Pelancaran M-HOPE : Dana Kos Rawatan 12 Pesakit Pembedahan Bariatrik Secara Percuma

Pelancaran M-HOPE : Dana Kos Rawatan 12 Pesakit Untuk Pembedahan Bariatrik | Assalamualaikum semua.. Secara umumnya semua orang nak kelihatan cantik, kurus dan langsing. Namun tak semua orang dapat tubuh yang diidamkan malah di Malaysia sendiri masih ramai yang menghadapi masalah obesiti sehingga mengganggu kesihatan. Lebih menyedihkan ada yang menyebabkan kematian yee.. Sedihkan.

Pelancaran M-HOPE : Dana Kos Rawatan 12 Pesakit Pembedahan Bariatrik Secara Percuma

Pernah dengar pasal pembedahan Bariatrik tak? Pembedahan bariatrik ialah sejenis pembedahan yang dilakukan untuk membantu mengawal masalah berat badan berlebihan, atau obesiti. Kalau dulu sis tak tau namanya pembedahan bariatrik tapi kalau orang sebut potong usus baru la sis tau. Ingatkan pembedahan ni untuk kurus je rupanya ia berkesan untuk membantu golongan obesiti daripada penyakit metabolik seperti darah tinggi, kolesterol tinggi dan paling utama, kencing manis.

Pelancaran M-HOPE : Dana Kos Rawatan 12 Pesakit Pembedahan Bariatrik Secara Percuma

Perkara ini turut diakui oleh Dr Mustafa selaku Pakar Perunding Pembedahan dan Bariatrik. Beliau berkata pihaknya mendapati ramai individu obesiti tidak dapat menjalani pembedahan Bariatrik disebabkan masalah kewangan. Keadaan sungguh menyedihkan kerana pesakit berisiko diserang penyakit metabolik iaitu diabetik, tekanan darah tinggi dan masalah kardiovaskular dan diserang penyakit jantung. Kekangan kewangan itu juga, kata beliau menyebabkan mereka tidak berpeluang menjalani kehidupan dengan sempurna. Berat badan berlebihan menyebabkan individu tadi mengalami obesiti tahap serius hingga memudaratkan kesihatan tanpa rawatan sewajarnya.

Pelancaran M-HOPE : Dana Kos Rawatan 12 Pesakit Pembedahan Bariatrik Secara Percuma

Namun kos pembedahan Bariatrik ni mahal ye. Perkara ini turut diakui oleh Dr Mustafa selaku Pakar Perunding Pembedahan dan Bariatrik. Beliau berkata pihaknya mendapati ramai individu obesiti tidak dapat menjalani pembedahan Bariatrik disebabkan masalah kewangan. Kekangan kewangan itu juga, kata beliau menyebabkan mereka tidak berpeluang menjalani kehidupan dengan sempurna. Berat badan berlebihan menyebabkan individu tadi mengalami obesiti tahap serius hingga memudaratkan kesihatan tanpa rawatan sewajarnya.

“Keadaan sedemikian tidak sepatutnya berlaku kerana semua insan berhak menjalani rawatan untuk hidup sihat. Pesakit wajar diberi peluang kedua untuk hidup lebih sihat dan cergas bersama keluarga tersayang selepas menjalani pembedahan. Kesungguhan membantu individu kurang bernasib baik ini adalah inspirasi daripada bapanya yang juga seorang doctor di mana klinik percuma dibuka pada setiap hari Jumaat dan pesakit menerima rawatan secara percuma."

“Bapa saya yang menjadi inspirasi dan mendorong saya untuk memulakan projek ini. Projek awal ini diharap dapat dimanfaatkan mereka yang begitu memerlukan. Sebelum ini saya mengambil initiatif secara persendirian menawarkan rawatan percuma kepada pesakit kurang berkemampuan. Kini pelbagai pihak tampil membantu bagi membolehkan lebih ramai pesakit dapat dibantu, sekali gus merealisasikan penubuhan M-Hope,”
~ Dr. Mustafa Mohammed Taher, Pakar Perunding Pembedahan dan Bariatrik ~

Jadi M-Hope dilancarkan dan merupakan sebuah projek kebajikan yang menawarkan peluang kedua kepada individu obes dan tidak berkemampuan untuk menjalani pembedahan bariatrik. M-Hope adalah inisiatif yang diilhamkan oleh Dr. Mustafa Mohammed Taher sendiri. Usaha murni ini akan membiayai kos rawatan pembedahan bariatrik kepada individu obes yang kurang bernasib baik secara PERCUMA.

Pelancaran M-HOPE : Dana Kos Rawatan 12 Pesakit Pembedahan Bariatrik Secara Percuma

M-Hope diterajui oleh Dr Mustafa dengan kerjasama Persatuan Sukan, Rekreasi, & Kesihatan Kuala Lumpur (SURE Sihat) dan Cengild GI Medical Centre (CGI) dengan sumbangan awal sebanyak RM348,000 yang akan menanggung seramai 12 orang pesakit yang betul-betul layak. Jadi jika ada di antara korang yang memerlukan pembedahan Bariatrik atau mempunyai kenalan yang betul-betul memerlukan pembedahan tetapi tak berkemampuan boleh la berhubung dengan M-HOPE.

Pelancaran M-HOPE : Dana Kos Rawatan 12 Pesakit Pembedahan Bariatrik Secara Percuma

Pelancaran M-HOPE : Dana Kos Rawatan 12 Pesakit Pembedahan Bariatrik Secara Percuma

Dan bagi mereka yang ada masalah obesiti, jangan risau. Pembedahan bariatrik adalah prosedur terbaik dan selamat. Semasa Majlis Pelancaran M-HOPE berlangsung, sis rasa bertuah dapat mendengar sendiri pengalaman penyanyi hebat tanah air, Datuk Aishah dan Ustazah Asni Abu Mansor yang turut menjalankan rawatan bariatrik sebelum ini. Rawatan moden ini dilihat sebagai peluang kedua, sekali gus memberi nafas baharu kepada pesakit untuk hidup lebih sihat dan cergas selepas menjalani pembedahan. InshaAllah.

Untuk maklumat lanjut mengenai M-Hope, sila hubungi
Puan Rafeah Ariffin
016-2330678


Post a Comment

0 Comments