Tahniah Akademi Diyana Atas Majlis Konvokesyen Dan Ulang Tahun Ke-15

Tahniah Akademi Diyana Atas Majlis Konvokesyen Dan Ulang Tahun Ke-15 | Assalamualaikum semua.. Bila sebut pasal cantik sis pasti semua orang nak kelihatan cantik terutama wanita kan. Tapi jika ingin jadikan bidang kecantikan sebagai kerjaya, perlu lah mendapat latihan serta meningkatkan kemahiran supaya dapat memberikan servis yang terbaik buat pelanggan. Salah satu tempat di mana kita boleh dapat mempelajari kemahiran dalam kecantikan adalah di Akademi Diyana (AD).


Pada Sabtu lepas sis berpeluang menghadiri Majlis Konvokesyen dan juga Sambutan Ulang Tahun ke-15 Akademi Diyana yang bertempat di Crystal Hall, Bukit Jelutong, Shah Alam. Seronok dan sis tumpang bangga melihat ramai para wanita tersenyum kegembiraan apabila berjaya menamatkan program latihan mereka di Akademi Diyana. Masing-masing kelihatan cantik siap dengan jubah konvokesyen ye. Majlis gilang gemilang ini turut dihadiri oleh Yang Berhormat Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati Samsudin, Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi.


Mungkin masih ramai yang belum mengetahui mengenai Akademi Diyana ni kan. Ditubuhkan pada tahun 2000, Akademi Diyana merupakan sebuah akademi kecantikan berdaftar dengan akreditasi Pusat Latihan Kemahiran Kecantikan Malaysia daripada Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) di bawah Kementerian Sumber Manusia. Setakat ini AD telah berjaya melatih dan meningkatkan kemahiran ramai pelajar yang mempunyai banyak potensi dalam industri kecantikan. Ramai yang telah layak mendapat Siil Kemahiran Malaysia (SKM).


Diasaskan oleh Puan Sofia Abbas dan diterajui oleh Puan Dyana Sofia selaku Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Akademi Diyana berupaya untuk meningkatkan lagi ekonomi masyarakat dan negara bagi mengatasi kekurangan kakitangan kecantikan terlatih dalam pelbagai industri. Ini terbukti apabila AD telah berjaya mengembangkan kepakaran mereka secara global ke Indonesia, Singapura dan Brunei dalam usaha untuk menjadikan AD satu kejayaan yang luar biasa.

Biodata Puan Dyana Sofia
Puan Dyana Sofia mempunyai Sijil Pakar Solekan Airbrush Profesional dari Temptu New York, Jurulatih Profesional Solekan Airbrush & Artis Solek Kanan Tahap 3, dan Kesan Khas, Sijil Kejurulatihan Industri (SLDN ) & Pemegang Sijil Artis Solekan Kemahiran Malaysia Tahap 2 & Tahap 3, Sijil Kejurulatihan Industri (SLDN). Pemegang sijil. Artis Solekan Kemahiran Malaysia Tahap 2 & Tahap 3 & Jurulatih Bertauliah daripada Human Resources Development Fund (HRD Corp), juga bertanggungjawab melatih Program HRD Corp. Beliau juga mempunyai Pegawai Latihan Vokasional Pegawai Latihan Vokasional (VTO) membangunkan Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (NOSS), Kurikulum dan bahan latihan, mengajar atau melatih pelajar untuk tujuan pekerjaan dalam satu atau lebih mata pelajaran seperti pendidikan dan latihan kemahiran kecantikan.


MISI AKADEMI DIYANA
1) Mewujudkan lebih ramai usahawan, terutamanya sebagai jurusolek, estetika, pendandan rambut profesional., pemilik spa dan jurusolek profesional dengan sijil untuk bekerja dalam bidang yang betul.
2) Mendidik dan melatih generasi akan datang sebagai pakar dalam pelbagai industri
3) Menawarkan platform bagi semua kemahiran yang diperlukan untuk melengkapkan pelajar dengan kepakaran yang menjadikan mereka gelaran Artis Solek Profesional, Juru Urut dan Penggaya Rambut
4) Berikan mereka asas yang kukuh untuk membolehkan mereka berkembang maju dan makmur dalam mana-mana jawatan yang mereka patut pilih untuk terlibat sebagai pakar kecantikan
5) Kurniakan pelajar dengan profesionalisme, perniagaan dan etika pengurusan dalam industri Kecantikan
6) Tetapkan graduan pada laluan mereka untuk berjaya kerana mereka menamatkan kursus mereka dengan mengetahui dengan baik bahawa mereka sangat diminati
7) Pastikan pelajar mencapai potensi tertinggi mereka dan memaksimumkan penggunaan apa yang dipelajari

VISI AKADEMI DIYANA
Untuk menubuhkan Kolej Kecantikan di mana setiap pelajar akan dinaik taraf untuk menerima sijil yang setara dengan kedudukan Sijil Profesional, Diploma, ljazah dan Sarjana dalam Pengurusan Kecantikan & Keusahawanan. Setiap pelajar berpeluang menjadi pakar yang mahir di peringkat tempatan dan global. Setiap tenaga pengajar juga diberi peluang untuk membuka cawangan di bawah seliaan ibu pejabat.

