Buffet Ramadan 2024 : Ceq Lapaq Nasik Lah! Di Restoran Rebung Chef Ismail 2, Putrajaya

Buffet Ramadan 2024 : Ceq Lapaq Nasik Lah! Di Restoran Rebung Chef Ismail 2, Putrajaya | Assalamualaikum semua.. Sebelum ni sis kongsikan entri untuk Buffet Ramadan 2024 di Restoran Rebung Chef Ismail kan. Ha, korang tahu tak yang Chef Ismail dah buka cawangan kedua restorannya iaitu Restoran Rebung Chef Ismail 2 di Putrajaya. Walaupun masih baru beroperasi tapi restoran ini tidak ketinggalan untuk membuat buffet Ramadan. Jom tengok apa yang menarik untuk iftar di sini.



Lokasi Restoran Rebung Chef Ismail 2, Putrajaya


Memandangkan Restoran Rebung Chef Ismail 2 di Putrajaya ni baru je beroperasi, jadi maybe masih ramai belum tahu di mana lokasinya. Tapi jangan risau, dekat waze dah ada dah tunjuk direction ke tempat ini. Korang waze je 'Restoran Rebung Chef Ismail 2', InshaAllah jumpa. Tak jauh pun dari PICC tau. Ni alamat penuh untuk memudahkan korang :



Alamat :
Restoran Rebung Chef Ismail
Taman Seri Empangan, 
Lebuh Gemilang, Presint 5, 
62200 Putrajaya


Tema Buffet Ramadan 2024 Di Restoran Rebung Chef Ismail 2, Putrajaya

Untuk tahun 2024 ini, Restoran Rebung Chef Ismail 2, Putrajaya merupakan kali pertama membuat Buffet Ramadan. Jadi tema untuk tahun ni sama sahaja dengan Restoran Rebung Chef Ismail di Taman Botani Kuala Lumpur iaitu 'Ceq Lapaq Nasik Lah!'. Jadi kalau korang lapaq nasik, boleh la datang ke bufet Ramadan di Restoran Rebung Chef Ismail bermula 12 Mac hingga 8 April 2024.



Menu Buffet Ramadan 2024 Di Restoran Rebung Chef Ismail 2, Putrajaya


Untuk menu juga tak jauh beza dari Restoran Rebung Chef Ismail di Taman Botani Kuala Lumpur. Di cawangan Putrajaya ini juga menampilkan 5 jenis hidangan nasi popular di Malaysia tau iaitu Nasi Lemuni, Nasi Daging, Nasi Ikan, Nasi Ulam dan Nasi Kerabu. Jadi buat warga Putrajaya dan kawasan sekitarnya kalau teringin nak makan di Restoran Rebung Chef Ismail, dah tak perlu datang ke Kuala Lumpur.







Selain itu, terdapat juga pelbagai jenis menu lauk-pauk yang memikat selera seperti Ikan Patin Tempoyak, Keli Berlada, Aneka Masak Lemak, Ikan bakar, sayur-sayuran dan banyak lagi. Ada juga menu-menu sampingan seperti aneka jenis mee, Rojak, Pecal, Roti Jala, Murtabak, Goreng-gorengan dan macam-macam lagi.










Harga Buffet Ramadan 2024 Di Restoran Rebung Chef Ismail 2, Putrajaya


Kalau korang mencari-cari buffet Ramadan 2024 di bawah RM100 di kawasan Putrajaya, ha boleh la booking untuk berbuka puasa bersama kesayangan di Restoran Rebung Chef Ismail 2 ni. Nah sis kongsikan berapa harga bufet di sini :


Buffet Ramadan 2024 di Restoran Rebung Chef Ismail 2, Putrajaya
Ceq Lapaq Nasik Lah!

Harga :
Dewasa (Seorang) - RM99 nett
Kanak-Kanak (5-12 Tahun) - RM69 nett

Kemudahan lain :
- Ruang makan menampung
kapasiti 300 orang
- Ada ruang solat yang menampung
20 orang dalam satu masa

☎️ Untuk maklumat lanjut dan tempahan di 
Restoran Rebung Chef Ismail 2, Putrajaya, sila hubungi :
+6011 6743 3535

Email : rebung.putrajaya@gmail.com



Post a Comment

0 Comments