Wajah Lebih Berseri Selepas 15 Hari Menggunakan Eau Thermale Avène Vitamin Activ Cg Range

Wajah lebih Berseri Selepas 15 Hari Menggunakan Eau Thermale Avène Vitamin Activ Cg Range | Assalamualaikum semua.. Sis jarang-jarang berkongsi dengan pembaca kan mengenai produk skincare yang sis gunakan. Tapi untuk kali ni sis buat satu artikel khas untuk satu jenama produk yang telah membuatkan sis jatuh cinta sejak pertama kali menggunakannya. Nak tahu produk apa? Ha, memperkenalkan Eau Thermale Avène Vitamin Activ Cg Range.



Diperkenalkan Dengan Eau Thermale Avène


Eau Thermale Avène adalah jenama produk penjagaan kulit yang berasal dari mata air termal di Avène, Perancis. Produk-produknya terkenal dengan keupayaan menenangkan, melembutkan, dan melindungi kulit, terutamanya untuk kulit sensitif.


Nak dijadikan cerita sis mendapat jemputan untuk menghadiri ke Majlis Pelancaran Eau Thermale Avène Vitamin Activ Cg Range. Hati sis membuak-buak untuk mengetahui lebih dekat mengenai produk ini jadi sis decided untuk pergi ke majlis ini.


Dalam majlis ini sis bersama dengan tetamu jemputan dapat mendengar perkongsian dari Dr Syairah. Beliau merupakan Certified Aesthetic Doctor yang menerangkan dengan lebih detail mengenai produk Avène Vitamin Activ Cg dari segi ingredients, benefit dan juga cara penggunaan.


Selain itu, dalam majlis ini juga sis dapat melakukan pelbagai aktiviti menarik termasuk la membuat Skin Analysis. Ha, tentu la sis tak lepaskan peluang untuk melihat dengan lebih jelas mengenai kondisi kulit wajah sis kan. 


Ternyata kulit wajah sis kering, kusam, tona kulit tidak sekata dan tompok-tompok jeragat juga semakin jelas kelihatan. So, dah tiba masanya untuk melakukan perubahan bersama dengan Eau Thermale Avène VITAMIN ACTIV Cg


Eau Thermale Avène VITAMIN ACTIV Cg Range


Untuk pengetahuan korang, Eau Thermale Avène Vitamin Activ Cg Range ialah rangkaian penjagaan wajah inovatif yang diformulasi khas untuk 3 manfaat iaitu ANTI WRINKLE (Anti Kedut), RADIANCE (Berseri) dan ANTI-SPOT (Anti Tompok/Jeragat). Rangkaian produk ini mengandungi Kombo bahan aktif yang pekat dan berkuasa iaitu Vitamin Cg + Bakuchiol + Niacinamide.



Ada 2 Produk utama dalam rangkaian ini iaitu :

🌟 VITAMIN ACTIV Cg Radiance Concentrated Serum


Vitamin Activ Cg Radiance Concentrated Serum ialah serum pencerah yang dirumus khas untuk membantu menjadikan tona kulit lebih sekata serta melembutkan kulit seawal 15 hari. Jika digunakan secara berterusan, dalam masa sebulan dapat memudarkan kesan parut dan juga mengurangkan garis kedutan pada muka. Apa yang menariknya kulit terus nampak berseri selepas penggunaan serum ini tau. Ha, power kan. Ini kerana kandungan dan manfaat bahan yang ada di dalam serum ini sangat bagus iaitu :


👉  Avène Thermal Spring Water
- Menenangkan, melembapkan, dan menyegarkan kulit, terutama untuk kulit sensitif

👉 Vitamin Cg (Ascorbyl Glucoside) 1.8%
- 1.8% Vitamin Cg sama dengan 20% Vitamin C
- Bentuk stabil Vitamin C
- Mencerahkan kulit kusam, mengurangkan bintik hitam, dan menyamaratakan tona
- Bertindak sebagai antioksidan 
- Sesuai untuk kulit sensitif

👉 Niacinamide 3%
- Memperbaiki tekstur kulit dan memudarkan pigmentasi
- Menguatkan fungsi skin barrier
- Sesuai untuk kulit yang mengalami kemerahan atau jerawat ringan

👉 Bakuchiol 1.5%
- Alternatif semula jadi kepada retinol (tapi lebih lembut)
- Membantu melicinkan garis halus dan menyokong pembaharuan sel kulit

Tektur :
Dari segi tekstur pula, sis suka Vitamin Activ Cg Radiance Concentrated Serum sebab teksturnya ringan, tidak berminyak dan mudah untuk diratakan. Kesan sapuan memberi kemasan lembap tanpa rasa melekit.


