HOORREY X FEST RAYA 72 Jam Tanpa Henti Menghimpunkan 100 Usahawan Dan Selebriti Popular

HOORREY X FEST RAYA 72 Jam Tanpa Henti Menghimpunkan 100 Usahawan Dan Selebriti Popular | Assalamualaikum semua.. Belum menyambut puasa, dah ramai yang mula membuat persediaan raya kan. Bukan apa, beli awal tak kalut. Tapi ada juga yang suka shopping last minit. Bukan sebab tak sempat tapi nakkan suasana raya dan biasanya time tu harga akan sale kaw kaw punya. Betul tak??


Ha, kalau korang nak shopping time dekat-dekat raya, apa kata datang ke Horrey X Fest Raya yang bakal dianjurkan bermula pada 19 April hingga 21 April 2023 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL). Memeriahkan lagi kerancakan festival membeli-belah sempena persediaan sambutan Syawal, buat julung kalinya Hoorrey X Fest Raya bakal dianjurkan dengan menyaksikan penglibatan seramai 100 artis popular tanah air.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Asia Global Entertainment (International) Sdn Bhd,  Datuk Mohammad Alif Hakim, festival tersebut juga telah mendapat kerjasama penuh dari Kelab Usahawan Selebriti Malaysia (KUSM) serta Artist Corner. Menariknya, jelas Mohammad Alif, festival ini juga akan menyaksikan cubaan penganjur untuk mengadakan sebuah acara membeli-belah terbesar dalam tempoh 72 jam tanpa henti.

“Matlamat kami menerusi Hoorrey X Fest Raya ini adalah memberi peluang kepada rakan-rakan artis tempatan termasuk mana-mana peniaga lain untuk sama-sama berniaga di tapak yang telah kami sediakan. Umum tahu, saban tahun pada bulan Ramadan, banyak festival seumpamanya dianjurkan. Namun kami percaya, Hoorrey X Fest Raya juga mampu menarik ramai pengunjung dan memberi pilihan buat mereka untuk membeli-belah pelbagai barangan terutama persiapan menjelang hari raya nanti. Sebab itu, kami buka ruang perniagaan dan pengalaman membeli- belah selama 72 jam tanpa henti buat pengunjung di festival ini yang mungkin mahu mencari keperluan raya di saat-saat akhir,"
Datuk Mohammad Alif Hakim, Ketua Pegawai Eksekutif Asia 
Global Entertainment (International) Sdn Bhd ~


Selain itu, ditanya mengenai sasaran menganjurkan festival yang akan berlangsung selama 72 jam tanpa henti, kata Mohammad Alif, pihaknya tidak berhasrat untuk bersaing dengan mana-mana pihak yang mungkin sebelum ini pernah menganjurkan festival seumpamanya.

“Tiada istilah mahu bersaing dengan mana-mana pihak. Kami cuma mahu memberi peluang kepada para usahawan termasuk artis dan selebriti untuk menjalankan perniagaan masing-masing tanpa had masa selama tiga hari ia diadakan. Malah, dari satu perspektif lain, Hoorrey X Fest Raya juga akan menjadi medan pilihan di mana pelanggan dan pengunjung dapat membeli-belah sakan sempena hari raya di samping berpeluang merasai pelbagai acara menarik yang disediakan di sini. Saya melihat festival ini sebagai satu peluang dan platform untuk semua orang berniaga bersama-sama kami di tapak dan kemudahan yang disediakan,"
Datuk Mohammad Alif Hakim, Ketua Pegawai Eksekutif Asia 
Global Entertainment (International) Sdn Bhd ~

Berkongsi lanjut, katanya Mohammad Alif lagi, dia juga gembira dengan sambutan daripada rakan-rakan artis dan selebriti yang mahu berganding bahu menjayakan festival ini. Antara rakan artis yang terlibat termasuk Lann A To Z, Wan Scoin, Jaafar Onn, Ayie Floor 88, Amer Forteen, Elyana, Aidil Aziz, Risteena, Izzue Islam, Rina Eva, Anne Abdullah, Farah Wahida, Car Farish, Ayu Damit, Soffi Jikan, Rahmat Mega, Sasha Aziz dan ramai lagi.


Dalam pada itu, Mohammad Alif berkata, sempena penganjuran Hoorrey X Fest Raya ini juga, pelbagai acara menarik turut akan diselitkan dan itu termasuk program Infaq Ramadan Hoorrey yang berbentuk jamuan berbuka puasa, moreh, sumbangan kelengkapan dan duit raya serta program sahur teramai di WTCKL.

“Ia juga menjadi antara acara yang paling ditunggu-tunggu kerana belum ada lagi program seumpamanya diadakan di tapak festival. Kami mahu semua orang hadir untuk bersama-sama merasai sendiri pengalaman bersahur beramai-ramai di WTCKL nanti. Ia juga akan menjadi satu daripada sasaran kami untuk tersenarai dalam Malaysia Book of Records (MBOR). Justeru, mana-mana syarikat, GLC, NGO, orang perseorangan yang ingin turut serta menyumbang amat kami alu-alukan,”
~ Datuk Mohammad Alif Hakim, Ketua Pegawai Eksekutif Asia 
Global Entertainment (International) Sdn Bhd ~


Sehubungan itu, Mohammad Alif menyeru dan membuka peluang buat semua usahawan dan peniaga yang berminat untuk bersama-sama menyertai dan memeriahkan lagi Hoorrey X Fest Raya yang turut menawarkan sewa tapak pada harga terendah iaitu RM1,500. Selain itu, Hoorrey X Fest Raya turut berbesar hati dan membuka peluang buat mana-mana pihak yang mahu menjadi penaja bersama festival ini.

Untuk sebarang maklumat lanjut, hubungi Boy (011-3573 3060), Zai (010-2620078) dan Shawn (011-5550 5017).



Post a Comment

0 Comments