Buffet Ramadan 2022 : Iftar Together-Gather Di Bangi Golf Resort

Jom Iftar Together-Gather Di Bangi Golf Resort | Assalamualaikum semua... Yuhuu, tengah mencari-cari lokasi untuk berbuka puasa ke tu?? Aha, sis nak kongsikan satu tempat menarik dengan pelbagai deretan menu yang enak tetapi pada harga yang sangat-sangat berbaloi. Nak tahu tak kat mana? Eh, lupa pulak dah ada tajuk, mesti la korang tahu kat mana kan. Yes, di Bangi Golf Resort.

Buffet Ramadan 2022 : Iftar Together-Gather Di Bangi Golf Resort

Hampir setiap tahun sejak dari tahun 2016 sis pasti akan berbuka puasa di sini. Cuma pada tahun 2020 dan 2021 je tak dapat pergi. Bukan sebab busy ke hape tapi kan kita semua dilanda wabak Covid-19 dan kerajaan pun isytihar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) jadi memang mana-mana lokasi pun tak ada buat buffet ramadan. Masa tu just berbuka di rumah je dengan family.

Buffet Ramadan 2022 : Iftar Together-Gather Di Bangi Golf Resort

Pada tahun 2022 ni negara kita sudah tiada lagi PKP jadi sis pasti ramai yang mengambil kesempatan untuk menunaikan ibadah puasa dan seterusnya berbuka puasa bersama kesayangan seperti keluarga, sanak saudara dan kawan-kawan. So, apa kata ajak kesayangan untuk Iftar Together-Gather di Bangi Golf Resort untuk bertemu di mana tetamu boleh meluangkan masa bersama, bertanya khabar dan mengeratkan silaturahim sambil berbuka puasa bersama-sama.

Buffet Ramadan 2022 : Iftar Together-Gather Di Bangi Golf Resort

Kalau bab menu yang ditawarkan di Bangi Golf Resort ni memang boleh semput la sis nak sebut. Mana taknya, ada lebih kurang 200 menu yang menarik dan sedap-sedap belaka. Paling sis suka kalau datang kat sini mesti makan menu telur separuh masak mereka iaitu Sous Vide Egg with Mushroom Espuma. Korang mesti kata ala, telur separuh masak je kan tapi bila digabungkan dengan sos mushroom, tu yang special. Kali ni lebih special sebab ia dihidangkan bersama Roti Bakar dan Air Coklat Sneakers Ais yang menggunakan peanut butter buatan sendiri. Sedap tauuu..

Buffet Ramadan 2022 : Iftar Together-Gather Di Bangi Golf Resort
Sous Vide Egg with Mushroom Espuma, Roti Bakar dan Air Coklat Sneakers

Tahun ini juga BGR akan menampilkan hasil tanaman segar dari ladang mereka. Chef BGR akan memetik tanaman dan sayuran yang dijamin kesegarannya dan terus menggunakan bahan-bahan tersebut untuk hidangan Iftar dan tetamu boleh merĂ¡sai pengalaman menjamu selera yang unik iaitu "farm to fork". Korang kena try Nasi Kerabu, satu hidangan tradisional dengan nasi yang berwarna biru dan ulam-ulaman segar yang ditanam sendiri dan disajikan bersama ayam kampung goreng, ikan masin, keropok serta SOs dan bahan sampingan lain. Warna biru semulajadi yang digunakan di dalam Nasi Kerabu adalah dari Bunga Telang yang ditanam di ladang mereka.

Buffet Ramadan 2022 : Iftar Together-Gather Di Bangi Golf Resort
Ulam-ulaman dan Nasi Kerabu

Buffet Ramadan 2022 : Iftar Together-Gather Di Bangi Golf Resort
Nasi Kerabu

Untuk menu signature pula chef BGR akan terus membawakan hidangan yang enak dengan ramuan yang berkualiti tinggi untuk Bufet Ramadan pada kali ini. Seperti biasa antara menu yang famous kat sini adalah Kambing Bakar, Sup Kambing Mamak, Satay, Smoked Spaghetti Carbonara dan juga Spanish Churros with Thick Chocolate Sauce.

Buffet Ramadan 2022 : Iftar Together-Gather Di Bangi Golf Resort
Kambing Bakar

Buffet Ramadan 2022 : Iftar Together-Gather Di Bangi Golf Resort
Hirisan Kambing Bakar

Buffet Ramadan 2022 : Iftar Together-Gather Di Bangi Golf Resort
Sup Kambing Mamak

Buffet Ramadan 2022 : Iftar Together-Gather Di Bangi Golf Resort
Satay

Buffet Ramadan 2022 : Iftar Together-Gather Di Bangi Golf Resort
Smoked Spaghetti Carbonara

Lebih special tahun ini BGR akan memperkenalkan hidangan terbaru pada tahun ini iaitu, Ayam Bakar Percik Selangor, Korean Fried Chicken, Korean Japchae, Japanese Beef Curry, Tom Yum Seafood, Pad Kra Pao (Thai Basil Chicken), Poach Chicken with Thai Suki Sauce, Mee Siam Goreng Meletup, Laksa Singapore, Penne with Creamy Korean Sauce dan Liquid Snickers; yang akan memikat selera.

