Suria FM Diiktiraf Menduduki Ranking ke-30 Dalam Carta Penstriman Digital Triton Secara Global

Suria FM Diiktiraf Menduduki Ranking ke-30 Dalam Carta Penstriman Digital Triton Secara Global | Assalamualaikum semua... Wahh tahniah sis ucapkan buat radio kegemaran sis iaitu Suria FM kerana berjaya diiktiraf bagi menduduki tangga ke-30 dalam senarai "Penarafan Bulanan Metrik Penstriman Digital Triton Secara Global" oleh Triton Digital, baru-baru ini. 


Ha, mesti korang nak tahu macam mana mereka boleh diiktiraf kan. Ok, ini adalah catatan yang berjaya mereka perolehi. Suria FM berjaya catat sebanyak 10,771 ribu AAS (average active sessions), 2.6 juta SS (session starts), dan 1.18 ATSL (average time spent listening) pada setiap hari Isnin hingga Jumaat dari jam 6.00 pagi sehingga 8.00 malam. Manakala setiap Isnin hingga Ahad dari jam 6.00 pagi sehingga 12.00 tengah malam pula, berjaya meraih sebanyak 7,963 AAS (average active sessions), 4,4 juta SS (session starts), and 1.01 ATSL (average time spent listening). 

Pengurus Besar Suria FM, Roslinda Abdul Majid (DJ Lin), meluahkan rasa syukur diatas pengiktirafan dan kejayaan Suria dalam menduduki kedudukan ke-30 teratas bagi keputusan Penstriman Digital Triton Global yang dikeluarkan. 

“Kedudukan di ranking ini bukan hanya satu pengiktirafan, tetapi juga satu pencapaian yang memotivasikan kami untuk terus berkembang dan terus menyampaikan kandungan berkualiti kepada pendengar setia Suria FM khususnya buat mereka yang mendengarkan siaran Suria FM di suria.my, juga di platform digital yang lain.” 

Penarafan ini membuktikan keberadaan Suria FM dalam kalangan kedudukan penerbit audio terbaik dunia sebaris dengan beberapa penerbit audio dunia lain yang tersenarai seperti iHeartRadio, PrisaRadio, Grupo Bandeirantes, dan banyak lagi. Ia juga sekaligus meletakkan Suria FM sebagai salah satu saluran digital kreatif pilihan ramai. 

Ha, salute la dengan Suria FM. Semoga terus success di masa hadapan. Untuk maklumat lanjut, layari laman web Suria suria.my atau ikuti media sosial Suria Malaysia: 

Instagram: suriamalaysia 
Facebook: @SuriaMalaysia
Youtube: SuriaTV 


Post a Comment

0 Comments