Ceres Gold Rasmi Pembukaan 'Flagship Store' Dan Koleksi Ceres Seri Lebaran

Perasmian Pembukaan 'Flagship Store' Ceres Gold Dan Koleksi Ceres Seri Lebaran | Assalamualaikum semua.. Cakk, dah ready ke nak lip lap raya nanti?? Ye la, baju raya dah cantik kan. Mesti lagi stunning kalau dapat melaram dengan barang kemas yang baru.  Ha, apa kata korang jamu mata dengan Koleksi Ceres Seri Lebaran yang diperagakan sempena perasmian pembukaan 'Flagship Store' Ceres Gold di Persiaran Hampshire, Kuala Lumpur.


Orang perempuan ni pantang weii kalau tengok barang kemas. Auto mata jadi cerah je. Tambah-tambah pula kalau ada orang yang tolong bayarkan.. Lagi la happy kannnn.. hehe.. Sebenarnya, untung weii kalau beli emas ni sebab ia bukan sekadar dipakai sebagai barang kemas tetapi juga dijadikan sebagai pelaburan. Emas adalah satu aset yang terbukti menguntungkan kepada pembeli dan peminatnya. Tuntasnya, pelaburan untuk barangan emas patut diteruskan. Lebih-lebih lagi emas adalah pelindung nilai terhadap inflasi.


Kalau korang perasan, lepas musim pandemik ni harga emas menunjukkan trend peningkatan sekaligus memberi keyakinan kepada pelaburan barangan emas. Pembelian emas digalakkan terutamanya jika ia bertujuan sebagai pelaburan jangka panjang. Malaysia adalah negara yang terbaik untuk membeli barangan kemas kerana tiada sebarang cukai terhadap barang kemas berbanding dengan negara lain.



So kalau ada duit lebih tu, better beli barang kemas tau dan jangan lupa beli di Ceres Gold. Ceres Gold merupakan syarikat bersama jeweller tersohor Ceres Jewels yang mempunyai rangkaian koleksi barang kemas kegilaan kerabat diraja, para VIP dan selebriti negara. Kelebihan pada pembeli Ceres Gold ialah :

✔ Dapat membeli emas 916 reka cipta serta rekabentuk Itali yang sangat ekslusif serta unik.
✔ Rekaan ini semuanya terhad 'limited edition'.
✔ Dengan pelancaran 'win 1 kg gold bar' contest pelanggan dapat mencuba nasib memenangi 1kg gold bar dengan pembelian setiap 6gm emas sehingga April 2024.
✔ Diskaun barang kemas yang sangat menarik.
✔ Makanan serta minuman ringan disajikan.
✔ Menikmati fasiliti one-stop-center barang kemas serta batu permata rekaan ekslusif.
✔ Tempat letak kereta yang percuma & mencukupi.
✔ Ruang pameran yang sangat eksklusif, luas dan selesa.


Sis sendiri berpeluang untuk melihat sendiri pelbagai jenis barang kemas yang ditawarkan di Ceres Gold. Sebut je nak apa, gelang? Subang? Rantai? Semua ada kat sini. Macam yang sis tulis kat atas rekaan barang kemas di Ceres Gold adalah Limited Edition di mana ia direka khas dari Italy. So, memang ekslusif tau.





Selain tu, Ceres Gold juga telah bekerjasama dengan jenama pakaian terkenal Thalia dan Bon Zainal bagi menghasilkan kolaborasi Koleksi Seri Lebaran khas untuk raya tahun ini. Satu pertunjukan fesyen telah diadakan sempena perasmian pembukaan 'Flagship Store' Ceres Gold untuk memperagakan koleksi lebaran mereka bersertakan barang kemas dari Ceres. Wow, teruja sis tengok tau.. blink blink gitu. 




So, kalau korang berkenan dengan koleksi Seri Lebaran dan juga barang kemas dari Ceres Gold boleh la start shopping sekarang. Boleh layari social media Ceres Gold, Thalia dan Bon Zainal untuk info lanjut.



Post a Comment

0 Comments