Buka Puasa Di Kafe Sarawak Johor, Kuala Lumpur

Buka Puasa Di Kafe Sarawak Johor, Kuala Lumpur | Assalamualaikum semua.. Sebagai anak perantau, pastinya sis merindui masakan tradisi tempat kelahiran sis. Korang macam mana pulak? Mesti sama macam sis kan. Tambahan pula mereka yang lahir jauh dari Kuala Lumpur, lagi la susah nak nak balik semata-mata nak menikmati hidangan istimewa tempat masing-masing.

Buka Puasa Di Kafe Sarawak Johor, Kuala Lumpur

Berita baik buat semua pembaca blog sis yang merindui masakan dari Sarawak dan Johor boleh la datang berbuka puasa di Kafe Sarawak Johor yang terletak betul-betul tepi sungai bersebelahan dengan PWTC Kuala Lumpur. Nak mudah, waze je D'Sungai Cafe dan ia terletak betul-betul opposite Bistari Kondominium. Sis dapat tahu ni cawangan kedua mereka di mana cawangan pertama Kafe Sarawak Johor terletak di Damansara Perdana.

Buka Puasa Di Kafe Sarawak Johor, Kuala Lumpur

Kalau sebut je makanan Sarawak terus teringat Mee Kolok, Laksa Sarawak dan Kuih Penyaram. Secara jujurnya sis baru beberapa kali sahaja makan menu-menu ni sebab jarang jumpa kat KL ni. Tapi sekarang dah tau dah mana nak pi makan kalau teringin makanan istimewa dari Sarawak ni.

Buka Puasa Di Kafe Sarawak Johor, Kuala Lumpur

Buka Puasa Di Kafe Sarawak Johor, Kuala Lumpur

Buka Puasa Di Kafe Sarawak Johor, Kuala Lumpur

Buka Puasa Di Kafe Sarawak Johor, Kuala Lumpur

Manakala makanan Johor pula ada Soto, Lontong dan Asam Pedas Ayam. Sis paling suka soto sebab rasa sup dia cukup rempah dan sedap. Selain dari menu-menu di atas, ada juga menu seperti Ikan Cencaru Sambal Terutuk, Roti Jala, Dalca, Sup Tulang, Sate, Bubur Of The Day, dan kuih muih.

Buka Puasa Di Kafe Sarawak Johor, Kuala Lumpur

Buka Puasa Di Kafe Sarawak Johor, Kuala Lumpur

Buka Puasa Di Kafe Sarawak Johor, Kuala Lumpur

Buka Puasa Di Kafe Sarawak Johor, Kuala Lumpur

Buka Puasa Di Kafe Sarawak Johor, Kuala Lumpur

Buka Puasa Di Kafe Sarawak Johor, Kuala Lumpur

Buka Puasa Di Kafe Sarawak Johor, Kuala Lumpur

Buka Puasa Di Kafe Sarawak Johor, Kuala Lumpur

Kafe Sarawak Johor ni menawarkan buffet sepanjang bulan ramadan bermula 9 April hingga 2 Mei 2022. Masa adalah dari pukul 6.30 petang hingga 9.30 malam. Harga bagi buffet ramadan di Kafe Sarawak Johor ni adalah :
Dewasa = RM48.90
Kanak-kanak (bawah 6 tahun) = 50% diskaun
10 pax = RM450

Untuk maklumat lanjut dan tempahan mengenai Bufet Ramadhan Di Kafe Sarawak Johor, Kuala Lumpur, sila hubungi :
Tel : 01154102298
Instagram : @kafesarawak_dp

Alamat Kafe Sarawak Johor (D'Sungai Cafe) :
Jalan 1/64D Off Jalan Putra,
50350 Kuala Lumpur, Malaysia


Post a Comment

0 Comments