MB GangJeong Chicken Kini Di Marrybrown® Dengan Rasa Korea Yang Pedas Menggoda | Assalamualaikum semua.. Guysss, buat peminat menu makanan Korea, ada berita baik untuk korang. Ingat tak dengan keenakan ayam goreng Marrybrown® yang disalut dengan sos Korea tu? Ha, nak tahu tak? Menu ni dah kembali di Marrybrown® tau. Wahhh, apa lagi... Sis pun terus la ke Marrybrown® untuk menikmati hidangan rasa Korea yang unik dan pedas ni
Ok.. bagi yang termiss dengan menu Korea yang dulu, inilah masanya untuk korang cuba kerana Restoran Perkhidmatan Pantas Halal Tempatan (QSR) yang menjadi pilihan rakyat Malaysia, Marrybrown®, kembali menghidangkan menu istimewa ini untuk tempoh terhad yang diinspirasikan oleh gelombang Hallyu dan menu ini dinamakan sebagai MB® Gangjeong Chicken!
Pada asalnya menu ini diperkenalkan sebagai menu bermusim, namun MB® Gangjeong Chicken telah berjaya mencuri perhatian dan menjadi kegemaran pelanggan setia Marrybrown® dalam sekelip mata. Menampilkan gabungan rasa Korea yang unik dan cita rasa tempatan, ternyata hidangan ini dapat memikat selera dengan kombinasi rasa manis, masam dan pedas yang menggoda menjadikannya pilihan utama dalam kalangan rakyat Malaysia yang menggemari sesuatu yang luar biasa.
Atas permintaan yang tinggi, Marrybrown® telah beberapa kali membawa menu ini sebagai memenuhi kehendak para pelanggan yang menghargai sentuhan unik Marrybrown® dalam menyajikan kelainan dalam menunya.
“Fenomena K-Wave telah mencetuskan minat mendalam terhadap menu berinspirasikan Korea. Setiap kali MB® Gangjeong Chicken diperkenalkan, sambutannya amat memberangsangkan. Walaupun menu ini sering dibawa kembali, kami sentiasa berusaha mempertingkatkan keseimbangan rasa manis dan pedas agar sesuai dengan cita rasa rakyat Malaysia,”
~ Encik Daniel Chan, Ketua Pegawai Eksekutif Marrybrown® ~
Oh ya, untuk pelancaran menu MB® Gangjeong Chicken kali ini, Marrybrown® turut memperkenalkan pembungkusan bertemakan trend Korea yang berwarna-warni dan moden, seiring dengan populariti budaya K-Wave yang semakin berkembang di Malaysia. Berikut merupakan pilihan menu MB® Gangjeong Chicken :
● Kombo Gangjeong Kimchi Rice Bowl (harga dari RM13.90): Nasi berperisa kimchi dipadankan dengan ayam Gangjeong, dihidangkan bersama minuman Fanta® Strawberry.
● Kombo Gangjeong Chicken Burger (harga dari RM17.90): Peha ayam tanpa tulang yang berjus dan diperap dengan sos pedas Gangjeong, disajikan dalam roti hitam yang lembut bersama 6 ketul wedges dan minuman Fanta® Strawberry.
● Kombo Gangjeong Spicy Chicken (harga dari RM18.90): 4 ketul ayam Gangjeong yang disaluti sos istimewa, dihidangkan bersama 6 ketul wedges dan minuman Fanta® Strawberry.
● Gangjeong Spicy Chicken Box Meal (harga dari RM24.50): Hidangan lengkap yang menggabungkan 2 ketul Gangjeong Spicy Chicken, Gangjeong Chicken Burger, 6 ketul wedges, dan minuman Fanta® Strawberry.
● 3-pc Korean Dumplings (harga dari RM4.50): Dumpling rangup berinti campuran ayam, kimchi dan cendawan, pelengkap sempurna kepada hidangan Gangjeong.
● Pai Kastard Strawberi (harga dari RM4.99): Pastri rangup berinti kastard dan strawberi yang lazat.
Untuk menu yang sis order ni sis pilih Gangjeong Spicy Chicken Box Meal dan juga 3-pc Korean Dumplings. Jujur sis cakap memang kali ni sos dia lebih pedas dan padu tapi walaupun pedas, ada satu rasa yang unik menyebabkan kita tetap nak gigit lagi dan lagi. Mujur la ada wedges dan minuman Fanta® Strawberry untuk mengurangkan kepedasan.
“Di Marrybrown®, kami komited untuk memperkenalkan kelainan melalui inovasi rasa sambil mengekalkan elemen yang digemari pelanggan. MB Gangjeong Chicken versi terbaharu ini merupakan bukti pendekatan kami dalam menyajikan pengalaman kulinari yang segar dan menarik,”
“Sebagai jenama yang berkembang bersama rakyat Malaysia, kami memahami bahawa makanan bukan sekadar santapan – ia menyatukan komuniti. Kembalinya MB Gangjeong Chicken adalah simbolik kepada nilai kekeluargaan, persahabatan dan detik istimewa yang dikongsi bersama,”
~ Encik Daniel Chan, Ketua Pegawai Eksekutif Marrybrown® ~
So guys, kalau korang sukakan makanan Korea, korang kena cuba menu MB® Gangjeong Chicken ni sementara stok masih ada sebab tidak diketahui sampai bila menu ni ada di Marrybrown®. Untuk maklumat lanjut mengenai Marrybrown®, aplikasi MB, promosi terkini serta perkhidmatan penghantaran, sila layari laman rasmi Marrybrown® atau muat turun aplikasi MB hari ini.
0 Comments