Nikmati Ayam Kilau Menu Baru Di The Chicken Rice Shop (TCRS)

Nikmati Ayam Kilau Menu Baru Di The Chicken Rice Shop (TCRS) | Assalamualaikum semua.. Alhamdulillah hampir sebulan dah kita berpuasa kan. Mesti masing-masing dan turn ON mood raya dan dah busy buat persiapan raya kan. Sama la dengan sis, ke hulu ke hilir pusig dalam shopping mall nak cari baju raya sampai tak sedar dah tiba waktu berbuka puasa. Nasib ada The  Chicken Rice Shop (TCRS). Terus ajak kesayangan berbuka puasa kat sini.


Kebetulan masa sis pergi ke TCRS ni ada memperkenalkan menu baru iaitu Ayam Kilau. Apalagi, terus la kami order untuk juadah berbuka puasa. Ahaa, korang dah cuba ke menu baru di The Chicken Rice Shop ni? Kalau belum, sila la pergi sekarang.. oppss, maksud sis masa berbuka puasa la. Kang ada pulak yang pergi time lunch.. ahakss. Tapi kalau lepas raya nanti takde masalah dah nak pergi time lunch. Menu ni ada di semua lokasi TCRS mulai sekarang sehingga 21 Mei 2023 tau.


Bila sebut Ayam Kilau, bukan bermaksud ayam tu bersinar-sinar berkilauan ye.. ahaha, awasss. Kang ada pulak yang ingat ayam tu bersalut emas. Sebenarnya maksud perkataan ‘kilau’ ini adalah kerana mendapat inspirasi daripada seni pertahanan diri silat. Resipi Ayam Kilau dimasak dengan gabungan perapan secukupnya dan rasa Ayam Kilau melambangkan ‘keberanian’, apatah lagi apabila digandingkan pula dengan Sambal Hijau Kilau membuatkan menu ini pastinya mengasyikkan.


Bagus la The Chicken Rice Shop ni sentiasa menitikberatkan citarasa para pelanggannya dengan menyediakan pelbagai jenis menu bersesuaian dengan hari perayaan.  TCRS bermatlamat untuk terus menginovasi menunya supaya ianya senantiasa dapat dinikmati demi menyemarakkan semangat perpaduan di Malaysia.

“Kami teruja kerana dapat mereka cipta menu baharu bersempena bulan Ramadan dan Hari Raya dan kami juga mengalu-alukan semua orang, tidak kira yang tua ataupun muda untuk mencubanya. Pasukan kami telah bertungkus-lumus menyesuaikan resipi untuk musim perayaan ini dan kami berharap semua berpeluang mencuba Ayam Kilau”.
Wong Kah Yong, Ketua Pegawai Eksekutif TCRS Restaurants Sdn Bhd ~

Terima kasih The Chicken Rice Shop sebab menyediakan menu baru Ayam Kilau untuk kami nikmati sepanjang Ramadan Dan Syawal ni. Ternyata menu ini berjaya memikat selera sis dengan keenakan ayam rangup dan dicicah pula Sambal Hijau Kilau.. fuhhh memang ngam la rasa dia. Oh ya, untuk air minuman pula sis order air bandung cincau untuk melegakan tekak selepas seharian berpuasa. 



Bukan tu je, sis makan bersama kawan-kawan jadi sis ambil set untuk 4 orang jadi ada menu tambahan yang lain juga. Alhamdulillah, memang kekenyangan kami makan. Actually menu Ayam Kilau ni ada 3 pilihan set, so korang boleh pilih 👇

🌟Meal A (set 1 orang)
🌟Meal B (set 2 orang) 
🌟Meal C (set 4 orang) 
Harga bermula dari RM28.90


Untuk maklumat lanjut tentang menu baharu Ayam Kilau, sila layari www.thechickenriceshop.com atau laman Facebook https://www.facebook.com/thechickenriceshop/



Post a Comment

0 Comments