasih sayang. Betul tak?

Bahan Kandungan Yang Terbaik
Bahan Kandungan Yang Terbaik

Itulah konsep yang diterapkan untuk ARISSTO Zero Family Bread. Ia dihasilkan dengan jujur dan penuh kasih sayang dari bahan semulajadi yang terbaik tau. Setiap adunan roti yang dihasilkan menggunakan bahan yang berkualiti tinggi bagi menghasilkan roti yang bermutu tinggi dan berkhasiat. Tu sebab sis suka beli ARISSTO Zero Family Bread ni. Harga yang kita bayar berbaloi dengan rasa yang kita dapat. Setiap bahan yang digunakan mengikut sukatan yang betul bagi menjaga kualiti rasanya. Antara bahan yang digunakan adalah :

Tepung Gandum Tulen
- Tepung yang digunakan adalah jenis 'Unbleached flour' yang mempunyai kandungan protein tinggi, kaya dengan mineral dan nutrien.

Mentega Yang Diiktiraf di Eropah
- Mentega ini digunakan selama seratus tahun di seluruh dunia. Ia telah diiktiraf oleh Kesatuan Eropah untuk jaminan kualiti. Tidak mengandungi pewarna tiruan, antioksidan, dan pembasmi kuman.

100% tanpa gula Serbuk koko dari Eropah
- Coklat berkualiti tinggi dari Eropah, 100% tulen serbuk koko tanpa penambahan gula.


Roti Yang Berkhasiat dan Menyihatkan


Selain dihasilkan dari bahan semulajadi dan tiada kandungan bahan kimia, ada satu lagi faktor yang menjadikan ARISSTO Zero Family Bread adalah roti yang berkhasiat dan menyihatkan iaitu dari segi cara pembuatannya. ARISSTO Zero Family Bread dihasilkan melalui kaedah yang telah digunakan sejak berabad lamanya dari Perancis iaitu menghasilkan doh dengan proses penapaian ragi secara semulajadi yang memakan masa lebih kurang 38 jam. Ini menjadikan roti yang dihasilkan lebih wangi, tekstur yang lembut dan sedap. Bukan tu je tau, ARISSTO Zero Family Bread jauh lebih berkhasiat berbanding roti yang menggunakan ragi komersial.

Roti Yang Berkhasiat dan Menyihatkan
Roti Yang Berkhasiat dan Menyihatkan


Tahan Sehingga 3 Bulan Dengan Pembungkusan Nitrogen


Sebagaimana yang kita tahu, roti kan cepat expired. Tapi tahu tak yang ARISSTO Zero Family Bread ni boleh bertahan sehingga 3 bulan?? Pelik kan. Kata takde kandungan bahan kimia tapi macam mana boleh tahan lama. Ha, tu la yang menariknya mengenai ARISSTO Zero Family Bread ni dimana bahan pengawet kimia yang biasa digunakan dalam roti diganti dengan Teknologi Pembungkusan Nitrogen untuk mengawet roti mereka. Dengan cara sebegini, roti ARISSTO boleh disimpan segar malah jika disimpan di dalam sejuk beku boleh bertahan sehingga sebulan.


Menikmati Roti Segar Dari Oven Setiap Hari


Biasanya kalau kita beli roti, kita just makan terus je kan. Tapi untuk ARISSTO Zero Family Bread ni kita perlu memanaskannya terlebih dahulu sebelum makan. Ini kerana roti ARISSTO dibakar sehingga 90% agar sentiasa segar di dalam pembungkusan nitrogen. Jadi bila nak makan, hanya perlu keluarkan dari peti ais dan panaskan selama 5 minit di dalam ketuhar. Kalau guna air fryer pun boleh. Mudah disediakan dan hasilnya kita dapat menikmati roti fresh from oven setiap hari.

Nikmati Roti Segar Dari Oven Setiap Hari
Nikmati Roti Segar Dari Oven Setiap Hari


Pelbagai Pilihan Roti


Apa yang sis suka mengenai ARISSTO Zero Family Bread ni sebab ada banyak pilihan roti yang boleh dipilih mengikut citarasa masing-masing, seperti Mini Kek, kroisan dan banyak lagi. Setakat ni sis dah cuba beberapa jenis ARISSTO Zero Family Bread. Antaranya boleh tengok gambar di bawah.

Pelbagai Pilihan Roti
Pelbagai Pilihan Roti


Harga Yang Berpatutan


Jujur sis cakap dengan ciri-ciri yang ada pada ARISSTO Zero Family Bread ni memang bagus sangat untuk jadikan santapan harian terutama untuk sarapan pagi atau pun minum petang. Alang-alang tu terus jadi member je la sebab ada "Harga Borong Ahli". Boleh beli banyak-banyak dan buat stok kat rumah sebab tahan lama kan. Lagipun berbaloi untuk menikmati ARISSTO Zero Family Bread bersama keluarga. Yes, demi kesihatan keluarga kita berhak mendapat roti yang terbaik seperti ARISSTO Zero Family Bread.

Dapatkan ARISSTO Zero Family Bread sekarang
Dapatkan ARISSTO Zero Family Bread sekarang

So kesimpulannya meh la dapatkan ARISSTO Zero Family Bread. Gerenti tak menyesal punya sebab dah la sedap, berkhasiat dan menjamin kesihatan yang lebih baik kerana ARISSTO Zero Family Bread ni adalah roti tanpa bahan kimia tambahan yang sesuai untuk seisi keluarga.

Untuk info lanjut boleh klik link di bawah :

Post a Comment

0 Comments