MAGGI® Mi Goreng Laksa Warisan Baharu Bakal Menawan Cita Rasa Rakyat Malaysia

MAGGI® Mi Goreng Laksa Warisan Baharu Bakal Menawan Cita Rasa Rakyat Malaysia | Assalamualaikum semua... Siapa sini penggemar MAGGI®??? Rasanya kalau sebut je MAGGI® ni semua orang takkan tolak punya la. Betul tak? Boleh dikatakan setiap rumah pasti ada stok MAGGI®. Ok kali ni sis nak tanya pulak, siapa penggemar laksa?? andai kata korang kena pilih MAGGI® dan laksa, korang pilih yang mana?


Ahaa, kenapa perlu pilih kalau korang boleh dapat kedua-duanya dalam satu hidangan. Eh, bukan maksud sis laksa & MAGGI® dalam satu pinggan. Sebaliknya, kini dah ada MAGGI® Mi Goreng Laksa Warisan baharu yang bakal menawan citarasa Rakyat Malaysia. Tentu korang tak percaya kan macam mana MAGGI® boleh menjadi laksa tapi sis sendiri dah cuba, memang sedap. 


Buat penggemar laksa, mesti dah tau macam mana keenakan laksa dengan aroma dan rasa yang penuh nostalgia. Tidak dinafikan Laksa merupakan ikon tradisi masakan Malaysia. Bagi meraikan cinta rakyat Malaysia terhadap Laksa, MAGGI® memberi penghormatan kepada kepelbagaian warisan dan budaya yang dimiliki oleh hidangan klasik Malaysia ini dengan memperkenalkan MAGGI® Mi Goreng Laksa Warisan baharu dengan rasa autentik dan aroma yang memikat selera.


Pada acara pelancaran yang diadakan di rumah agam bertema vintaj, The Agam yang terletak di Kuala Lumpur, Encik Juan Aranols, Ketua Pegawai Eksekutif Nestlé (Malaysia) Berhad berkata :

“Sebagai sebuah jenama dengan sejarah lebih 50 tahun serta memiliki tempat di hati rakyat Malaysia, MAGGI® dengan bangga meraikan warisan kami dalam semua produk kami. Hari ini, kami amat gembira menjadi sebahagian daripada sambutan hidangan Laksa Malaysia yang lazat di samping memperkenalkan inovasi produk terbaharu kami, MAGGI® Mi Goreng Laksa Warisan, yang mencerminkan warisan kulinari negara yang pelbagai dan tersendiri.”

Puan Ivy Tan, Pegawai Eksekutif Perniagaan MAGGI®, Nestlé (Malaysia) Berhad menjelaskan :

“Sebagai jenama isi rumah yang dipercayai di Malaysia, MAGGI® berhasrat untuk menyampaikan produk yang merangkumi cita rasa Malaysia sebenar. Terima kasih kepada usaha berterusan dan kepakaran kulinari Chef-chef MAGGI®, kami telah memberikan sentuhan moden kepada Laksa yang mendorong kepada pengenalan inovasi terbaru kami, MAGGI® Mi Goreng Laksa Warisan. Sesungguhnya, rahsia membuat Laksa yang baik terletak pada bahan-bahannya. Oleh itu, ciptaan baharu kami direka secara teliti dengan adunan bahan-bahan aromatik utama, bunga kantan, daun kesum, lengkuas, dan juga bahan-bahan segar: bawang besar, daun limau purut, serai, bawang putih dan halia. Ia dimasak perlahan-lahan hingga 'pecah minyak' untuk rasa dan aroma Laksa autentik sambil mengekalkan resipi aslinya. Ciptaan kami membolehkan para pengguna menikmati Laksa Goreng yang lazat – pada bila-bila masa, di mana sahaja!”


Masa majlis berlangsung, dua personaliti makanan Malaysia yang terkenal iaitu Chef Selebriti, Anis Nabilah dan Profesor Dr. Shahrim Karim, Profesor Warisan Makanan dan Budaya Malaysia di Fakulti Sains dan Teknologi Makanan di Universiti Putra Malaysia (UPM) turut hadir dan mempamerkan seni kulinari dan kepakaran masing-masing dalam menyediakan hidangan laksa yang lazat sambil berkongsi tentang sejarah hidangan yang kaya serta evolusinya.


Korang tahu ke asal usul laksa? Jujur sis cakap sis tahu makan je tapi bila hadir ke majlis ni baru sis tahu asal usul laksa. Menelusuri asal usulnya, Laksa ialah hidangan popular berasal dari komuniti Peranakan yang diilhamkan oleh warisan budaya Cina, Malaysia dan Indonesia di Asia Tenggara. Profesor Dr. Shahrim Karim berkongsi bahawa Laksa merupakan hidangan ikonik Malaysia yang benar-benar melangkaui budaya dan wilayah serta berkembang menjadi pelbagai variasi yang kita ketahui dan nikmati hari ini. Ha, daripada Laksa Kari yang paling lazim kepada versi yang lebih inovatif seperti Asam Laksa, Laksa Sarawak, Laksa Nyonya dan Laksa Johor. 

“Keistimewaan Laksa terletak pada rasanya yang kompleks dan aromatik. Laksa yang enak memerlukan keseimbangan antara pelbagai ramuan dimasak perlahan sehingga ‘pecah minyak’. Langkah ini penting untuk rasa Laksa yang sempurna seterusnya mencapai keenakan masakan yang sebenar,”


Oh ya, biasanya laksa yang kita makan berkuah kan. Tapi memandangkan kebelakangan ini, rakyat Malaysia tercari-cari resipi baharu untuk menikmati hidangan popular ini bersama keluarga dan rakan-rakan yang mempengaruhi peningkatan trend penyediaan Laksa dengan cara “Goreng”. Mengambil inspirasi daripada trend ini, MAGGI® Mi Goreng Laksa Warisan baharu adalah sentuhan kreatif kepada tradisi Laksa Malaysia. 


Walaupun sedikit berbeza dengan versi laksa sebenar tapi selaras dengan janji jenama MAGGI® untuk membantu rakyat Malaysia ‘Menyajikan Kelainan’, pihak maggi terus memberikan pilihan makanan berkualiti tinggi untuk pengguna yang mencari hidangan yang mudah disediakan dan sedap. MAGGI® Mi Goreng Laksa Warisan diperbuat dengan 100% gandum Australia, yang merupakan sumber protein dan karbohidrat yang baik. Daripada bahan-bahan berkualiti tinggi kepada kawalan kualiti yang ketat, MAGGI® komited untuk memberikan yang terbaik daripada dapurnya kepada pengguna. 


So, korang.. Jangan lupa cuba MAGGI® Mi Goreng Laksa Warisan tau. Nanti boleh komen sedap ke tidak yee.. Untuk maklumat lanjut tentang MAGGI® Mi Goreng Laksa Warisan sila layari






Post a Comment

0 Comments