Hidangan Cina Asli di Restoran Cina Tung Yuen Mardhiyyah Hotel & Suites

Hidangan Cina Asli di Restoran Cina Tung Yuen Mardhiyyah Hotel & Suites | Assalamualaikum semua.. Siapa sini penggemar masakan Cina?? Yeah, kita geng. Eh, sis ni semua pun suka kan. Hahahaha, asal tolak batu dengan kayu je. Tapi untuk penggemar makanan cina, meh sini sis nak kongsikan satu tempat yang best untuk menikmati hidangan Authentic Chinese Delights iaitu di Restoran Cina Tung Yuen Mardhiyyah Hotel & Suites.


Secara jujurnya sis pertama kali makan di sini tapi dek kerana keenakannya terus teringat-ingat sampai ke hari ini. Itulah pengalaman yang boleh pelanggan rasai apabila menjamu selera di Tung Yuen dengan set makan tengah hari yangdihidangkan secara hidangan individu. Terdapat lebih 6 hidangan yang boleh dinikmati dan disediakan secara eksklusif oleh Chef Patrick Ng.


Restoran Cina Tung Yuen adalah salah sebuah restoran yang menyajikan pelbagai makanan Szechuan dan Kantonis yang pasti memenuhi citarasa penggemarnya. Untuk set makan tengahari ini, pengunjung akan dihidangkan dengan tiga jenis pembuka selera iaitu Stir Fried Chicken with Bell Pepper dan Szechuan Sauce, Chilled Jelly Fish with Sesame Sauce and Ebiko dan Green Mixed Vegetables Salad.


Nikmati hidangan seterusnya dengan Double Boiled Chicken Soup with Black Garlic dan Top Shell Meat, Sweet dan Sour Fish with Pineapple dan Bell Peppers, Stir Fried Fresh Seasonal Vegetable with Garlic, Wok Fried Glass Noodle with Shredded Chicken and Bean Sprout, Chilled Sea Coconut with Peach Raisin dan Crispy Shanghai Pancake.






Manakala untuk set makan malam, pengunjung akan dihidangkan dengan Tung Yuen Trio Combination
seperti Wok Fried Sliced Top Shell with Bell Pepper dan Szechuan Chilli Paste, Chilled Japanese Octopus with Jelly Fish and Sesame Paste dan Steamed Crabmeat Stick Dumpling. Sementara itu, pengunjung boleh menikmati Braised Hot dan Sour Szechuan Soup with Prawn Meat dan Shredded Sea Cucumber, Sautéed Prawn, Fresh Scallop with Seasonal Vegetable dan Spicy Scallop Paste, Crispy Boneless Chicken with Honey Marmite Sauce dan Almond, Fried Rice with Assorted Seafood, Royal Chive, Egg dan Chicken Floss dan Chilled Mango Pudding topped with Vanilla Ice Cream.


Fuhh.. memang sedap makan di sini. Dah la sedap, tenang pula tu dengan environment restoran yang selesa. Para pelanggan mesti akan terpesona dengan hiasan dalaman Oriental yang menawan. Restoran Cina Tung Yuen ini terletak di Aras 1 sedia menerima kehadiran pelanggan. Set hidangan makan tengah hari ini boleh didapatkan pada harga RM 82.80 seorang pada setiap hari bermula jam 11.30 pagi hingga 2.30 petang. Set hidangan makan malam pula bermula jam 6.30 petang hingga 10.00 malam dengan harga RM 178.20 sahaja.


Untuk tempahan awal atau pertanyaan dan untuk 
mengetahui promosi-promosi terkini. sila hubungi :

Tel : 019-2616847. 
Layari laman web : www.mardhiyyahhotel.com 
Media Sosial (Facebook, Instagram, Twitter & Youtube) : @mardhiyyahhotel 















Post a Comment

0 Comments