Dinner Dan Lunch Di GBW Hotel Johor Bahru

Dinner Dan Lunch Di GBW Hotel Johor Bahru | Assalamualaikum semua.. Yuhuuu, dah baca ke pasal penginapan sis di GBW Hotel?? Kalau belum, pi baca dulu naaa sebab entri kali ni kesinambungan dari entri tu. Bukan apa, kalau semua sumbat dalam satu entri jadi panjang berjela pula. Lagipun entri kali ni sis nak fokus pada dinner dan lunch sahaja supaya mudah nak bagi korang tergoda dengan makanan. Lagipun banyak menu best nak share dengan korang tau. hehe



Super Value Western Set


Sebagai permulaan sis kongsikan untuk dinner dulu sebab masa kami sampai di GBW Hotel dah malam. So, ini adalah hidangan pertama yang kami makan kat sini. Kami bersantap (cewahh, macam raja plak..ekekeke) di Restoran D'Mezzanine dan memilih menu dari Super Value Western Set. Jumlah hidangan ada 5 tapi kami berempat je. Tapi takde masalah sebab kami semua tengah lapar ni. Maklum la jauh perjalanan nak sampai ke sini kan. So, ni hidangan untuk Super Value Western Set.

Panko Royale - RM39.00 nett per set
Main Course : Crispy Fried Panko Breaded Chicken
Appetizer : Prawn With Mango Salad
Soup : Crabmeat Chowder


Citrus Glaze - RM39.00 nett per set
Main Course : Grilled Marinated Chicken Breast With Citrus Glaze
Appetizer : Prawn With Mango Salad
Soup : Crabmeat Chowder


Ocean Net - RM49.00 nett per set
Main Course : Saba Teriyaki & Grilled Tiger Prawn Over Pasta
Appetizer : Mixed Fruit Cocktail
Soup : Crabmeat Chowder


Captain's Catch - RM49.00 nett per set
Main Course : Grilled Of Salmon Light Teriyaki Over Pasta Alfredo
Appetizer : Mixed Fruit Cocktail
Soup : Cream Of Wild Mushroom Soup 


Sherperd's Den - RM59.00 nett per set
Main Course : Grilled Pistachio Crusted Lamb
Appetizer : Mixed Fruit Cocktail
Soup : Cream Of Wild Mushroom Soup 


Ha, terliur tak tengok semua menu ni. Dah la sedap, portion dia besar pulak tu. Rasa macam tak padan dengan harga dia, berbaloi-baloi tau sebab harga tu adalah per set di mana setiap set didatangkan sekali dengan Appetizer dan juga Soup. Tak cukup dengan tu, bila dah abes makan kami dihidangkan pula dengan Cake Of The Day iaitu Oreo Cheesecake. 





Perghhh, best kan. Awat la GBW Hotel ni jauh. Kalau tak, mau sis datang selalu dinner kat sini.


Jom Lah Makan Buffet Lunch


Hari kedua menginap di GBW Hotel ni kami memilih untuk lunch di hotel sahaja sebab ada 'Jom Lah Makan Buffet Lunch'. Ha, nak tahu tak kenapa?? Sebab harga buffet ni murah tau. Pilihan menu pun banyak dan best-best. Ada menu tempatan dan antarabangsa. Lokasi masih di Restoran D'Mezzanine. Nah, ni antara menu yang sis sempat ambil gambar. 

Nasi Briyani

Udang masak tiga rasa

Kari ikan gulai kawah

Ayam kuzi

Ayam panggang percik

Kambing tomato

Dalca sayur

Assorted cake

Sis bukan nak tipu tapi menu-menu yang disediakan di sini sedap dan ada rasa tau. Tak pernah-pernah sis menambah tapi kat sini siap usung pinggan pi menambah nasi dengan muka tak malunya.. Ye, nasi briyani tu sedap tau. Dipadankan pula dengan Kambing Tomato, perghhhh memang mabeles la. Sedap giler Kambing Tomato tu. Lauk-lauk lain pun sedap juga tauuuu. Pendek kata makan kat sini jimat dan berbaloi.. Patut la ramai orang masa lunch tu. 


Jom Lah Makan Buffet Lunch
Harga : RM35.00 dewasa / RM25.00 Warga emas (60 tahun ke atas) & kanak-kanak (6-12 tahun)
Masa : 12.00pm hingga 2.00pm
Promosi sah : 1 Oct 2022 hingga 30 Nov 2022


Ok, ni la serba sedikit mengenai menu dinner dan lunch di Restoran D'Mezzanine, GBW Hotel yang dapat sis kongsikan untuk uols semua. Actually ada lagi promosi-promosi lain seperti Hi-tea, japanese food dan juga pakej sweetheart tapi yang tu uols kena try sendiri la ye. Untuk makluman mengenai promosi-promosi di GBW Hotel boleh layari www.gbwhotel.com.my




Post a Comment

0 Comments