Bistro Kia Peng Bakal Dibuka Dengan Pelbagai Menu Citarasa Malaysia | Assalamualaikum semua.. Guyss, sis nak share dengan korang satu lokasi best yang bakal dibuka untuk bawa kesayangan makan-makan ataupun utuk menyambut sebarang special occasion. Ha, kat sini siap boleh tengok view Kuala Lumpur dari Rooftop dia tau. Lokasi yang sis maksudkan adalah Bistro Kia Peng yang terletak di Level 7M, Marriott Executive Apartments Kuala Lumpur.
By the way, Marriott Executive Apartments Kuala Lumpur ni belum dibuka secara rasmi kepada orang awam tau. Namun sis menjadi salah seorang yang terawal menjejakkan kaki ke sini untuk menikmati pelbagai menu istimewa citarasa Malaysia di Bistro Kia Peng. Wahh, of course la sis teruja kan. Oh ya, pembukaan rasmi Marriott Executive Apartments Kuala Lumpur akan diadakan pada 14 Ogos 2025 nanti.
Di Bistro Kia Peng ni kami dapat merasai keenakan pelbagai menu hasil dari air tangan Chef Parthiban Nalliah atau lebih dikenali sebagai Chef Burn, seorang anak kelahiran Bagan Datuk dengan 28 tahun pengalaman dalam bidang masakan. Chef Burn membawa pendekatan yang berani dalam pengubahsuaian kepada menu tempatan, menganyam kisah warisan ke dalam setiap hidangan sambil memperkenalkan teknik tinggi dan kelainan yang tidak dijangka.
"Saya sentiasa menggemari makanan tempatan kami, tetapi menyedari bahawa di banyak kedai makan terkenal, tawaran tempatan cenderung untuk memainkannya dengan selamat. Saya mahu mencabarnya,”
"Jadi, saya mula menyelidik, belajar daripada rakan industri dan kenalan saya; dan mula membina menu yang membanggakan tempatan tetapi dengan tenaga segar. Ini tentang memberi orang sesuatu yang biasa, tetapi berbeza. Sesuatu yang menghiburkan tetapi juga mengujakan,”
~ Chef Burn ~
Berikut merupakan menu-menu yang dihidangkan kepada kami :
🍽️ Young Mango Salad With Soft Shell Crab
🍽️ Charred Melaka Prawns
🍽️ Singang Fish Soup
🍽️ Crispy Chicken 65
🍽️ Charred Red Snapper Fillet
🍽️ Grilled Tiger Prawn with Coconut Sambal
🍽️ Pulao Rice
🍽️ Chef Parthiban's Coastal Curry
🍽️ Herritage Twist Fettucine
🍽️ Sago Pudding with Coconut Milk and Melaka Palm Sugar
☕️ Hot Latte
Menurut Mr Oscar Tey (Food & Beverage Manager), Bistro Kia Peng akan menawarkan menu-menu citarasa Malaysia yang dekat dengan hati rakyat serta memberikan keselesaan kepada pengunjung yang datang ke sini. Perkhidmatan serta layanan yang diberikan akan memberi suasana yang bukan sekadar restoran tetapi pengunjung akan berasa selesa seperti di rumah.
Dari segi bahan masakan pula, di sini adakan menggunakan segala bahan-bahan segar daripada komuniti di seluruh Malaysia, sebagai komitmen bagi menyokong dan membantu petani tempatan, vendor dan pengeluar. Ia juga sebagai jaminan untuk memastikan segala rasa dalam masakan lebih enak dan berkualiti.
Jadi jika korang ingin merasai keenakan menu-menu yang ada di Bistro Kia Peng, jangan lupa save the date on 14 Ogos 2025 untuk pembukaan rasmi Marriott Executive Apartments Kuala Lumpur.
0 Comments