Cara Penggunaan :
✔ titikkan pada kulit yang telah dibersihkan (pagi dan/atau malam)
✔ Urut lembut dengan gerakan dari tengah muka ke arah atas dan juga di bahagian dagu hingga ke pangkal leher


🌟 Vitamin Activ Cg Radiance Intensive Cream


Vitamin Activ Cg Radiance Intensive Cream pula adalah krim penjagaan kulit wajah yang dirumus khas untuk menghidrat secara mendalam, mencerahkan kulit, dan melawan tanda-tanda awal penuaan sambil mengekalkan kelembutan untuk kulit sensitif. Ha, yang ni antara manfaat yang sis suka sebab sis kulit wajah sis dah nampak tanda-tanda penuaan tu. Antara kandungan bermanfaat dalam bahan ini adalah : 



👉  Avène Thermal Spring Water
- Menenangkan, melembapkan, dan menyegarkan kulit, terutama untuk kulit sensitif

👉 Vitamin Cg (Ascorbyl Glucoside) 1.8%
- 1.8% Vitamin Cg sama dengan 20% Vitamin C
- Bentuk stabil Vitamin C
- Mencerahkan kulit kusam, mengurangkan bintik hitam, dan menyamaratakan tona
- Bertindak sebagai antioksidan 
- Sesuai untuk kulit sensitif

👉 Niacinamide (6%)
- Menyamaratakan tona kulit
- Menguatkan skin barrier
- Membantu menenangkan kulit yang mengalami iritasi ringan

Tekstur :
Dari segi tekstur pula, Vitamin Activ Cg Radiance Intensive Cream mempunyai tekstur yang lembut seakan baldu, mudah diratakan dan membuatkan kulit rasa gebu serta kemasan yang tidak berminyak dan tidak melekit untuk memberikan keselesaan kepada si pemakai sepanjang hari. Ia juga sangat sesuai untuk menjadi asas solekan yang baik.


Cara Penggunaan :
✔ Gunakan selepas Vitamin Activ Cg Radiance Serum
✔ Sapukan secara sekata pada wajah dan leher, pagi dan/atau malam
✔ Untuk hasil terbaik, gunakan bersama sunscreen pada siang hari


Testimoni Selepas 15 Hari Penggunaan Eau Thermale Avène Vitamin Activ Cg Range


Sehingga ke hari ini, bermakna dah lebih 15 hari sis menggunakan Eau Thermale Avène Vitamin Activ Cg Range iaitu Vitamin Activ Cg Radiance Concentrated Serum dan Vitamin Activ Cg Radiance Intensive Cream secara konsisten. Apa yang sis boleh katakan, sis dah jatuh cinta dengan produk ni seawal hari pertama lagi dan setiap hari semakin jatuh dengan kesan nya pada kulit wajah sis. 


Sebagai bukti, korang boleh tengok pada gambar di atas, gambar di sebelah kiri tu sebelum sis menggunakan produk Eau Thermale Avène Vitamin Activ Cg Range. Boleh nampak kan kulit muka sis kering, pori-pori pun nampak dan ada kesan parut jerawat. Manakala gambar di sebelah kanan tu adalah gambar terkini selepas 15 hari pemakaian produk ni. Ternyata kulit muka sis lebih nampak berseri, pori-pori makin mengecil dan kesan parut pun kelihatan pudar. Lurve sangat tau. 


Terima kasih Eau Thermale Avène kerana menghasilkan produk yang hebat ini. InshaAllah sis akan pakai secara berterusan untuk mencapai kulit yang berseri, sihat dan bebas cela. Baru la nampak awet muda kan. So, buat korang yang ingin mendapatkan produk Eau Thermale Avène Vitamin Activ Cg Range ni boleh la pergi ke mana-mana cawangan Watsons berhampiran ataupun secara online :


Nah, sila guna Promo Code ni untuk RM20 off ye


Sah sehingga 31/12/2025




Post a Comment

0 Comments