Buffet Ramadan 2024 : Ceq Lapaq Nasik Lah! Di Restoran Rebung Chef Ismail

Buffet Ramadan 2024 : Ceq Lapaq Nasik Lah! Di Restoran Rebung Chef Ismail | Assalamualaikum semua.. Adoiii, lapaq laaa.. Aish, lupa pulak bulan puasa ni. Tapi tu la, bila lapaq ni teringat la pula nasi. Ahaaa, sebut pasal nasi sis nak share lokasi berbuka puasa yang menghidangkan pelbagai jenis nasi iaitu di Restoran Rebung Chef Ismail. Nak tahu nasi apa yang ada?? Meh, baca sampai habis entri ni.



Lokasi Restoran Rebung Chef Ismail


Siapa je yang tak kenal dengan Celebrity Chef Dato' Ismail atau dikenali sebagai Chef Ismail. Terkenal dengan menu makanan tradisi, air tangan beliau pasti menambat selera pengunjung. Untuk pengetahuan korang, Chef Ismail mempunyai restoran iaitu Restoran Rebung Chef Ismail. Lokasi Restoran Rebung Chef Ismail ni terletak di Taman Botani Kuala Lumpur, berhadapan dengan Balai Polis Bukit Aman. Berikut alamat restoran Chef Ismail : 


Alamat :
Restoran Rebung Chef Ismail
5-2, Aras 5, Parkir Bertingkat Bukit Aman,
No. 1 Jalan Tanglin, Taman Botani,
50480 Kuala Lumpur


Tema Buffet Ramadan 2024 Di Restoran Rebung Chef Ismail


Untuk tahun 2024 ini, Restoran Rebung Chef Ismail menampilkan tema bufet Ramadan yang unik iaitu 'Ceq Lapaq Nasik Lah!'. Ha, unik kan.. lain dari kebiasaan untuk bufet Ramadan yang biasa kita dengar. Ini kerana di Restoran Rebung Chef Ismail ada menyajikan pelbagai jenis nasi. Jadi kalau korang lapaq nasik, boleh la datang ke bufet Ramadan di Restoran Rebung Chef Ismail bermula 12 Mac hingga 8 April 2024.




Menu Buffet Ramadan 2024 Di Restoran Rebung Chef Ismail


Kalau sebut pasal nasi, nasi apa yang korang fikirkan dan teringin nak makan?? Kalau korang datang ke Restoran Rebung Chef Ismail, di sini ada menampilkan 5 jenis hidangan nasi popular di Malaysia tau iaitu Nasi Lemuni, Nasi Daging, Nasi Ikan, Nasi Ulam dan Nasi Kerabu. Weii, antara kelima-lima ni, sis paling teruja dengan Nasi Lemuni sebab jarang jumpa kan. Korang kena try tau.







Selain itu, terdapat juga pelbagai jenis menu lauk-pauk yang memikat selera seperti Ikan Patin Tempoyak, Keli Berlada, Gulai Kawah Daging Tetel, Aneka Masak Lemak, Ikan bakar, sayur-sayuran dan banyak lagi. Ada juga menu-menu sampingan seperti aneka jenis mee, Rojak, Pecal, Roti Jala, Murtabak, Goreng-gorengan dan macam-macam lagi.
















Harga Buffet Ramadan 2024 Di Restoran Rebung Chef Ismail

Kalau korang mencari-cari buffet Ramadan 2024 di bawah RM100 di kawasan Kuala Lumpur, ha boleh la booking untuk berbuka puasa bersama kesayangan di Restoran Rebung Chef Ismail. Nah sis kongsikan berapa harga bufet di sini :


Buffet Ramadan 2024 di Restoran Rebung Chef Ismail
Ceq Lapaq Nasik Lah!

Harga :
Dewasa (Seorang) - RM99 nett
Kanak-Kanak (5-12 Tahun) - RM69 nett

Kemudahan lain :
Ada lift
Restoran mesra OKU
Surau
Parking Rm4.40 per entry

☎️ Untuk maklumat lanjut dan tempahan di 
Restoran Rebung Chef Ismail, sila hubungi :
+603 22763535 / 2525

Email : 
restoranrebungchefismail@gmail.com





Post a Comment

0 Comments