Buffet Ramadan 2024 : Sajian Rasa Nusantara Di Dorsett Kuala Lumpur

Buffet Ramadan 2024 : Sajian Rasa Nusantara Di Dorsett Kuala Lumpur | Assalamualaikum semua.. Masih mencari-cari lagi lokasi untuk berbuka puasa bulan Ramadan ni? Ha, jangan risau.. Meh sis kongsikan lagi kat mana korang boleh iftar bersama keluarga, kawan-kawan ataupun kesayangan. Kali ni lokasi yang sis nak share adalah di Dorsett Kuala Lumpur. Jom tengok apa menu yang menarik di sini.



Lokasi Dorsett Kuala Lumpur


Sebelum sis kongsikan lebih lanjut mengenai Buffet Ramadan 2024 di Dorsett Kuala Lumpur, meh sis bagitau mengenai lokasi hotel ni. Bukan apa, senang korang nak pergi kan. Lokasi Dorsett Kuala Lumpur ni adalah di Bukit Bintang. Tak jauh dari shopping mall Pavilion tau. Kalau korang naik public transport, boleh turun stesen monorail Bukit Bintang dan jalan kaki lebih kurang 10 minit. Tapi kalau naik kereta lebih senang la, waze je Dorsett Kuala Lumpur.


Alamat :
Dorsett Kuala Lumpur
172, Jln Imbi, Pudu, 
55100 Kuala Lumpur, 
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur


Tema Buffet Ramadan 2024 Dorsett Kuala Lumpur


Pabila tiba bulan Ramadan pasti semua ingin menikmati pelbagai juadah yang enak kan. Dengan bertemakan Sajian Rasa Nusantara, Dorsett Kuala Lumpur menawarkan pelbagai seleksi menu yang pasti akan memberi kepuasan kepada semua tetamu yang datang berbuka puasa di sini.



Menu Buffet Ramadan 2024 Sajian Rasa Nusantara


Sajian Rasa Nusantara di Dorsett Kuala Lumpur menawarkan 3 rotasi menu yang berbeza mengikut giliran sepanjang tempoh bulan Ramadan 2024. Antara menu yang harus dicuba adalah Kambing Golek, Kari Kepala ikan dan seleksi Masak Lemak Cili Api, seperti menu signature Daging Salai Masak Lemak Cili dan Siput Sedut Masak Lemak. Ada juga menu yang susah nak jumpa seperti Manok Pansoh dan Rendang Burung Puyuh. Selain tu, ada banyak lagi tau menu-menu lain.



















Tarikh Buffet Ramadan 2024 Sajian Rasa Nusantara


Buffet sepanjang bulan Ramadan Sajian Rasa Nusantara di Dorsett Kuala Lumpur akan berlangsung dari 13 Mac 2024 hingga 5 April 2024. Para tetamu boleh mula datang seawal dari 6.30 petang hingga 10.00 malam. Sepanjang waktu makan, para tetamu juga akan dihidangkan dengan alunan lagu-lagu menarik dari persembahan Project X Production.



Harga Buffet Ramadan 2024 Sajian Rasa Nusantara


Para tetamu boleh menikmati pelbagai hidangan tempatan yang lazat pada harga Buffet Ramadan yang sangat berpatutan. 


Harga Buffet Ramadan 2024 Dorsett Kuala Lumpur
Sajian Rasa Nusantara

Harga :
RM158 nett (Dewasa
RM128 nett (Warga emas 60 tahun ke atas)
RM128 nett (Kanak-kanak 4-11 tahun)

Promosi Early Bird :
RM138 nett
(Pembelian sah sehingga 10th March 2024)


Untuk Reservation boleh hubungi :
 +012 628 7930 
 +603 2716 1010




Post a Comment

0 Comments