Kumpulan Bahtera Lancarkan Album Pertama Berjudul Aura Cintaku

Kumpulan Bahtera Lancarkan Album Pertama Berjudul Aura Cintaku | Assalamualaikum semua.. Pada tanggal 25 Ogos 2025, sis telah hadir ke satu Majlis Pelancaran Album Pertama Kumpulan Bahtera yang bertajuk Aura Cintaku. Majlis in diadakan di Poolside Bistro Ideas KL. Mungkin ramai yang belum mengenali Kumpulan Bahtera ini tetapi sis kagum dengan perjalanan penubuhan kumpulan ini dari awal hingga kini. Ok, nah sis kongsikan dengan pembaca tentang Kumpulan Bahtera dan juga Lagu-Lagu di dalam album mereka.



Penubuhan Kumpulan Bahtera


Kumpulan Bahtera merupakan sebuah kumpulan baru yang diasaskan oleh Adie Bahtera iaitu merupakan Guitarist Utama bagi Kumpulan ini. Kumpulan ini merupakan cetusan idea dari Syarikat Bahtera Muzik Studio yang merupakan anak Syarikat bagi Bahtera Samudera Sdn Bhd di bawah kelolaan Produser Mubin Md Nor. Bahtera merupakan penjenamaan yang ingin diketengahkan oleh pihak Syarikat Bahtera Muzik Studio supaya ianya dikenali ramai pada suatu hari nanti sebagai 1 syarikat bumiputera yang menjalankan perniagaan muzik dalam bidang rakaman lagu, pembikinan muzik video, penyusunan lagu dan lirik, perkhidmatan persembahan muzik, persembahan pentas dan lain-lain lagi.


Bahtera telah wujud sekian lama dan telah bermula dari tahun 2009 secara kecil-kecilan. Kumpulan ini telah mengalami perubahan ahli dari tahun ke tahun kerana disebabkan komitmen dan kerjaya di dalam kalangan ahli-ahli band Bahtera. Pada tahun 2025, pihak Bahtera Muzik Studio telah berjaya mempunyai peralatan muzik. peralatan rakaman serta fasiliti studio muzik rakaman sendiri yang lengkap dalam menjalankan aktiviti rakaman lagu. Oleh yang demikian, pemiliknya iaitu adie bahtera serius berhasrat untuk merealisasikan impiannya dalam melahirkan sebuah album yang mengumpulkan karya-karya ciptaannya dari tahun 2009 sehingga 2025.

Sehubungan dengan itu, Langkah bahtera menjadi lebih baik apabila mendapat suntikan dan disokong oleh dana kandungan kreatif (DKD) pada tahun 2024 dari Kementerian Komunikasi Malaysia yang dikelolakan oleh pihak My Creative Ventures Sdn. Bha.


Album Pertama Kumpulan Bahtera


Album Bahtera ini diberi tajuk iaitu aura cintaku yang merupakan kuasa dalam merealisasikan cinta terhadap tuhan, menghargai kasih sayang sesama insan sama ada rakan, sahabat, teman , isteri, keluarga, anak-anak dan manusia itu sendiri.


Emosi yang ditekan di dalam melodi merupakan perasaan yang ingin dijelmakan oleh komposer-komposer terhadap situasi yang ingin dikongsi kepada para pendengar album ini nanti. Penerapan prinsip kehidupan yang baik dalam menjadi manusia yang ikhlas, jujur, bertangungjawab, sanggup berkorban juga diterapkan dalam bait-bait lirik di dalam album ini. Album ini juga merupakan asas kepada nilai-nilai kehidupan seseorang manusia untuk menjadi lebih baik dalam setiap detik kehidupan meraka.

Pada masa yang sama, Produser Mubin Md Nor ingin menyediakan 1 saluran baru pada pendengar-pendengar dan Masyarakat Malaysia dalam melahirkan band yang baru dalam Industri Muzik Malaysia di arus perdana dengan lebih serius di dalam penciptaan karya-karya muzik yang baru dan malar segar untuk didengari.


Koleksi Lagu Di Dalam Album Aura Cintaku


Album ini menampilkan 10 lagu nyanyian dari penyanyi utama bahtera iaitu Reyza dan 2 lagu instrumental yang menampilan permainan alat muzik yang rancak yang dimainkan oleh pemain drum (Amy), pemain gitar Bass (Karchik) dan Adie sebagai permain gitar utama. Karya-karya di dalam album ini telah dicipta dari tahun 2009 sehingga 2025. Pada tahun 2021, kerja-kerja rakaman lagu telah dimulakan secara beransur-ansur bagi menyiapkan susunan muzik terbaik. 


Karya-karya ini merupakan ciptaan adie bahtera sendiri bersama produser Mubin Md Nor yang merupakan pengasas Kumpulan Bahtera ini sebanyak 7 lagu dan 3 lagu dari komposer ternama Omar K, Zimi Sofarz dan Iskandar Bujang. Album ini telah diadun oleh juruadun terkenal dari Sarawak iaitu Iskandar Bujang dan Cl Toh sebagai Juruadun akhir bagi album ini. Album ini juga telah menyiapkan 2 muzik video bagi lagu Bunuhan Cinta dan lagu rentan yang diterbitkan oleh Nonamefilmfactory di bawah produser Mv Elman Wafi dan pengarahnya Opie Zami.

Senarai Lagu Dalam Album Aura Cintaku :
1) Firasat Jiwa
2) Antara Cinta dan Kesetiaan
3) Pencarian
4) Bunuhan Cinta
5) Rentan
6) Hanya Kamu
7) Sentiasa Di Hati
8) Segunung Cinta
9) Cinta Sejati
10) Rekah


Lagu-lagu di dalam album aura cintaku ini sebenarnya dicipta adalah untuk memberi mesej dan pengajaran umumnya kepada Masyarakat Malaysia bahawa nilai kesetiaan, kasih sayang, sikap menghargai seseorang, sanggup berkorban, menerima dugaan qada dan qadar dengan Redha.

Pada masa yang sama juga, album ini ingin menerapkan sikap dan kejujuran dalam percintaan sesama manusia, elemen kerohanian yang bersyukur kepada tuhan, kesetiaan dalam perhubungan, kepentingan menjadi manusia baik di antara manusia lain dan hamba yang baik kepadaNya.


Jadi kepada peminat-peminat Kumpulan Bahtera serta semua peminat muzik yang ingin mendengar lagu-lagu Kumpula Bahtera boleh dapatkan album mereka di pasaran.




Post a Comment

0 Comments