Konsert Boyz II Men Live In Kuala Lumpur Menghidupkan Nostalgia Muzik R&B | Assalamualaikum semua.. Bertempat di Megastar Arena, Sungei Wang Plaza, sis rasa macam tak percaya kerana dapat menyaksikan sendiri persembahan Kumpulan Boyz II Men yang memegang title King Of R&B. Bayangkan dulu-dulu layan lagu-lagu mereka di radio je tapi pada malam ini sis dapat tengok depan mata. Live pulak tu sempena Konsert Boyz II Men Live In Kuala Lumpur
Info Mengenai Kumpulan Boyz II Men
Oh ya, mungkin ada generasi baru yang kurang mengenali Kumpulan Boyz II Men ni. Untuk pengetahuan korang, Boyz II Men ialah sebuah kumpulan vokal lelaki dari Philadelphia, Amerika Syarikat, yang terkenal dengan suara harmoni empat bahagian (four-part harmony) dan lagu-lagu cinta beremosi tinggi. Mereka adalah antara ikon muzik R&B paling berjaya dalam sejarah moden.
Pada asalnya, kumpulan ini terdiri daripada empat orang iaitu Nathan Morris, Wanya Morris, Shawn Stockman dan Michael McCary tapi Michael McCary dah meninggalkan kumpulan pada tahun 2003 kerana masalah kesihatan. Kini, mereka tampil sebagai trio iaitu Nathan, Wanya dan Shawn serta masih aktif mengadakan persembahan di seluruh dunia.
Persembahan Pembukaan Dari DJ Skeletor
Sebelum trio legenda muncul, suasana dah mula dihangatkan dengan persembahan pembukaan oleh DJ Skeletor, nama yang tak asing bagi peminat muzik tempatan. Beliau telah menghangatkan dewan dengan penuh gaya dan terus memulakan malam dengan pilihan muzik yang buat crowd menari dan sing along walaupun belum mula konsert utama lagi.
Antara lagu yang mencuri perhatian penonton adalah (dying Inside) To Hold You dan juga Dancing Queen, DJ Skeletor memang tahu apa yang crowd nak. Dia bukan sekadar pasang lagu, tapi berjaya bawa vibe supaya penonton tak bosan sementara menunggu kehadiran Boyz II Men. Siap ada yang berdiri awal dan menari macam dah sampai kemuncak.
Persembahan Mantap Dari Boyz II Men
Suasana di dalam dewan menjadi lebih gamat saat kemunculan tiga figura legenda di atas pentas iaitu Nathan, Wanya, dan Shawn dengan penuh bergaya dan karisma. Momen mereka mereka menyanyikan lagu pembukaan iaitu “Can’t Let Her Go” dan “Don’t Stop”, semua penonton terus bangun dan enjoy the show. Yeahhh, suara mereka masih padu, harmoni sama seperti dulu yang sis dengar dalam radio, but now mereka nyanyi depan, fuhhh serius sis rasa macam kena pukau.
Berikut sis listkan lagu-lagu yang dinyanyikan di Konsert Boyz II Men Live In Kuala Lumpur
> Can’t Let Her Go
> Don’t Stop
> Water Runs Dry
> Cupid
> Can You Stand The Rain
> On Bended Knee
> Hey Lover
> Please Don't Go
> Uhh Ahh
> 4 Seasons Of Loneliness
> Locked Out of Heaven (Bruno Mars)
> Come Together (The Beatles)
> Purple Rain (Prince)
> It’s So Hard to Say Goodbye to Yesterday
> One Sweet Day
> I’ll Make Love to You
> End Of The Road
> Motownphilly
Persembahan mereka memang luar biasa. Lagu demi lagu dibawakan dengan penuh perasaan. Yang paling manis, waktu mereka nyanyi lagu cinta “I’ll Make Love to You” sambil hulur bunga ros merah kepada penonton. Suasana terus jadi romantik. Ramai yang senyum, ada yang sebak, ada yang pegang tangan pasangan erat-erat. Tapi bukan semuanya mellow. Untuk penutup mereka perform lagu “Motownphilly”, satu dewan bangkit dan menari. Energy mereka masih kuat, walaupun dah berpuluh tahun dalam industri.
Ulasan Bagi Konsert Boyz II Men Live In Kuala Lumpur
Apa yang sis kagum, Boyz II Men bukan sekadar rely pada nostalgia. Mereka masih all out, penuh tenaga, dan tetap mesra dengan penonton. Ada selingan borak-borak, ada moment lawak, dan paling sweet bila mereka ucap terima kasih sebab peminat Malaysia tak pernah lupakan mereka.
Konsert Boyz II Men Live in Kuala Lumpur di Megastar Arena bukan sekadar acara muzik tetapi ia adalah perjalanan emosi. Bagi sis yang membesar dengan lagu-lagu cinta mereka dan nak rasa kehebatan muzik legenda R&B secara langsung, konsert ni memang once in a lifetime. Sis balik malam tu dengan hati yang penuh dan senyum yang masih melekat sampai sekarang
0 Comments