Buffet Ramadan 2022 : Iftar Together-Gather Di Bangi Golf Resort
Ayam Bakar Percik Selangor

Buffet Ramadan 2022 : Iftar Together-Gather Di Bangi Golf Resort
Korean Fried Chicken

Buffet Ramadan 2022 : Iftar Together-Gather Di Bangi Golf Resort
Tom Yum Seafood

Buffet Ramadan 2022 : Iftar Together-Gather Di Bangi Golf Resort
Japanese Beef Curry

Buffet Ramadan 2022 : Iftar Together-Gather Di Bangi Golf Resort
Pad Kra Pao (Thai Basil Chicken)

Buffet Ramadan 2022 : Iftar Together-Gather Di Bangi Golf Resort
Poach Chicken with Thai Suki Sauce

Buffet Ramadan 2022 : Iftar Together-Gather Di Bangi Golf Resort
Mee Siam Goreng Meletup

Buffet Ramadan 2022 : Iftar Together-Gather Di Bangi Golf Resort
Mee Singapore

Buffet Ramadan 2022 : Iftar Together-Gather Di Bangi Golf Resort
Penne with Creamy Korean Sauce

Eh, dah kenyang?? Of course la belum sebab desserts belum makan lagi. Ada banyak tau pilihan pemanis mulut, kuih muih dan juga hidangan sampingan yang boleh dipilih. Pendek kata memang rambang mata la. Dah la rupa semuanya menggoda. Ok sukat perut sat, muat lagi ni.. hehe

Buffet Ramadan 2022 : Iftar Together-Gather Di Bangi Golf Resort

Buffet Ramadan 2022 : Iftar Together-Gather Di Bangi Golf Resort
Pelbagai jenis kek

Buffet Ramadan 2022 : Iftar Together-Gather Di Bangi Golf Resort
Pelbagai jenis kuih

Ni baru sikit je ye yang dapat sis kongsikan. Hakikatnya ada banyak lagi menu yang best-best. Kita boleh makan sepuas-puasnya tanpa ragu-ragu kerana BGR merupakan salah satu resort golf di Malaysia yang telah disahkan HALAL oleh JAKIM semenjak tahun 2009. Selain itu, BGR juga telah menerima Sijil HACCP untuk ruangan dapur yang tidak perlu dikhuatiri komitmen BGR terhadap Halalan Toyyiban, piawaian kebersihan dan keselamatan makanan. Makan tu makan juga tapi jangan sampai terlupa waktu Maghrib pulak ye. Di sini ada menyediakan ruangan surau yang cukup besar untuk tetamu lelaki dan wanita. Bab parking pun tak perlu risau sebab ada lebih kurang 800 lot parkir kereta yang percuma.

Buffet Ramadan 2022 : Iftar Together-Gather Di Bangi Golf Resort

Memandangkan kita masih dalam tempoh pandemik, (negara memasuki Fasa Peralihan Endemik bermula 1 April) BGR terus mematuhi dan melaksanakan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang disyorkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dalam premis perniagaan mereka. Kapasiti tempat duduk di ruang makan telah dikurangkan sebanyak 50% daripada kapasiti asal untuk memudahkan semua orang mempunyai ruang yang selesa untuk mengekalkan jarak sosial di tempat makan dan juga kawasan bufet. Semua tetamu yang datang ke BGR juga mestilah lengkap kesemua dos vaksinasi untuk memasuki ke premis perniagaan BGR. Pegawai RELA juga ditugaskan di sini untuk memastikan pematuhan SOP yang ditetapkan.

Buffet Ramadan 2022 : Iftar Together-Gather Di Bangi Golf Resort

Bufet Ramadan BGR akan bermula pada 4hb April 2022 sehingga 1hb Mei 2022. Harga Bufet Ramadan adalah bermula dari RM60.00 untuk seorang dewasa dan RM30.00 untuk seorang kanak-kanak. Jadi kalau korang nak datang Iftar Together-Gather Di Bangi Golf Resort bersama keluarga dan rakan-rakan, sis suggest supaya korang buat tempahan awal. Untuk tempahan sila layari pautan ini https://bgrrest.com/ramadhan-buffet-2022. Semua harga adalah tertakluk kepada 6% SST.



Post a Comment

1 Comments

  1. nampak exclusive sikit preview kali ni... Tak sesak dgn tetamu. hehe

    ReplyDelete