Plant Origins Balik Kampung Raya Gift Box

Plant Origins Balik Kampung Raya Gift Box | Assalamualaikum semua.. Balik kampung.. oo, balik kampung.. Aish, excitednya raya tahun ni sebab dapat balik ke kampung beraya bersama dengan keluarga dan sanak saudara.  Maklum la dah 2 tahun beraya di perantauan. So, tahun ni kemeriahan Aidilfitri  sangat dirasai. Sis pasti ramai yang dah merancang nak balik ke kampung halaman masing-masing. 


Dah bersedia ke nak mengharung perjalanan jauh dan juga kesesakan lalu lintas? Rasanya mesti jem giler tahun ni. Berdasarkan pengalaman sis balik kampung dulu memang macam tu la. Bayangkan biasanya balik ke Perak cuma 3 jam boleh jadi sampai 8 jam. Boleh stress la dibuatnya. Aha, apa kata tahun ini kepulangan kita ditemani dengan produk dari Plant Origins dan Signature Market. Sis dah dapatkan satu set Plant Origins Balik Kampung Raya Gift Box sebagai persediaan untuk balik ke kampung nanti. yayy..


Dalam Plant Origins Balik Kampung Raya Gift Box ni ada :
 Plant Origins Aromatherapy Portable Diffuser (70ml)
 Plant Origins Diffuser Bag (1 unit)
 Plant Origins Personal Care Travel Kit (5 units)
 Plant Origins Blood Orange Essential Oil (10ml)
 Raya Greeting Card



Plant Origins Aromatherapy Portable Diffuser (70ml)


Comel kan saiz Difuser ni memang sesuai diletakkan di dalam kereta. Direka khas untuk mudah alih dengan reka bentuk silindernya yang padat dan minimalis, diffuser inimudah untuk diletakkan di bahagian letak cawan ni. Bila dipasang, zarah pengatoman membantu meneutralkan habuk, kuman dan zarah udara kotor lain di udara dalam kereta menjadikan kita berasa selesa sepanjang perjalanan. 


Walaupun saiznya kecil tapi diffuser ni boleh menghasilkan kabus sehingga 3 jam bila diisi air penuh. Malah jika diletakkan essential oil, aroma dalam kenderaan kita juga akan bertambah harum. Dah takde la bau hapak. Nak guna pun senang je, hanya perlu cucuk pada USB port (kabel USB disediakan). Oh ya, diffuser ni siap ada lampu bertukar-tukar warna tau. Cantik terutama waktu malam.


Plant Origins Diffuser Bag (1 unit)


Dalam set ni juga ada Plant Origins Diffuser bag. Sis suka design beg ni yang mudah untuk bawa diffuser sis ke mana-mana sahaja. Siap ada pemegang dan juga tempat untuk letak essential oils tau. Ha, takde la pecah botol essential oils sis. Diperbuat dari Polyurethane Leather, beg ni juga tahan lasak dan kalis air. So, tak perlu risau kalau hujan ke apa, air takkan merosakkan diffuser kita. Dari segi warna, memang nampak elegan sebab warna kulit coklat cair gitu. Jahitan pun kemas dengan zip yang berwarna keemasan. Pendek kata memang lawa la.




Plant Origins Blood Orange Essential Oil (10ml)


Diffuser dah ada, takkan tak ada essential oil kan. Yes dalam set ni harus la ada iaitu Plant Origins Blood Orange Essential Oil. Selalu dengar buah oren je kan tapi yang ni jenis oren merah yang mempunyai bau yang lebih kuat dari oren biasa. Essential oil ni bagus untuk merehatkan minda, menaikkan mood, membantu menangkis serangga yang menjengkelkan dan meneutralkan bau yang tidak menyenangkan. Memang sesuai la dipasang di dalam kereta.



Plant Origins Personal Care Travel Kit (5 units)


Nak balik kampung ni memang wajib bawa Plant Origins Personal Care ye. Memang best giler guna Plant Origins Personal Care ni. Dia punya aroma memang menyegarkan. Serius boleh fefeling macam kat spa. So, dalam Plant Origins Balik Kampung Raya Gift Box ada Plant Origins Personal Care Travel Kit yang mudah dibawa ke mana-mana. Dalam travel kit ni ada :

Plant Origins Hair Shampoo (30ml)
 Plant Origins Conditioning Hair Mask (30ml)
 Plant Origins Body Wash (30ml)
 Plant Origins Hand Soap (30ml)
 

Set Personal Care Travel Kit ni dihasilkan dari 100% bahan semulajadi, tiada paraben, tiada alkohol, tiada kandungan dari binatang dan tidak menggunakan wangian sintetik dan sesuai untuk semua jenis kulit. Siap ada waterproof pouch tau.


Raya Greeting Card


Jujur sis cakap memang nice giler Plant Origins Balik Kampung Raya Gift Box. Sis dapatkan untuk diri sendiri pun dah terasa best, apatah lagi kalau dijadikan hadiah. Memang highly recommended la kalau uols nak bagi kesayangan di hari raya nanti. Siap ada Raya Greeting Card tau. Mesti si penerima akan rasa terharu dan disayangi. 


Yayy, tak sabar nak balik kampung raya tahun ni sebab lebih bermakna bersama Plant Origins Balik Kampung Raya Gift Box ni. Nanti boleh la pasang di kampung juga. Biar wangi segenap ruang, baru la tetamu datang akan rasa selesa kan.


So, kalau nak peneman balik kampung atau mencari hadiah untuk orang tersayang sis sarankan korang dapatkan Plant Origins Balik Kampung Raya Gift Box ni. Sekarang ada promosi di mana ada Aromatherapy set collection not more than RM100 tau. Kat mana nak tengok? Ha, boleh klik link di bawah :



Balik Kampung Raya Gift Box - https://bit.ly/pobalikkampung
Plant Origins Raya Bundle - https://bit.ly/porayabundles



Post a Comment

0 Comments