Percutian 4 Hari 3 Malam Atas Kapal Persiaran Genting Dream by Resort World Cruises

Percutian 4 Hari 3 Malam Atas Kapal Persiaran Genting Dream by Resort World Cruises | Assalamualaikum semua.. Guyssss, betapa gembiranya hati sis bila dapat berita yang paling gembira. Ye, berita yang membuatkan sis tidur tak lena, mandi tak basah tau. Eh, ni bukan pasal angau bercinta tapi pasal mimpi jadi kenyataan. Ala, baca tajuk pun korang dah tau kann kann kannn.. Rasa macam tak percaya je tapi tu la dia, sis dah pun melaluinya dan sekarang sis nak share dengan korang pula pengalaman bercuti 4 Hari 3 Malam Di Atas Kapal Persiaran Genting Dream by Resort World Cruises. Mana la tahu satu hari nanti turn korang pulak kan, boleh la baca entri sis ni sebagai rujukan. hehe..


INFO Perjalanan 4 Hari 3 Malam Kapal Persiaran 
Genting Dream by Resort World Cruises
Pelabuhan Klang → Pulau Pinang → Singapura → Pelabuhan Klang
16 Januari 2023 sehingga 19 Januari 2023


Persediaan Sebelum Naik Kapal Persiaran Genting Dream


Macam biasa la bila dah lama tak pergi bercuti mesti kalut nak packing apa kan. Ok, kat sini sis nak bagitahu bercuti atas kapal ni lebih kurang je macam korang nak travel ke oversea cuma ada beberapa perkara yang korang kena Alert. Perkara yang paling penting adalah kena bawa passport. Ye, untuk naik kapal persiaran Genting Dream Wajib ada Passport ye dan pastikan passport korang masih valid. Untuk pakaian pula sila bawa pakaian secukupnya termasuk baju mandi kalau nak berendam dalam kolam renang, jacuzzi dan main gelongsor nanti. Oh ya, dilarang bawa iron termasuk travel iron atau sebarang peralatan elektrik. Disarankan bawa baju jenis ironless atau iron siap-siap dan letak dalam Garment Bag sebab kalau nak guna iron atas kapal kena bayar ye. Eh, rasanya part persediaan nak naik Genting Dream ni macam banyak je nak kena listkan. Nanti sis buat satu entri khas untuk memudahkan korang rujuk ok 👌



Port Klang Cruise Terminal


Pada hari kejadian, excited punya pasal pukul 5am sis dah bangun. Lepas subuh terus sis keluar rumah untuk ambil kawan-kawan sis. Kitorang perlu berada di Port Klang Cruise Terminal pada pukul 10am dan memandangkan hari kami pergi adalah Isnin maka better keluar awal untuk elak jammed. Sampai je di Port Klang Cruise Terminal, bagi penumpang kapal yang nak tinggalkan kereta perlu membayar RM20 per entri untuk parking. Jangan risau, parking kat situ selamat.



Check-In Kapal Persiaran Genting Dream 


Walaupun sampai awal dalam pukul 10am tapi sebenarnya kapal persiaran Genting Dream ni akan mula bergerak dalam pukul 4pm. Sebelum naik ke kapal persiaran, kami check-in dahulu beg kemudian kami diberi kad access dan perlu melalui kaunter Imigresen. Kad access tu perlu dipakai sepanjang masa di atas kapal ye kecuali bila dah ada dalam bilik la. Kalau keluar je dari bilik wajib bawak kad tu. Passport pula akan dipegang oleh pihak Genting Dream sepanjang perjalanan kecuali masa nak turun kapal nanti.




Bilik Balcony Deluxe Stateroom


Welcome to Genting Dream!!! Selesai je process urusan naik kapal, sis pun menuju ke bilik. Sampai je depan bilik rupanya beg kami dah sampai dulu. So, apa lagi terus la masuk ke bilik... Tadaaa, ni la rupa bilik sis. Macam biasa la roommate sis kali ni semestinya Kak Min. Bilik ni jenis Balcony Deluxe Stateroom yang terletak di Deck 8. Dalam bilik ni ada 2 katil single dan 1 Sofa Bed. Sis suka bilik ni sebab selesa dan agak luas juga. Paling best sebab ada cermin besar, Tak payah nak berebut untuk makeup.. hehe. Lagi satu tilam dia empuk ye. Memang lena la tidur sampai tak rasa pun kapal bergoyang. Oh ye, sape yang mabuk laut tu jangan risau. Sepanjang sis atas Genting Dream ni tak pernah lagi rasa bergoyang ke hape. Member sis yang jenis mabuk pun makan ubat masa sebelum naik kapal je. Lepas tu bila dah syok duduk atas kapal, lupa dah dia dengan ubat tu. hehe





Kemudahan Di Bilik Balcony Deluxe Stateroom


Dari segi kemudahan dalam bilik pula semuanya ada kecuali iron. Antaranya TV, Mini Fridge, Hair Dryer, telefon, kemudahan untuk bancuh air seperti kettle, cawan kopi, tea dan air mineral. Dalam almari pula ada peti simpanan keselamatan, bath robe, hanger, bantal dan selimut extra. Dalam bilik air pula ada tuala, sabun mandi, toiletries dan tisu. Bahagian shower ada air panas dan paling best shower dia unik tau sebab air boleh pancut di bahagian bawah juga. Ruang toilet dia pun besar. Cuma ada 1 je yang tak best, toilet dia takde paip. So, pepandai la ekk kalau nak guna toilet tu.. hehe..


Oh ya, untuk plug tak perlu bawa adaptor sebab ada port biasa dan ada juga port USB di kira dan kanan katil. Jadi tak perlu nak berebut dengan orang sebelah untuk cas telefon.



