Buffet Dinner 2024 : Sinaran Dorsett Di Dorsett Hartamas Kuala Lumpur

Buffet Dinner 2024 : Sinaran Dorsett Di Dorsett Hartamas Kuala Lumpur | Assalamualaikum semua.. Kehadiran Ramadan merupakan bulan yang ditunggu-tunggu oleh seluruh umat Islam. Di bulan ini kita akan berpuasa bermula dari fajar menjelma hingga tenggelamnya matahari. Di bulan ini juga ramai yang mengambil peluang untuk merapaktkan silaturrahim dengan membawa keluarga ataupun rakan-rakan berbuka puasa bersama-sama. Jadi jika pening mahu ke mana, apa kata berbuka puasa di Dorsett Hartamas Kuala Lumpur.



Lokasi Dorsett Hartamas Kuala Lumpur


Di dalam Kuala Lumpur ada 2 buah hotel Dorsett so jangan confuse tau. Satu Dorsett Kuala Lumpur dan satu lagi Dorsett Hartamas Kuala Lumpur. So, untuk lokasi kali ni sis nak share pasal Dorsett Hartamas Kuala Lumpur. Untuk datang ke sini boleh waze 'Dorsett Hartamas Kuala Lumpur'. Nah alamat penuh hotel ni :


Alamat:
Dorsett Hartamas Kuala Lumpur
Plaza Damas, 
D-G-8 3, No. 63, 
Jalan Sri Hartamas 1, 
Sri Hartamas, 
50480 Kuala Lumpur


Tema Buffet Dinner 2024 Di Dorsett Kuala Lumpur


Untuk Ramadan kali ini, Dorsett Hartamas Kuala Lumpur menampilkan buffet makan malam sepanjang bulan Ramadan bermula dari 13 Mac hingga 7 April 2024. Dengan bertemakan 'Sinaran Dorsett', para pengunjung boleh datang seawal 6.30 malam hingga 10.00 malam dan menjamu selera ketika berbuka puasa di Table Talk (Level M), Dorsett Hartamas Kuala Lumpur. Bukan itu sahaja. dari hari Isnin hingga Khamis, para pengunjung akan dihiburkan dengan persembahan live band dari kumpulan Monocort.



Menu Buffet Dinner 2024 Sinaran Dorsett


Tahun ini Dorsett Hartamas Kuala Lumpur akan bekerjasama dengan chef selebriti terkenal iaitu Dato’ Chef Ismail. Siapa je yang tak kenal dengan beliau ni kan. Dato’ Chef Ismail akan membuat penampilan istimewa pada 16hb, 23hb dan 30hb Mac 2024 serta pada 6hb April 2024 dari 7 malam. Beliau akan membawakan beberapa menu istimewa seperti Ayam Golek Istana, Ikan Patin Masak Tempoyak, Lawar Terung, Lomak Cili Padi Daging Salai, Bubur Lambuk Istimewa GM, Roast Lamb and Nasi Daging Utara.




Selain itu, pengunjung juga boleh menikmati pelbagai menu kegemaran tempatan hasil dari air tangan Chef Ahmad dan team pasukannya seperti Sambal Udang Petai, Kambing Briyani, Ayam Rendang Pucuk Ubi, Ikan Tenggiri Masak Kari, Telur Berlada, Pajeri Nanas, Seafood On Ice, Satay, Murtabak, Roti John dan banyak lagi











Dah kenyang?? Ha, pastikan perut masih ada ruang untuk menjengah ke ruangan gerai-gerai untuk menikmati pelbagai jenis hidangan seperti aneka Gorengan, Noodles, Bubur, Aneka Kerabu, dan Ketupat, Lemang bersama Serunding. Lepas itu boleh la maniskan mulut dengan pelbagai jenis kuih-muih, pencuci mulut, buah-buahan dan juga ais kacang.










Pertunjukan Fesyen Oleh Persatuan Pereka Bumiputera Malaysia


Untuk tahun ini, beberapa orang pereka tempatan dari Persatuan Pereka Bumiputera Malaysia iaitu Kashfi Zulkufli, Obi Trends, The Melis, Kalima, Ghadeez, Thalia, Lady Comash dan Ilham Echenta akan mempamerkan siri ciptaan indah mereka untuk menambahkan sentuhan halus pada sambutan Raya yang akan datang. 

Temui para pereka fesyen ini dengan membuat tempahan untuk 15hb dan 16hb Mac, 22hb dan 23hb Mac dan dari 29hb hingga 30hb Mac 2024 di Table Talk @ Dorsett Hartamas Kuala Lumpur. Waktu peragaan adalah pada 8.15 malam pada 15hb - 16h Mac, 22hb - 23hb Mac dan dari 29hb -30hb Mac 2024. Mereka juga akan mempunyai pop-up designer booths di Mezzanine Floor, Dorsett Hartamas Kuala Lumpur.

Untuk haiwan kesayangan iaitu kucing pun ada baju juga tau. Korang boleh usha pakaian raya untuk cik bulus korang dengan reka bentuk yang menarik di bawah label Fluffy Land dan juga wangian untuk kediaman oleh Tassia Scents. Gerai pop timbul dibuka setiap hari dari 13hb Mac hingga 6hb April dari 5 petang hingga 9 malam.


Harga Buffet Dinner 2024 Sinaran Dorsett


Para tetamu boleh menikmati pelbagai hidangan tempatan yang lazat pada harga Buffet Dinner yang sangat berpatutan iaitu : 


Harga Buffet Dinner 2024 Dorsett Hartamas Kuala Lumpur
Sinaran Dorsett

Harga :
RM168 nett (Dewasa) 
RM138 nett  (Warga emas 60 tahun ke atas)
RM138 nett  (Kanak-kanak 4-12 tahun)

Promosi Early Bird :
RM138 nett
(Terhad kepada 1000 vouchers)

Untuk Reservation boleh hubungi :
 +60 3 6209 8888

 Email :
fnb.hartamas@dorsetthotels.com


Post a Comment

0 Comments