Buffet Ramadan 2024 : Selera Al-Mubarak Di Talia World Kg. Melayu Subang

Buffet Ramadan 2024 : Selera Al-Mubarak Di Talia World Kg. Melayu Subang | Assalamualaikum semua.. Untuk Preview Buffet Ramadan kali ini sis nak kongsikan satu lokasi untuk korang berbuka puasa di bawah RM100. Lokasi kali ini adalah di Talia World Kg. Melayu Subang. Jadi bagi sesiapa yang duduk berhampiran kawasan ni boleh la bawa keluarga ataupun kawan-kawan iftar di sini. Macam biasa, meh sis kongsikan menu dan info harga untuk memudahkan korang.



Lokasi Talia World Kg. Melayu Subang


Seperti yang tertulis di tajuk, Talia World ni terletak di Kg. Melayu Subang. Kalau sebut nama kampung ni rasanya ramai yang tahu kan sebab memang famous kampung ni. Jadi bagi yang memandu kenderaan tu korang waze je 'Talia World' InsshaAllah jumpa.


Alamat :
Talia World
Lot 3509, Seksyen U6,
Kampung Melayu Subang, 
40150 Shah Alam, Selangor


Tema Buffet Ramadan 2024 Talia World Kg. Melayu Subang


Untuk buffet ramadan tahun 2024 ni Talia World memilih tema Selera Al-Mubarak dan menawarkan pelbagai jenis menu juadah yang memenuhi selera dan menjadi kegemaran rakyat Malaysia. Para tetamu pasti teruja untuk menikmati juadah yang ada di meja bufet dari pembuka selera, menu utama dan tidak kurang juga pelbagai jenis pemanis mulut. 



Menu Buffet Ramadan 2024 Talia World Kg. Melayu Subang

Untuk memilih lokasi berbuka puasa ni mesti korang nak tahu apa menu yang ada kan. Di sini sis letak senarai menu yang ada masa bulan ramadan nanti :

MENU :

1. NASI
• Nasi Minyak
• Nasi Putih
• Ayam Merah
• Ayam Goreng Berempah
• Daging Hitam
• Dory Sweet Sour
• Sambal Udang Petai
• Kari Kepala Ikan
• Dalca
• Kentang Cili Hijau
• Ulaman
• Kerabu / Pecal
• Sambal











2. NOODLE
• Mee Goreng
• Kuey Teow Goreng
• Bihun Sup
• Mee Kari



3. SOUP CORNER
• Sup Kambing
• Mushroom Soup
• Roti

4. ANEKA GORENGAN
• Cendawan Goreng
• Cucur Udang
• Keropok Lekor
• French Fries



5. HOT GRILL
• Kambing Bakar
• Satay Ayam
• Satay Daging




6. LIGHT CORNER
• Lasagna
• Roti Jala & Kari Ayam
• Murtabak




7. YONG TAU FOO

8. DESSERT
• Aneka Kek
• Aneka Kuih Melayu
• Bubur
• Pastries
• Canape
• Creme Caramel





9. ABC & ICE CREAM STALL



10. AIR BALANG
• Mata Kucing
• Sirap Bandung
• Cincau
• Air Limau

11. AIR PANAS
• Teh Tarik



Tarikh Buffet Ramadan 2024 Selera Al-Mubarak 


Bufet Ramadan Selera Al-Mubarak Di Talia World Kg. Melayu Subang akan berlangsung bermula 12 Mac hingga 7 April 2024 pada pukul 6.30pm hingga 10.00pm.  Para tetamu dapat menjamu selera sambil diiringi dengan alunan pelbagai lagu dari persembahan Live Band.


Oh ya, di sini ada disediakan juga kemudahan surau, parking percuma, wifi percuma dan juga dewan berhawa dingin.


Harga Buffet Ramadan 2024 Selera Al-Mubarak


Bagi yang mencari-cari lokasi buffet Ramadan 2024 di bawah RM100, ini lah tempatnya. Para tetamu boleh menikmati pelbagai hidangan tempatan yang lazat pada harga Buffet Ramadan yang sangat berpatutan iaitu :


Harga Buffet Ramadan 2024 Talia World Kg. Melayu Subang
Selera Al-Mubarak
( Buffet Ramadan 2024 di bawah RM100)

Harga :
RM85 nett (Dewasa) 
RM40 nett (Kanak-kanak 5-12 tahun)

Promosi Early Bird :
RM75 nett
(Pembelian sehingga 11 Mac 2024)

Untuk tempahan dan pertanyaan boleh hubungi :
+6013 615 3132
+019 389 9170


Post a Comment

0 Comments