OBJEKTIF AKADEMI DIYANA
1) Berikan kemahiran terbaik dengan bayaran yang berpatutan
2) Pilih pelajar dengan kurikulum terbaik yang memenuhi skop semasa keperluan industri
3) Membentuk pelajar menjadi yang terbaik dalam potensi mereka mengikut kemampuan terbaik mereka
4) Bagi mereka yang tidak cenderung dari segi akademik, bentuk mereka menjadi pakar yang mahir dengan keusahawanan untuk membolehkan mereka menubuhkan perniagaan kecantikan sendiri
5) Berusaha untuk berkembang lebih jauh untuk dinaik taraf menjadi Kolej/Universifi Kecantikan bertaraf global untuk dapat menawarkan pakar kecantikan terbaik dalam semua kategori dalam semua industri, termasuk dalam bidang akademik
6) Menjadi akademi kecantikan berasaskan Bumiputera yang paling kompetitif dalam industri kecantikan yang sentiasa berubah dalam kehendak, keperluan dan dinamiknya


Bagus kan Akademi Diyana ni. Secara jujurnya sebelum ni sis ada juga mendengar mengenai AD tapi tak berapa tahu sangat mengenai program kemahiran yang disediakan disini. Pada hari ini barulah sis lebih jelas dengan AD dalam menaik taraf seseorang individu dalam bidang Kemahiran Kecantikan supaya mengikut standard pembelajaran dan juga memenuhi peluang pekerjaan mengikut permintaan industri serta mendapat Pengikrafan Kementerian Malaysia & Antarabangsa.


Apa yang menarik, graduan dari Akademi Diyana ni terdiri dari pelbagai kaum, malah ada juga dari golongan istimewa. Ye, AD membuka peluang belajar kemahiran Kecantikkan, Aestetik dan Dandanan Rambut kepada remaja yang berumur 16 fahun ke atas. Di sini juga ada menerima pelajar seawal 12 tahun dari pelbagai golongan seperti anak kurang upaya (OKU). ADHD serta Remaja bermasalah dalam pelajaran akademik. Di AD semua orang mempunyai peluang yang sama untuk berjaya termasuk golongan anak istimewa ini jug dapat belajar bidang kecantikan supaya mereka tidak disisihkan dan boleh berdikari.


Selain itu, Akademi Diyana sedang bekerjasama dengan SME CORP, HRD CORP, JPK dan PERKESO bagi membuka peluang kepada Usahawan baru, peniaga yang terdiri dari golongan B40/M40, ibu tunggal. asnaf dan juga belia yang tiada pekerjaan atau dibuang kerja semasa pendemik Covid 19 berumur 18 tahun ke atas untuk menjalani latihan kemahiran jangka pendek bagi membantu golongan ini untuk menjana pendapatan sendiri. Akademi Diyana akan melatih mereka dari segi kemahiran, permulaan perniagaan dan juga cara pemasaran produk/perkhidmatan. Mereka mensasarkan pembelajaran jangka pendek seluruh negeri bagi memberi peluang kepada semua golongan ini tidak kira jauh atau mahupun dekat untuk dapat turut serta mencebun peluang yang dibuka.

Seterusnya mereka akan membuka peluang kepada peniaga dan usahawan baru untuk menyertai bengkel pengurusan kewangan, pengisian sistem fail, akaun serta pengisytiharan cukai Lembaga Hasil Dalam Negeri. Ini kerana ramai usahawan baru dan peniaga tidak terdedah dengan kepentingan pengurusan pendapatan kewangan syarikat mereka.


Bagi golongan belia lepasan sekolah, kolej dan universiti, Akademi Diyana juga ada menyediakan bengkel persiapan kendiri untuk menghadapi temuduga pekerjaan. Ramai anak muda sekarang tidak terbuka dengan nilai etika temuduga kerja, oleh itu kami ingin membantu golongan ini untuk bersedia dari segi fizikal dan mental untuk menghadapi sessi temuduga dengan yakin dan beretika. Ramai pelajar lepasan siswazah kurang keyakinan diri dan masih menganggur kerana gagal dalam temuduga kerja. Dalam bengkel ini Akademi Diyana akan mengajar mereka cara berpakaian serta solekan yang betul dan sesuai semasa temuduga, persiapan sebelum temuduga, adab tertib dan bahasa badan, cara bertutur juga latihan menjawab soalan dalam sessi temuduga.


Sesuai dengan tagline Akademi Diyana "Explore Your Career, Learn From The EXPERT!, ini adalah salah satu inisiatif pihak AD untuk melihat wanita belia bangkit "Bekerjaya Cantik Bergaya". So, kalau ada di antara pembaca blog sis ni yang berminat untuk meningkatkan kemahiran seterusnya ingin menjadikan bidang kacantikan sebagai kerjaya boleh la menyertai bidang kemahiran kecantikkan, kursus jangka pendek, bengkel-bengkel anjuran Akademi Diyana dengan menghubungi 017-3309063 / 012-3009037


Akhir kata tahniah diucapkan kepada Akademi Diyana atas Majlis Konvokesyen Dan Ulang Tahun Ke-15. Semoga terus dapat melahirkan lebih ramai graduan dalam bidang kecantikan di masa akan datang. Mana tau lepas ni akan ada juga graduan lelaki kan.



Post a Comment

0 Comments