Jelajah SURIA Anggun Cotton Collection Bakal Temui Peminat Di Kuantan City Mall Sabtu Ini!

Jelajah SURIA Anggun Cotton Collection Bakal Temui Peminat Di Kuantan City Mall Sabtu Ini!! | Assalamualaikum semua.. Persembahan pembukaan Tari Jelapang daripada kumpulan tarian Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Kedah telah mencuri tumpuan lebih 8,000 pengunjung Jelajah Suria Anggun  Cotton Collection yang diadakan di Aman Central, Alor Setar Kedah baru-baru ini.


Persembahan dari barisan artis popular seperti Exists, Ruffedge, Kristal X, Aris Ariwatan, Aishah, Khai Bahar, Nabila Razali, Zulhadi, Syameer Azmi, Aqeesh Aleeya, Aiman Zaidi, Wani Annuar, Heedan Mohd dan Danial Kifli turut berjaya menghiburkan para pengunjung yang berada di lokasi. 



Pengurus Besar Suria FM, Roslinda Abdul Majid atau lebih mesra disapa DJ Lin bersyukur atas sambutan luar biasa daripada peminat, sekali gus mencatatkan jumlah paling ramai sejak penganjuran siri Jelajah Suria.

Malah jumlah tontonan di platform digital Suria iaitu di Youtube Suria TV, Facebook Suria FM dan Aplikasi Suria Malaysia berjaya mencatatkan lebih 150,000 tontonan sepanjang acara berlangsung.
 


“Terima kasih kepada semua peminat Suria FM di utara yang hadir memeriahkan konsert Jelajah Suria yang berlangsung pada Ahad lalu. Buat warga Kuantan, semua dijemput hadir kerana banyak kejutan yang menanti anda di Jelajah Suria Anggun Cotton Collection pada Sabtu ini”, tambah DJ Lin. 

Jelajah Suria Anggun Cotton Collection bakal gegarkan Kuantan City Mall, Pahang pada 25 februari (Sabtu) ini dengan membariskan lebih 10 artis popular tanah air seperti Floor 88, Ernie Zakri, Syamel, Ramlah Ram, Zulhadi, Syameer Azmi, Afieq Shazwan,Haqiem Rusli, Amir Masdi, Azan Scan, Amad Fadlin, Talissya, Heedan Mohd, Rief Danial dan ramai lagi! 


Lebih menarik lagi, pengunjung juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah seperti motorsikal Modenas MR 3 dengan hanya membeli barangan eksklusif Suria minima pembelian sebanyak RM 100 yang dijual di booth Kedai Suria sepanjang konsert berlangsung, juga menangi wang tunai lebih RM 10,000 menerusi aktiviti pentas bersama Anggun Cotton Collection dan AC Gas. 



Maklumat lanjut, layari laman web Suria jelajah.suria.my atau ikuti media sosial Suria Malaysia: Instagram: suriamalaysia l Facebook: @SuriaMalaysia l TikTok: @suriamalaysia l Youtube: SuriaTV l Twitter: @suria_malaysia

Gunakan #JelajahSuriaAnggunCottonCollection #suriamalaysia #segalanyahiburan #jelajahsuria2023 untuk sebarang interaksi berkaitan jelajah ini di laman sosial.



Post a Comment

0 Comments