Buffet Ramadan 2022 : Lugar De La Boda, Puchong

Buffet Ramadan 2022 : Lugar De La Boda, Puchong | Assalamualaikum semua... Kalau ditanya mana tempat favourite sis berbuka puasa, salah satunya adalah di Lugar De La Boda yang terletak di Puchong. Sejak diperkenalkan pada tahun 2019, memang sis tertunggu-tunggu untuk datang berbuka puasa di sini sebab ada menu special yang sis suka dan tak ada di tempat lain. Nak tau menu apa? meh sis kongsikan.

Buffet Ramadan 2022 : Lugar De La Boda, Puchong

Bagi yang belum familiar dengan tempat ni, Lugar De La Boda diuruskan oleh Hanana Group Sdn. Bhd. Sebenarnya mereka ni menguruskan pakej lengkap untuk majlis perkahwinan tapi bila bulan puasa mereka menyediakan buffet ramadan untuk warga selangor dan Kuala Lumpur khususnya yang duduk di Puchong. So, kalau korang mencari-cari lokasi untuk berbuka puasa bersama kesayangan boleh la datang ke sini.

Buffet Ramadan 2022 : Lugar De La Boda, Puchong

Buffet Ramadan 2022 : Lugar De La Boda, Puchong

Kali ini Lugar De La Boda, Puchong mengadakan buffet ramadhan dengan bertemakan "Iftar Ramadhan". Dikategorikan sebagai Buffet Ramadhan Selangor 2022, Lugar De La Boda menyediakan lebih dari 60 jenis hidangan dan 11 stall di mana ia disajikan di dalam dan juga luar dewan. Kesemua hidangan yang disediakan lengkap dari pembuka selera sehingga pencuci mulut, pasti memikat selera tau.

Buffet Ramadan 2022 : Lugar De La Boda, Puchong

Ha, mesti korang nak tau menu apa yang sis suka sangat tu. Ye, sis paling suka Kambing Grill Hanana dan Blackpepper Sauce. Memang kalau datang sini wajib cuba tau. Kalau tak, mau kempunan setahun. hahaha.. gichuu. Selain dari tu, ada banyak lagi menu utama lain yang korang kena cuba seperti Ayam Masak Merah, Ayam Goreng Berempah, Daging Gulai Kawah, Ikan Goreng Cili Padi, Kupang Goreng Pedas, Sambal Sotong, Sambal Paru dan banyak lagi.

Buffet Ramadan 2022 : Lugar De La Boda, Puchong

Buffet Ramadan 2022 : Lugar De La Boda, Puchong

Di bahagian luar dewan pula terdapat 11 stall makanan dan 'Live Cooking' yang boleh korang cuba iaitu Kambing Grill Hanana dan Blackpepper Sauce (yang sis mention kat atas), Roti John Adik Manis, Char Kuew Tiaw Abang Tanjung, Dim Sum Cheng Ho, Tepanyaki Tokyo, Noodle Station, Air Balang Pasar Malam, ABC Mountain, Fried Corner, Ais Krim Corner dan Soup Of The Day.

Buffet Ramadan 2022 : Lugar De La Boda, Puchong

Buffet Ramadan 2022 : Lugar De La Boda, Puchong

Buffet Ramadan 2022 : Lugar De La Boda, Puchong

Buffet Ramadan 2022 : Lugar De La Boda, Puchong

Buffet Ramadan 2022 : Lugar De La Boda, Puchong

Buffet Ramadan 2022 : Lugar De La Boda, Puchong

Buffet Ramadan 2022 : Lugar De La Boda, Puchong

Uish, menarik kan menu-menu yang ada kat sini. Tapi tidak lengkap kalau berbuka tanpa pencuci mulut. Di meja bufet, terdapat banyak pencuci mulut seperti Bubur Of The Day, Buah-Buahan Tempatan, Kuih-Muih Melayu, Kek, Dadih dan beberapa hidangan lain.

Buffet Ramadan 2022 : Lugar De La Boda, Puchong

Buffet Ramadan 2022 : Lugar De La Boda, Puchong

Overall sis puas hati dengan makanan yang disajikan di sini. Bagi korang yang berminat untuk bawa kesayangan berbuka puasa kat sini, Bufet Ramadan 2022 di Lugar De La Boda, Puchong bermula sepanjang bulan Ramadan 2022 bermula dari 7 April 2022 hingga 30 April 2022. Harga Bufet Ramadhan Lugar De La Boda @ Puchong adalah seperti berikut :

Dewasa (Seorang) - RM69
Kanak-Kanak (6-12 Tahun) - RM35
Warga Emas (60 Tahun Ke Atas) - RM35
1 Meja (Maksimum 8 Pax) - RM520

Untuk tempahan, sila hubungi :
016-3111074 - ZURAINI
016-4318434 - LIANA
016-6700473 - SHAIDATUL
016-6700752 - HANIS
016-6700457 - FARAH
016-6700471 - AIDA

Alamat Lugar De La Boda, Puchong
Persiaran Prima Utama, Taman Puchong,
Lot 65083, Persiaran Tasik Prima 4,
Lake Vista, 47100 Puchong,
Selangor.

#buffetramadhan2022 #buffetramadhanselangor #iftarramadhan #buffetramadhansedap #buffetramadhanhanana #buffetramadhanpuchong #buffetramadhanputrajaya



Post a Comment

2 Comments

  1. mengidam dengan kambing grill dia

    ReplyDelete
    Replies
    1. yang tu first dituju. memang tak sama dgn tempat lain kan

      Delete