Program Nak Ubah Hidup 2023 : Hampir 6000 Peserta Termasuk Artis Dan Influencer Hadir Hari Pertama

Program Nak Ubah Hidup 2023 : Hampir 6000 Peserta Termasuk Artis Dan Influencer Hadir Hari Pertama | Assalamualaikum semua.. Melangkah masuk tahun baru ni pasti semangat semua orang berkobar-kobar kan. Masing-masing mesti akan pasang azam dan ingin jadikan tahun 2023 ni lebih baik dari tahun sebelum-sebelum ni. Betul tak? Sama juga seperti sis, setiap tahun akan pasang azam tapi kan azam sis tiap tahun sama je.. haha, aci tak?? Rasanya mesti korang pun boleh agak apa azam sis kan.


Choppp... sebenarnya entri kali ni sis bukan nak share pasal azam sis tapi sis nak share berkenaan dengan semangat rakyat Malaysia yang ingin mengubah hidup mereka pada tahun 2023. Sebenarnya sis berkesempatan untuk menghadiri Program Nak Ubah Hidup 2023 yang bertempat di Setia City Convention Centre pada 4hb Februari 2023 yang lalu. Untuk pengetahuan korang, ni merupakan pengalaman pertama sis hadir ke program seperti ini. Jujur sis cakap, punya la terkejut bila sis tengok ramai ye yang hadir. Kalau tak silap, hampir 6000 orang peserta pelbagai lapisan umur. Ni untuk hari pertama sahaja tau. 


Sebelum sis cerita lebih lanjut, meh sini sis bagitahu apa itu Program Nak Ubah Hidup 2023 (NUH2023). Program ini adalah anjuran jenama mentorship usahawan No. 1 negara, RichWorks International Sdn. Bhd. (RichWorks). Ahaaa... mesti korang pernah dengar mengenai RichWorks kan.

RichWorks International Sdn. Bhd. merupakan syarikat latihan dan bimbingan keusahawanan terbesar di Malaysia yang holistik terutama dalam bidang penjenamaan, pemasaran, kepimpinan dan kewangan. Sejak 2008, RichWorks telah melatih lebih dari 10,000 syarikat menerusi Master Coach Datuk Wira Dr. Azizan Osman dan menarik lebih daripada 1,500,000 peserta dalam lebih 1,500 acara dan seminar live dan dalam talian (virtual online). Ada banyak jenama-jenama besar yang mendapat bimbingan dari RichWorks seperti Sobella dan Hasnuri.


Program Nak Ubah Hidup 2023 berlangsung selama tiga hari merupakan inisiatif Mentor Usahawan, Datuk Wira Dr. Azizan Osman dalam membantu orang ramai terutama bangsa usahawan dalam dan luar negara pada permulaan tahun 2023. Ye, peserta yang hadir bukan sahaja terdiri dari rakyat Malaysia malah ada juga yang datang dari Indonesia dan juga Singapura tau. Masing-masing datang dengan penuh impian dan pengharapan untuk mengubah kehidupan mereka.

“Penganjuran program ini sangat signifikan kerana RichWorks mahu peserta-peserta sedar potensi diri ini meskipun cabaran di luar seperti kenaikan kos sara hidup yang kian meningkat. Cabaran ini semakin berganda akibat faktor luaran manakala faktor dalaman ekonomi membuatkan ramai orang terhimpit dengan pelbagai masalah,”
~ Radz Mohd, Ketua Pegawai Perniagaan RichWorks ~


Sebut pasal cabaran, mesti ramai lagi yang masih terkesan dengan pandemik dulu kan. Ye, walaupun fasa ni dah berlalu tapi proses nak bangkit semula tu yang susah sehingga ramai yang down dan putus asa. Justeru itu, pada mereka yang masih mempunyai azam dan semangat untuk bangkit semula maka penganjuran program sebegini membuatkan Dr. Azizan dan RichWorks beriltizam untuk berterusan memberi sokongan dan bantuan berdasarkan kemampuan yang dimiliki. Misi Dr. Azizan dan RichWorks adalah untuk memberi manfaat kepada orang ramai melalui ilmudan panduan yang telah terbukti membantu ramai orang sejak RichWorks ditubuhkan pada 2008.


Bagaimana program ini membantu mereka yang ingin bangkit semula?? RichWorks mempunyai sistem mentorship paling berstruktur sehingga berjaya melahirkan ribuan orang yang berjaya berubah bukan sahaja terhadap bisnes masing-masing malah terhadap kehidupan mereka. Peserta-peserta NUH2023 akan diberi reset fokus diri agar mereka lebih jelas terhadap potensi dan kemampuan diri. Mereka kemudian kenal pasti matlamat hidup dan halangan kejayaan seseorang dalam ubah hidup. RichWorks juga bersedia untuk bekerjasama dengan agensi-agensi kerajaan mahupun kerajaan negeri dalam usaha memperkasakan bangsa usahawan di seluruh negara pada 2023 yang dijangka lebih mencabar.


Terdahulu, RichWorks dipilih menjalin kerjasama dengan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dan Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah untuk menjalankan program latihan keusahawanan. RichWorks turut menjalin kerjasama dengan Kementerian Pariwisata dan Ekonomi Kreatif Indonesia dalam melatih dan membimbing bangsa usahawan dan bakal usahawan secara online mahupun program secara bersemuka.


Betul ke program Nak Ubah Hidup 2023 dapat membantu para peserta untuk bangkit semula?? Untuk pengetahuan korang program Nak Ubah Hidup 2023 merupakan kali ke-3. Kali pertama pada 2019 dan kali ke-2 pada tahun 2020. Setakat ini seramai 350 orang usahawan telah mencapai jualan RM1 juta. Kebanyakan usahawan adalah dari bidang Food & Beverage, kecantikan dan juga fesyen.






Apa yang sis lebih terkejut, para artis, selebriti dan influencer pun ada tau. Musykil juga sis bila tengok mereka yang dah famous malah dah kaya dan ada business sendiri pun masih menyertai program sebegini. Antara artis yang hadir adalah Tya Ariffin, Nana Mahazan dan Norman Hakim. Manakala untuk Influencer pula ada Tiktokers famous seperti CEO Batu, CEO Bieziy, CEO Burn dan juga Dr Samhan. Bagi mereka, dunia artis ni hanyalah sementara jadi perlu ada perubahan untuk meningkatkan taraf hidup di masa akan datang. Lagipun tak salah untuk menuntut ilmu kan dan sejak menyertai program ini dah banyak perubahan yang berlaku kepada mereka terutama dalam bidang perniagaan.


Bila mendengar perkongsian dari para artis ni membuatkan sis tersedar bahawa banyak benda yang sis terleka. Ternyata program Nak Ubah Hidup 2023 membuka mata sis untuk melakukan perubahan juga. Tahniah buat team RichWorks yang telah berjaya melahirkan ramai usahawan bergelar jutawan. Semoga program sebegini akan diteruskan bagi membantu ramai lagi usahawan yang ingin berjaya.




Post a Comment

0 Comments