Balkoni Untuk Healing


Perkara paling best yang sis lakukan atas Genting Dream adalah dapat healing sambil tengok lautan. Tambahan pula bilik yang kami duduk ni ada balkoni siap ada 2 kerusi dan coffee table lagi. Bayangkan korang dapat duduk menghirup secawan kopi sambil disapa dengan hembusan angin laut yang mendamaikan. Ini lah port healing yang paling ohsemmm. Terbaikkk la.. 



Buffet Di Restoran The Lido


Seperti yang kita maklum kalau bercuti atas kapal ni maknanya memang kita banyak habiskan masa atas kapal je la. Mesti korang terfikir macam mana bab makan kan. Ye la, kalau kat daratan tu bila lapar boleh la keluar pi makan kan tapi ni kat tengah lautan kot. Ha, bila naik Genting Dream jangan risau sebab korang tak sempat lapar pun sebab ada disediakan makan sebanyak 5 kali sehari. Semua ni dah termasuk dalam pakej tau. So, korang boleh menikmati buffet untuk breakfast, lunch, minum petang, dinner dan supper di restoran The Lido. 

Tips : Make sure korang datang awal untuk elak beratur panjang dan jangan lupa access card sebab kena tap sebelum masuk. Nanti kita akan diberi no meja.


Makanan kat sini sedap-sedap dan Halal tau. Kat bawah ni sis share beberapa menu yang sempat ambil gambar. Selebihnya sis enjoy makan je sampai lupa la apa itu diet.. hehe. By the way setiap kali makan mesti dapat duduk tepi tingkap. Rezeki la dapat makan sambil menikmati view especially waktu petang sebab ditemani dengan sunset yang Subhanallah cantik weii. Memang pengalaman yang indah. Oh ya, bagi yang vegetarian ada juga section khas untuk mereka ye.







Makanan Di Restoran The Lido Adalah Halal


Bila sebut pasal Halal, mesti ramai yang concern kan. Jangan risau, Restoran The Lido mendapat pengiktirafan Halal dan sis bersama dengan rakan-rakan media berkesempatan untuk melawat bahagian dapur. Memang ada section khas dapur untuk penyediaan makanan halal dan peralatan utensil pun berasingan. Bukan tu je, siap ada lift khas untuk menghantar makanan halal. Untuk pengetahuan korang Genting Dream merupakan World's First Halal-Friendly Cruise Ship based on OIC/SMIIC Standard tau. So, jangan khuatir ye bab makan.





Aktiviti Di Atas Kapal Persiaran Genting Dream


Ada yang bertanya tak boring ke bercuti atas kapal ni? Dah la 4 hari 3 malam pulak tu. Eh, siapa kata boring malah sis rasa macam tak nak balik. Macam-macam aktiviti boleh buat sepanjang kat atas kapal ni tau. Eh, sebelum tu biar sis terangkan dulu walaupun percutian ni selama 4 hari 3 malam tapi sebenarnya hari ke-2 boleh turun di Pulau Pinang manakala hari ke-3 pula turun di Singapura. Jadi memang tak sempat nak boring la cerita dia bahkan bagi sis sangat-sangat berbaloi naik Genting Dream ni. Siap boleh JJCM di Penang dan Singapore.


Untuk mereka yang nak menghabiskan masa di atas kapal pula sebenarnya ada macam-macam kemudahan yang disediakan. Antaranya seperti :

1) Swimming Pool & Jacuzzi
2) Waterslide Park
3) Rope Course & Zipline
4) Crystal Life Spa
5) Crystal Life Fitness
6) Zodiac Theatre
7) Zouk Beach Club
8) Zouk Glow Bowling
9) Karaoke Room

Sebenarnya sis nak cerita lebih detail pasal aktiviti yang kami buat sepanjang atas Genting Dream ni tapi nanti berjela pulak entri ni. Rasanya macam kena buat Part 2 untuk cerita pasal aktiviti sahaja kan. Hope korang boleh stay tune untuk next entri.


So guys.. kalau korang impikan percutian yang lain dari biasa, ambil la peluang untuk merasai sendiri pengalaman bercuti dan berlayar bersama Kapal Persiaran Genting Dream by Resort World Cruises. Untuk harga Pakej Percutian Genting Dream kena rujuk di website sebab setiap pelayaran tak sama harga dia bergantung kepada pemilihan bilik, destinasi dan juga Special Ocassion. Contoh macam trip yang sis naik ni ada Konsert Ziana Zain jadi harga lain ye (part ni sis story dalam next entri). 

Untuk sebarang pertanyaan dan booking boleh melalui :
Website : www.rwcruises.com 
Call : 1800-81-4852

Kalau nak tanya apa-apa mengenai pengalaman sis, sila tinggalkan komen di bawah ye ✌




Post a Comment

8 Comments

  1. bestnye. masa ni kak comel pegi skli is it?

    ReplyDelete
  2. salam dikbee aunty ada plan nak pergi tapi nak tanya brapa kos dan including makan sekeli ker ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kos berubah-ubah mengikut pakej. tapi memang termasuk makan 5x sehari :)

      Delete
  3. hai nak tnya, diorang cek vaccine ke? kalau unvaccinated mcm mana ya? tq sgt tlg jawab

    ReplyDelete
  4. Hello, nak tanya, perlu ke check-in secara online sebelum boarding; dan memang boleh terus masuk bilik ke lepas check-in?

    Pukul berapa ya recommend until check-in?

    ReplyDelete
  5. Salam, boleh share mcm mana nak booking kapal ni?

    ReplyDelete